Bersambung dari Hari 3 Bahagian 1.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3 Part 1 (this part);
- Day 3 Part 2;
- Day 4; or
- Day 5.
Hari 3 (08 Mac 2016 - Selasa) Bahagian 2.
Selepas dari Kampung Tongilchon, bas membawa kami ke Terowong Ketiga DMZ, setelah masuk dan keluar beberapa kem askar (sebenarnya tidak perlu pun untuk masuk kem-kem askar ini, tapi kenapa entah bas ini melalui kem-kem pun tidak difahami, huhuhu), akhirnya sampai juga ke kawasan terowong ini.
Kami turun diminta untuk menyimpan segala beg-beg yang ada di ruang penyimpanan khas yang mana terdapat kunci tersendiri di setiap ruang penyimpanan. Jadi selepas meletakan beg, kunci ruangan tersebut dan kemudian kita simpan kunci itu untuk dibawa bersama. Kemudian, kami diminta untuk memakai topi keselamatan seperti yang dipakai oleh pekerja binaan atau pekerja lombong.
Bersedia untuk memasuki Terowong Ketiga. Topi keselamatan wajib dipakai untuk langkah-langkah keselamatan.
Bergerak dengan monorel memasuki Terowong Ketiga.
Suasana dalam perjalanan di dalam terowong.
Rupanya, terowong yang monorel lalui itu merupakan terowong baru yang dibina khas untuk laluan monorel ini sahaja, bukannya terowong asal. Terowong asal adalah di terminal di mana monorel ini berhenti. Bermakna Terowong Ketiga DMZ ini terletak pada kedalaman lebih 75 meter dari aras tanah!
Suasana dalam perjalanan di dalam terowong.
Terdapat petunjuk kedudukan di dalam terowong.
Terowong yang ketiga ini dijumpai pada 17 Oktober 1978, semasa dijumpai, ia telah dikorek sejauh 1600 meter dari kawasan DMZ belah Korea Utara. Jika terowong ini berjaya dikorek sehingga ke Seoul, bermakna terowong ini akan mencapai sejauh 60 kilometer! Luas terowong ini adalah secara puratanya 2 meter x 2 meter, antara yang terluas di antara keempat-empat terowong. Dikatakan, jika siap, seramai 10 000 orang anggota tentera boleh dihantar menerusinya dalam masa 2 jam sahaja!
Monorel yang membawa kami dari pemukaan ke stesen bawah tanah.
Berjalan kaki di dalam Terowong Ketiga sebenar.
Di terowong asal, kami perlu berjalan sejauh hampir 400 meter juga. Keadaan terowong ini ada bahagiannya agak sempit dan ada bahagian agak rendah. Beberapa kali juga antara kami terhentak kepala pada siling atau dinding terowong yang terdiri daripada batu granit! Sampaikan ada tempat perlu menelengkan kepada, ada juga yang perlu membengkokan lutut. Agaknya kalau tiada topi keselamatan, berdarah atau berlubang atau kemek juga kepala kami. Macam manalah hendak ke hospital, kena naik terowong lagi dan berkejar ke hospital terdekat tang terletak di luar kawasan DMZ.
Kebanyakan tempat memerlukan untuk menundukan kepada atau menelengkan kepala.
Kalaulah terowong ini siap, memang hormatlah semangat tentera-tentera yang akan dikerahkan melalui terowong ini. Saya walaupun ada latar belakang ketenteraan pun rasa kagum dan sedikit mengah, apatah lagi yang tiada. Sepanjang terowong, ada kawasan agak kering dan ada kawasan agak basah. Dikatakan, semasa ditemui, sebahagian terowong ini digenangi dengan air. Memang nampak juga air-air mengalir perlahan di dinding terowong.
Kami menyusuri terowong ini bersama seorang tentera darat Korea Selatan sejauh hampir 400 meter. Itu pun ketika dihujung perjalanan yang dibenarkan, masih ada lagi 300 meter untuk ke Garisan Penandaan Tentera (Military Demarcation Line - MDL) yang menjadi sempadan de facto bagi kedua-dua Korea Selatan. Kami berada di dalam terowong ini hampir 20 minit sebelum kembali semula ke terminal bawah monorel ke atas kembali.
Tayangan mengenai Perang Korea dan keadaan pasca perang.
Selepas sampai semula di atas, kami memulangkan semula topi keselamatan dan kemudian mengambil semula beg-beg kami yang kami tinggalkan di ruang penyimpanan khas tadi. Kemudian kami dibawa ke dewan teateret untuk tayangan video khas. Semasa di dewan teateret, kami perlu menunggu semua batch kami sampai baru tayangan boleh dimulakan.
Ketika itu, layar belum diturunkan dan terdapat sepasang pintu yang terbuka di ruang belakang layar jika layar diturunkan. Ia agak memberikan satu perasaan ingin tahu kepada kami terutama pada salah seorang pengunjung juga (telahan saya dia merupakan warga Korea sendiri, namun salah seorang rakan saya mengatakan dia adalah pelancong dari tanah besar China), sehinggakan dia berjalan terus menuju ke ruang tersebut. Betul-betul tiba di situ, tiba-tiba pintu tersebut tertutup dan layar diturunkan. Dia terperangkap di dalam ruang yang telah menjadi bilik itu. Tergelak semua penonton-penonton yang sudah duduk kesemuanya. Memang dia tidak dapat masuk kembali ke dewan teateret tersebut. Itulah, terlampau ingin tahu sehingga tidak sabar, ambil kau, hahaha.
Oh, lupa pula, sebelum masuk ke dewan teateret tadi, kepada pengunjung bukan berbangsa Korea, akan diberikan headphone yang merupakan pengalih bahasa mengikut bahasa yang ada seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Mandarin dan Bahasa Jepun, kerana tayangan akan menggunakan Bahasa Korea sepenuhnya. Tayangan dimulakan dengan menceritakan tentang Perang Korea, perkembangan selepas perang termasuk penemuan terowong-terowong tersebut. Pengisiannya bagi saya lebih merupakan propaganda Korea Selatan untuk menyalahkan Korea Utara juga (mungkin kalau kita melawat DMZ sebelah Korea Utara, saya percaya, kandungan maklumat juga berbaur propaganda menyebelahi Korea Utara). Pada pengakhiran tayangan, menunjukan bahawa kawasan DMZ kini menjadi kawasan perlindungan alam sekitar dan harapan untuk menyatukan kedua-dua Korea.
Tugu Penyatuan Korea di Terowong Ketiga.
Plak mengenai Tugu Penyatuan Korea.
Hemisfera yang mempunyai acuan Korea Selatan.
Hemisfera satu lagi yang mempunyai acuan Korea Utara.
Satu lagi yang wajib di ambil gambar terutama secara selfie adalah tugu berupa huruf-huruf D, M dan Z yang terdapat sedikit retakan pada huruf M dan terdapat sekuntum bunga di sebelahnya. Selain itu terdapat juga tugu berupa replika bola Supernova yang bola tersebut merupakan bola rasmi yang digunakan semasa Piala Dunia FIFA (Bola Sepak) 2002 yang mana Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama dengan Jepun. Tugu replika ini adalah bersama-sama juga replika Piala Dunia.
Kami semua bergambar di pintu masuk Taman Keamanan Dorasan.
Kemudian kami menaiki bas dan kami menuju ke destinasi terakhir pakej kami iaitu ke Taman Keamanan Dorasan (Dorasan Pece Park). Bas kami menurunkan kami di sini dan memaklumkan bahawa kami perlu berjalan kaki untuk ke Stesen Dorasan yang berdekatan. Kami bertujuh sempat bergambar bersama-sama di depan pintu masuk ke taman ini.
Salah satu arca yang ada di Taman Keamanan Dorasan.
Taman kipas berwarna-warni.
Taman ini mempunyai banyak arca dan simbol yang mempunyai maksud tersirat. Contohnya taman kipas berwarna-warni mungkin bermaksud mereka meraikan kehidupan yang ceria yang berwarna-warni seperti kipas ini yang kelihatan cantik setiap kali angin berhembusan. Selain itu ada juga taman rusa di dalam taman ini.
Taman rusa.
Kereta Perisai Pengangkut Anggota-anggota Keselamatan Amfibia Tentera Marin
Republik Korea (Korea Selatan) model LVT-P7A1 buatan Amerika Syarikat.
Di sudut belakang, terdapat dua kenderaan tentera Korea Selatan yang diletakan kan untuk tatapan umum. Dalam pemikiran saya, ini mungkin bermaksud, dalam setiap keamanan, akan ada orang (tentera) yang sedia berkorban, sedia berperang, demi mempertahankan keamanan ini.
Kereta kebal M48A2C Tentera Darat Republik Korea (Korea Selatan) buatan Amerika Syarikat.
Akhir sekali di Taman Keamanan Dorasan ini, kami melawat ke Pusat Pameran Taman Keamanan Dorasan yang memamerkan kehidupan-kehidupan liar yang ada di dalam DMZ ini. Kita boleh melihat tayangan secara dimensi 3D, seolah-olah kita sendiri bersama dengan hidupan liar terbabit.
Pusat Pameran Taman Keamanan Dorasan.
Stesen Keretapi Dorasan.
Dalaman Stesen Keretapi Dorasan.
Setelah selesai mengelilingi Taman Keamanan Dorasan ini, kami semua pulang semula ke Stesen Dorasan dengan berjalan kaki. Sebenarnya bukan dekat sangat pun, kira-kira dekat 1 kilometer juga kami berjalan kaki. Sudahlah cuaca pun agak sejuk. Kami tiba dalam pukul 2:30 petang di stesen itu, bermakna terdapat lagi sejam setengah untuk keretapi berlepas kembali untuk pulang ke Stesen Seoul. Dalam masa menunggu tersebut, terdapat seorang petugas memberikan taklimat, namun taklimatnya dalam Bahasa Korea, walaupun majoriti penumpang adalah pelandong dari luar Korea.
Oleh kerana tidak faham, maka saya pun berpusing-pusing sekitar stesen ini. Agak besar juga stesen ini, malah terdapat tersedia kemudahan pemeriksaan imigresen dan kastam bermakna stesen ini memang tersedia kemudahan sebagai pintu gerbang antarabangsa. Selepas itu, saya ke kedai cenderahati pula. Lebih kurang sama sahaja dengan kedai-kedai cenderahati yang ada di DMZ yang lain.
Helaian cop kenangan-kenangan Stesen Dorasan bersama cop-copnya.
Sekitar kawasan Platform Penyatuan.
Tiba di platform, saya ingatkan kesemua penumpang termasuk kawan-kawan saya sudah memasuki keretapi, rupa-rupanya sibuk mengambil gambar monumen-monumen yang ada di platform. Terdapat pameran yang memaparkan kemajuan pembinaan Stesen Dorasan ini dan tugu wawasan untuk menyambungkan sistem keretapi Korea Selatan ke jaringan keretapi Trans Siberia sehingga ke Eropah.
Selain itu, terdapat juga sebuah gerabak keretapi bagi tujuan perkhidmatan am yang di tinggalkan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat (United States Army) yang kini menjadi salah satu tugu yang ada di Stesen Dorasan ini.
Gerabak Keretapi Tentera Darat Amerika Syarikat.
Memasuki kawasan awam biasa setelah keluar dari DMZ.
Akhirnya kami semua menaiki keretapi dan apabila semua penumpang telah ada, keretapi ini bergerak kembali menuju ke Stesen Seoul mengikut jadual. Semasa perjalanan pulang, sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar, tempat-tempat berkaitan dengan Perang Korea yang tidak kami lawati, kerana ia berada di luar DMZ iaitu di Imjingang, seperti tinggalan lokomotif terakhir meninggalkan kawasan DMZ sebelum ia dikuatkuasakan dan juga Tugu Peringatan Korea Selatan - Amerika Syarikat. Oh, sebenarnya di DMZ kami juga tidak dapat ke kawasan JSA (Joint Security Area - Kawasan Kawalan Keselamatan Bersama) iaitu tempat di mana pihak Tentera Korea Selatan, Tentera Korea Utara dan Tentera Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk Tentera Amerika Syarikat berkawal. JSA ini terletak di Panmunjum. Mungkin kerana demi keselamatan kami.
Kawasan Tugu Peringatan Korea Selatan - Amerika Syarikat.
Gambar kenangan yang diambil oleh staf Keretapi DMZ.
Selepas itu, kami disuruh untuk menaiki monorel khas (rasanya bukan monorel kerana menggunakan landasan selari biasa) di mana perlu duduk bertiga-tiga (kecuali kalau empunya badan mempunyai siaz yang agak besar), walaupun agak sempit juga. Setelah semua mengambil tempat, monorel ini pun bergerak menuju ke sebuah terowong. Suasana kemudian agak gelap dan kemudian terasa monorel ini bergerak secara condong ke bawah.
Terowong yang monorel lalui ini semakin lama, semakin dalam dan ada bahagian agak sempit. Nasib baik kami diwajibkan memakai topi keselamatan, kerana ada beberapa kali, ramai penumpang yang terhantuk dinding atau bumbung terowong. Monorel ini membawa kami menembusi bumi sejauh lebih sikit dari 300 meter dengan kedalaman lebih 75 meter dari aras tanah iaitu dari mula kami memasuki terowong tadi.
Rupanya, terowong yang monorel lalui itu merupakan terowong baru yang dibina khas untuk laluan monorel ini sahaja, bukannya terowong asal. Terowong asal adalah di terminal di mana monorel ini berhenti. Bermakna Terowong Ketiga DMZ ini terletak pada kedalaman lebih 75 meter dari aras tanah!
Terowong Ketiga DMZ ini sebenarnya adalah antara terowong-terowong yang dikorek oleh pihak tentera Korea Utara bertujuan untuk menakluki Korea Selatan. Kesemua terowong-terowong ini termasuk Terowong Ketiga ini dikorek menuju ke bandaraya Seoul. Terowong Ketiga ini merupakan terowong yang ketiga dijumpai oleh pihak keselamatan Korea Selatan dari empat terowong yang didedahkan dijumpai. Tidak tahulah sebenarnya berapa banyak terowong yang dijumpai sebenarnya, juga berapa banyak yang telah dikorek oleh pihak Korea Utara sebenarnya.
Terowong yang ketiga ini dijumpai pada 17 Oktober 1978, semasa dijumpai, ia telah dikorek sejauh 1600 meter dari kawasan DMZ belah Korea Utara. Jika terowong ini berjaya dikorek sehingga ke Seoul, bermakna terowong ini akan mencapai sejauh 60 kilometer! Luas terowong ini adalah secara puratanya 2 meter x 2 meter, antara yang terluas di antara keempat-empat terowong. Dikatakan, jika siap, seramai 10 000 orang anggota tentera boleh dihantar menerusinya dalam masa 2 jam sahaja!
Dikatakan jika terowong pertama dan kedua siap, ia lebih panjang dari pada terowong ketiga dengan kepanjangan melebihi 100 kilometer! Bila mendengar kesungguhan pihak Korea Utara mengorek terowong ini, demi untuk menakluki Korea Selatan demi penyatuan Korea ala mereka, rasa gerun pun ada, juga rasa kagum pun ada.
Di terowong asal, kami perlu berjalan sejauh hampir 400 meter juga. Keadaan terowong ini ada bahagiannya agak sempit dan ada bahagian agak rendah. Beberapa kali juga antara kami terhentak kepala pada siling atau dinding terowong yang terdiri daripada batu granit! Sampaikan ada tempat perlu menelengkan kepada, ada juga yang perlu membengkokan lutut. Agaknya kalau tiada topi keselamatan, berdarah atau berlubang atau kemek juga kepala kami. Macam manalah hendak ke hospital, kena naik terowong lagi dan berkejar ke hospital terdekat tang terletak di luar kawasan DMZ.
Kalaulah terowong ini siap, memang hormatlah semangat tentera-tentera yang akan dikerahkan melalui terowong ini. Saya walaupun ada latar belakang ketenteraan pun rasa kagum dan sedikit mengah, apatah lagi yang tiada. Sepanjang terowong, ada kawasan agak kering dan ada kawasan agak basah. Dikatakan, semasa ditemui, sebahagian terowong ini digenangi dengan air. Memang nampak juga air-air mengalir perlahan di dinding terowong.
Kami menyusuri terowong ini bersama seorang tentera darat Korea Selatan sejauh hampir 400 meter. Itu pun ketika dihujung perjalanan yang dibenarkan, masih ada lagi 300 meter untuk ke Garisan Penandaan Tentera (Military Demarcation Line - MDL) yang menjadi sempadan de facto bagi kedua-dua Korea Selatan. Kami berada di dalam terowong ini hampir 20 minit sebelum kembali semula ke terminal bawah monorel ke atas kembali.
Selepas sampai semula di atas, kami memulangkan semula topi keselamatan dan kemudian mengambil semula beg-beg kami yang kami tinggalkan di ruang penyimpanan khas tadi. Kemudian kami dibawa ke dewan teateret untuk tayangan video khas. Semasa di dewan teateret, kami perlu menunggu semua batch kami sampai baru tayangan boleh dimulakan.
Ketika itu, layar belum diturunkan dan terdapat sepasang pintu yang terbuka di ruang belakang layar jika layar diturunkan. Ia agak memberikan satu perasaan ingin tahu kepada kami terutama pada salah seorang pengunjung juga (telahan saya dia merupakan warga Korea sendiri, namun salah seorang rakan saya mengatakan dia adalah pelancong dari tanah besar China), sehinggakan dia berjalan terus menuju ke ruang tersebut. Betul-betul tiba di situ, tiba-tiba pintu tersebut tertutup dan layar diturunkan. Dia terperangkap di dalam ruang yang telah menjadi bilik itu. Tergelak semua penonton-penonton yang sudah duduk kesemuanya. Memang dia tidak dapat masuk kembali ke dewan teateret tersebut. Itulah, terlampau ingin tahu sehingga tidak sabar, ambil kau, hahaha.
Oh, lupa pula, sebelum masuk ke dewan teateret tadi, kepada pengunjung bukan berbangsa Korea, akan diberikan headphone yang merupakan pengalih bahasa mengikut bahasa yang ada seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Mandarin dan Bahasa Jepun, kerana tayangan akan menggunakan Bahasa Korea sepenuhnya. Tayangan dimulakan dengan menceritakan tentang Perang Korea, perkembangan selepas perang termasuk penemuan terowong-terowong tersebut. Pengisiannya bagi saya lebih merupakan propaganda Korea Selatan untuk menyalahkan Korea Utara juga (mungkin kalau kita melawat DMZ sebelah Korea Utara, saya percaya, kandungan maklumat juga berbaur propaganda menyebelahi Korea Utara). Pada pengakhiran tayangan, menunjukan bahawa kawasan DMZ kini menjadi kawasan perlindungan alam sekitar dan harapan untuk menyatukan kedua-dua Korea.
Selepas tayangan yang mengambil masa hampir 25 minit, kami keluar semula dan mengambil beberapa gambar di beberapa buah tuju di halaman Terowong Ketiga ini sementara menunggu bas kami bersedia. Dalah satu tugu yang ada berupa sebuah sfera yang terbelah kepada 2 hemisfera yang mana terdapat beberapa orang cuba menolak kedua-dua hemisfera untuk bersatu kembali. Di setiap muka hemisfera tersebut terdapat acuan timbul (male) setiap Korea dan baki negara Korea lain yang tengelam (female). Mungkin maksudnya adalah dunia berusaha untuk menyaksikan penyatuan Korea.
Satu lagi yang wajib di ambil gambar terutama secara selfie adalah tugu berupa huruf-huruf D, M dan Z yang terdapat sedikit retakan pada huruf M dan terdapat sekuntum bunga di sebelahnya. Selain itu terdapat juga tugu berupa replika bola Supernova yang bola tersebut merupakan bola rasmi yang digunakan semasa Piala Dunia FIFA (Bola Sepak) 2002 yang mana Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama dengan Jepun. Tugu replika ini adalah bersama-sama juga replika Piala Dunia.
Saya di halaman Terowong Ketiga di DMZ.
Kemudian kami menaiki bas dan kami menuju ke destinasi terakhir pakej kami iaitu ke Taman Keamanan Dorasan (Dorasan Pece Park). Bas kami menurunkan kami di sini dan memaklumkan bahawa kami perlu berjalan kaki untuk ke Stesen Dorasan yang berdekatan. Kami bertujuh sempat bergambar bersama-sama di depan pintu masuk ke taman ini.
Taman ini mempunyai banyak arca dan simbol yang mempunyai maksud tersirat. Contohnya taman kipas berwarna-warni mungkin bermaksud mereka meraikan kehidupan yang ceria yang berwarna-warni seperti kipas ini yang kelihatan cantik setiap kali angin berhembusan. Selain itu ada juga taman rusa di dalam taman ini.
Republik Korea (Korea Selatan) model LVT-P7A1 buatan Amerika Syarikat.
Di sudut belakang, terdapat dua kenderaan tentera Korea Selatan yang diletakan kan untuk tatapan umum. Dalam pemikiran saya, ini mungkin bermaksud, dalam setiap keamanan, akan ada orang (tentera) yang sedia berkorban, sedia berperang, demi mempertahankan keamanan ini.
Akhir sekali di Taman Keamanan Dorasan ini, kami melawat ke Pusat Pameran Taman Keamanan Dorasan yang memamerkan kehidupan-kehidupan liar yang ada di dalam DMZ ini. Kita boleh melihat tayangan secara dimensi 3D, seolah-olah kita sendiri bersama dengan hidupan liar terbabit.
Setelah selesai mengelilingi Taman Keamanan Dorasan ini, kami semua pulang semula ke Stesen Dorasan dengan berjalan kaki. Sebenarnya bukan dekat sangat pun, kira-kira dekat 1 kilometer juga kami berjalan kaki. Sudahlah cuaca pun agak sejuk. Kami tiba dalam pukul 2:30 petang di stesen itu, bermakna terdapat lagi sejam setengah untuk keretapi berlepas kembali untuk pulang ke Stesen Seoul. Dalam masa menunggu tersebut, terdapat seorang petugas memberikan taklimat, namun taklimatnya dalam Bahasa Korea, walaupun majoriti penumpang adalah pelandong dari luar Korea.
Oleh kerana tidak faham, maka saya pun berpusing-pusing sekitar stesen ini. Agak besar juga stesen ini, malah terdapat tersedia kemudahan pemeriksaan imigresen dan kastam bermakna stesen ini memang tersedia kemudahan sebagai pintu gerbang antarabangsa. Selepas itu, saya ke kedai cenderahati pula. Lebih kurang sama sahaja dengan kedai-kedai cenderahati yang ada di DMZ yang lain.
Helaian cop kenangan-kenangan Stesen Dorasan bersama cop-copnya.
Saya berjalan-jalan ke kaunter informasi, terlihat ada cop kenangan, maka saya pun mengeluarkan buku nota saya untuk mengambil cop-cop ini. Melihat saya mengambil cop ini, petugas di kaunter ini kemudian memberikan saya helaian untuk saya gunakan untuk mengambil cop. Cuma ingatan, memang ada yang mengecop cop-cop ini pada pasport, ia sebenarnya tidak digalakan. Biarlah pasport dicop dengan cop pas masuk/keluar imigresen dan visa sahaja, jika ada cop-cop lain, dirisaukan akan terdapat masalah dikemudian hari, terutama jika kita berkehendak untuk memasuki Korea Utara pula nanti, contohnya.
Setelah beberapa ketika, oleh kerana saya merasakan menunggu itu satu penyiksaan, maka saya pun mengambil wuduk untuk bersolat. Berpandukan kompas di dalam telefon bimbit, saya bersolat jamak qasar Zohor Asar di bumi DMZ ini. Walaupun tiada surau, namun Stesen Dorasan ini agak besar dan boleh sahaja memilih di mana-mana untuk bersolat. Usai solat, rupanya penumpang-penumpang telah dimaklumkan bahawa kami boleh untuk masuk ke platform menuju ke keretapi. Saya orang kedua terakhir masuk ke platform. Rupanya, tentera-tentera Korea Selatan dan staf KoRail memang menghitung setiap seorang penumpang. Mereka akan mencari mana yang tertinggal, mungkin risau tertinggal di DMZ.
Tiket keretapi DMZ dari Stesen Dorasan ke Seoul.
Tiba di platform, saya ingatkan kesemua penumpang termasuk kawan-kawan saya sudah memasuki keretapi, rupa-rupanya sibuk mengambil gambar monumen-monumen yang ada di platform. Terdapat pameran yang memaparkan kemajuan pembinaan Stesen Dorasan ini dan tugu wawasan untuk menyambungkan sistem keretapi Korea Selatan ke jaringan keretapi Trans Siberia sehingga ke Eropah.
Selain itu, terdapat juga sebuah gerabak keretapi bagi tujuan perkhidmatan am yang di tinggalkan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat (United States Army) yang kini menjadi salah satu tugu yang ada di Stesen Dorasan ini.
Akhirnya kami semua menaiki keretapi dan apabila semua penumpang telah ada, keretapi ini bergerak kembali menuju ke Stesen Seoul mengikut jadual. Semasa perjalanan pulang, sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar, tempat-tempat berkaitan dengan Perang Korea yang tidak kami lawati, kerana ia berada di luar DMZ iaitu di Imjingang, seperti tinggalan lokomotif terakhir meninggalkan kawasan DMZ sebelum ia dikuatkuasakan dan juga Tugu Peringatan Korea Selatan - Amerika Syarikat. Oh, sebenarnya di DMZ kami juga tidak dapat ke kawasan JSA (Joint Security Area - Kawasan Kawalan Keselamatan Bersama) iaitu tempat di mana pihak Tentera Korea Selatan, Tentera Korea Utara dan Tentera Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk Tentera Amerika Syarikat berkawal. JSA ini terletak di Panmunjum. Mungkin kerana demi keselamatan kami.
Muka depan poskad kenang-kenangan keretapi DMZ.
Semasa perjalanan pulang, kami diambil gambar oleh pramugari keretapi DMZ ini dan kemudian ketika hendak sampai ke Stesen Seoul, gambar-gambar kami ditayangkan di layar televisyen. Gambar-gambar ini boleh didapati salinannya dengan memberikan alamat emel kepada pramugari ini di kaunter di kantin. Juga di kaunter kantin ini terdapat poskad di mana ia boleh ditulis mesej dan digantungkan di kawasan kantin untuk tatapan penumpang pada masa akan datang. Saya tidak menulis mesej tersebut, tetapi mengambilnya untuk dicop dengan cop-cop khas keretapi DMZ sebagai kenangan disamping saya mengecop di buku nota saya.
Selain itu, di kantin ini juga terdapat jualan cenderahari berupa model kertas keretapi pelancong KoRail berharga ₩4000 (+- RM14.00) dan sekotak pensil khas keretapi-keretapi pelancong KoRail berharga ₩2000 (+- RM7.00). Cuma masa itu model kertas keretapi ini hanya yang ada adalah keretapi pelancong A-Line sahaja, keretapi yang lain termasuk keretapi DMZ tiada. Apa-apa pun berharga ₩6000 (+- RM21.00) telah dihabiskan membeli cenderahati ini.
Muka belakang poskad kenang-kenangan keretapi DMZ dengan cop-cop kenangannya.
Kepala keretapi kelajuan tinggi KTX sedang keluar dari Stesen Seoul.
Sahabat-sahabat sedang merasa pelbagai kimchi di dalam Lotte Mart, Seoul Station.
Akhirnya kami sampai juga ke Stesen Seoul. Kami bersiar-siar dahulu di Lotte Outlet (gedung pakaian) dan kemudiannya Lotte Mart (pasaraya) di sebelah stesen ini. Di Lotte Mart, mencuba pelbagai jenis kimchi yang disediakan untuk dibua, seperti kimchi kobis biasa, kimchi sotong, kimchi ikan bilis dan sebagainya. Sampai dekat habislah kimchi-kimchi tu, huhuhu. Kami kemudian membeli keperluan-keperluan yang sudah habis, disamping kami membeli susu pisang di sini. Harga di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Kami membeli 6 botol pada harga cuma ₩5500 (+- RM19.30) sahaja. Saya beli sekali kimchi kobis dan rumpai laut kering di sini.
Peta: Perjalanan Keretapi dan Metro Seoul dari Dorasan ke Jongno 5(o)-ga.
Selepas itu, kami menaiki tren Metro Seoul Laluan 1 untuk ke Stesen Jongno 5(o)-ga (melalui sebanyak 3 stesen dengan tambang ₩1250 (+- RM4.40)), untuk ke Pasar Gwanjang. Pasar ini adalah antara pasar tradisi yang masih kekal di Seoul. Secara amnya, pasal ini terletak berhampiran dengan kawasan Dongdaemun di dalam kawasan Jongro, kiranya, dekat juga dengan penginapan kami. Tujuan kami di sini, adlaah untuk membeli kain-kain, kerana ada kawan-kawan saya sibuk suruh saya mencari tempat membeli kain, katanya untuk hadiah kepada orang rumah. Terpaksalah saya bawa mereka ke sini (sambil memikirkan duit saya yang akan terbang, huhuhu, risau, bajet sudah hendak memcapai 0).
Pintu gerbang utara Pasar Gwanjang.
Dari Stesen Jongno 5(o)-ga, kita boleh mengambil pintu keluar 7 untuk ke pintu timur pasar ini atau pintu keluar 8 untuk ke pintu utara pasar Gwanjang ini. Kami mengambil pintu 8 dan saya amat mengesyorkannya kerana di pintu timur adalah terdapatnya kawasan menjual makanan panas, di mana ia kurang sesuai dilalui oleh orang yang tidak biasa lalu atau fobia di kawasan makan tidak halal, kerana akan menjumpai pelbagai bahagian haiwan najis mughallazah termasuk ekor springnya dan hidung tonyoknya, huhuhu.
Suasana Pasar Gwanjang.
Sampai di pintu masuk utara, sudah nampak banyak benda tempatan yang boleh dibeli, malah ia lebih murah dari lain-lain tempat seperti pasar malam Myeondong, pasar Dongdaemun, pasar Namdaemun dan sebagainya. Saya memang kalau ke tempat negeri asing ini, suka ke pasarraya moden seperti Lotte Mart kerana dapat harga murah dan juga pasar tradisi seperti Pasar Gwanjang ini kerana dapat melihat budaya dan kehidupan sebenar warga tempatan.
Kad perniagaan kedai kimchi di Pasar Gwanjang.
Sampai di persimpangan di tengah-tengah pasar, terlihat pula kedai-kedai kimchi berbaris. Maka kami pun buat perkara yang sama di Lotte Mart ini. Menariknya, pemilik kedai ini agak sporting bagi je apa yang nak dicuba. DI sini kimchinya lebih sedap, kerana ia dibuat segar dan banyak jenis. Rempahnya pun rasa seperti seimbang (cheh, dah macam orang Korea pula!). Jadi bebrapa antara kami termasuk saya terbelilah kimchi-kimchi ini. Harga pun murah, lebih murah dari Lotte Mart, dengan kimchi kobis biasa sekilo dalam ₩10000 (RM35.00) sahaja) dan kimchi sotong dalam 500 gram pada harga yang sama.
Kedai menjual pelbagai jenis kimchi di dalam Pasar Gwanjang.
Kami kemudian terus ke belakang (sekitar kawasan berhampiran pintu selatan) untuk mencari kain, namun memandangkan pada masa itu sudah hampir pukul 7:00 malam, maka kedai-kedai kain pun hampir dan sudah tutup. Nampak gaya kena datang lagi esoknya.
Sungai Cheonggyecheon pada waktu malam.
Seterusnya kami keluar melalui pintu selatan Pasar Gwanjang ini dan kemudian melusuri Sungai Cheonggyecheon yang betul-betul mengalir di depan pintu selatan Pasar Gwanjang. Cantik juga permandangan di sungai ini pada waktu malam. Kami berjalan-jalan menuju ke kawasan utama Dngdaemun dalam cuaca yang amat sejuk (ketika itu saya melihat telefon bimbit saya, suhu mencapai -2oC!).
Saya bergambar di hadapan Gerbang Dongdaemon.
Di kawasan Dongdaemun ini, saya dapat perhatikan, setiap blok bangunan menjual pelbagai jenis pakaian. Manariknya setiap blok mempunyai tema iaitu seluruh bangunan itu akan menjual jenis pakaian yang sama contohnya seluruh bangunan akan menjual hanya pakaian wanita sahaja, bangunan sebelahnya pula hanya menjual pakaian dalam sahaja. Bermakna, setiap kedai hanya menjual sejenis pakaian sahaja dan di dalam setiap bangunan terdapat banyak kedai.
Dalam perjalanan berjalan-jalan dalam sejuk ini, saya ternampak Gerbang Dongdaemun nya, iaitu pintu kota lama Seoul sebelah timur, bersesuaian dengan namanya, Dong (동) bererti timur, Dae (대) bererti besar dan Mun (문) bererti pintu jadi Dongdaemun bererti Pintu Besar Timur, lebih kurang macam Bahasa Cina Mandarin juga (Dōngdàmén - 东大门 atau 東大門) bunyinya. Apa lagi tangkaplah gambar kenang-kenangan. Di hadapan pintu gerbang besar ini terdapat Hotel JW Marriot yang agak mewang juga. Insya Allah di lain masa akan meginap di sini pula.
Pusat Rekebentuk Dongdaemon
(Bangunan ini adalah di antara rekaan arkitek terkenal Zaha Hadid (kebanyakan rekaannya adalah rekaan komtemporari yang telah meninggal dunia pada 31 Mac 2016 yang lepas).
(Bangunan ini adalah di antara rekaan arkitek terkenal Zaha Hadid (kebanyakan rekaannya adalah rekaan komtemporari yang telah meninggal dunia pada 31 Mac 2016 yang lepas).
Seterusnya kami ke aras Taman Sejarah dan Kebudayaan Dongdaemun pula, kerana dikhabarkan terdapat pasar malam di situ. Tujuan kami adalah untuk mencari kemeja-t terutama yang ada ciri-ciri Korea Selatan atau ada I love Seoul atau I love Korea. Kalau di pasar malam Myeondong, sehelai dalam ₩10 000 (+- RM35.00). Akhirnya jumpa dan dijual ₩5000 sehelai (di Itaewon juga dijual harga lebih kurang, difahamkan boleh dapat murah di Insadong, cuma kami tidak berkesempatan ke sana). Saya belilah empat helai dan meminta (saja mencuba) untuk menawar dengan bercakap Korea sedikit (ahjuma atau makcik menjual kemeja-t ini tidak boleh berbahasa Inggeris sangat). Tapi cuma dapat diskaun ₩1000 (+- RM3.50). Memang betul harga sudah tetap sebenarnya. Satu lagi percubaan saya untuk mendapat lebih diskaun, kerana kawan-kawan saya sibuk menggangu ahjuma ini bertanya baju itu ada ke, saiz ini ada ke, juga sibuk menawar untuk dirinya dan sebagainya, tatkala saya tengah buat tawar menawar (dan saya cuba menawar untuk semua sebenarnya). Tidak mengapalah, agaknya mereka tidak faham peraturan membeli belah ini, dimana jangan menggangu tat kala salah seorang sedang tawar menawar. Maafkan mereka, huhuhu.
Peta: Perjalanan Metro Seoul dari
Dongdaemun History and Culture Park ke Euljiro 3(sam)-ga.
Selesai sahaj di pasar malam Dongdemun, kami pun pulang ke penginapan dengan menaiki Metro Seoul menerusi Laluan 2 dengan satu stesen sahaja (tambang tetap ₩1250 (+- RM4.40) juga).
Sampai di penginapan, petugasnya mengatakan kami perlu berpindah ke bilik berempat. Kami pun berpindah akhirnya, dan bilik kami bersebelahan dengan bilik yang satu lagi. Bilik yang baru ini ada kebocoran sedikit, tapi saya letak sahaja tuala terpakai untuk menutup kesan titisan. Tapi yang paling seronoknya, terdapat pemanas yang menyerupai kipas angin di dalam bilik ini. Jadi dapatlah kami tidur yang selesa dangan kurang kesejukan. Setelah selesai mengemas dan membersihkan diri, saya pun menonton televisyen dan kemudian televisyen menonton saya pula.
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3 Bahagian 1; atau
- Hari 5.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3 Part 1 (this part);
- Day 3 Part 2;
- Day 4; or
- Day 5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan