Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari 1;
- Hari 2 Bahagian 1;
- Hari 4;
- Hari 5; atau
- Hari 6 & 7.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3 (this part);
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6 & 7.
11 November 2015 (Rabu)
Saya bangun awal hari ini kerana hendak bersolat Subuh berjemaah di Masjid Kowloon. Azan Subuh berkumandang pada pukul 5:10 pagi namun solat berjemaah hanya akan dilaksanakan pada pukul 5:50 pagi. Makan pada pukul 5:30 pagi barulah saya bergerak ke masjid. Sampai di masjid dalam sepuluh minit kemudian, sampatlah saya beriktikaf dan bersolat beberapa solat sunat. Setelah pukul 6:00 pagi, dan langit mulai cerah, masih belum lagi iqamat diperdengarkan. Risau juga saya, dan akhirnya lima minit kemudian barulah solat Subuh berjemaah dapat ditunaikan.
Saya bangun awal hari ini kerana hendak bersolat Subuh berjemaah di Masjid Kowloon. Azan Subuh berkumandang pada pukul 5:10 pagi namun solat berjemaah hanya akan dilaksanakan pada pukul 5:50 pagi. Makan pada pukul 5:30 pagi barulah saya bergerak ke masjid. Sampai di masjid dalam sepuluh minit kemudian, sampatlah saya beriktikaf dan bersolat beberapa solat sunat. Setelah pukul 6:00 pagi, dan langit mulai cerah, masih belum lagi iqamat diperdengarkan. Risau juga saya, dan akhirnya lima minit kemudian barulah solat Subuh berjemaah dapat ditunaikan.
Papan kenyataan laluan bas A21 (Citybus), Hong Kong.
Dalam perjalanan pulang, dalam keadaan gerimis, di mana semasa malamnya (setelah kami tudur, selepas pukul 11:30 malam tadi), hujan telah turun, saya dapat melihat sekumpulan orang sedang menunggu bas di perhentian di seberang jalan dengan Chungking Mansion. Rupanya mereka sedang menunggu bas nombor A21 (Cityflyer) yang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA atau HKG). Tambang dari situ ke HKIA adalah sebanyak HK$33.00 (+- RM20.00).
Papan kenyataan laluan bas N21 (Citybus), Hong Kong.
Bas A21 (Citybus), Hong Kong.
Saya kembali semula ke penginapan dan berehat di penginapan selepas itu. Layan televisyen Hong Kong sekejap. Dapat juga menonton siri drama televisyen saluran TVB lama yang pernah disiar di televisyen Malaysia satu ketika dahulu. Sambil itu, saya memaklumkan kepada abang Zainudin, hari ini merupakan hari bersama pasangan masing-masing.
Permandangan Central, Hong Kong dari dalam feri Star Ferry.
Permandangan Central, Hong Kong dari perairan Pelabuhan Victoria.
Pada pukul 9:45 pagi, saya dan isteri berjalan menuju ke Terminal Feri Star Ferry Kowloon melalui laluan bawah tanah stesen MTR Tsim Sha Tsui / East Tsim Sha Tsui. Bukan ada, dapat jimatkan tenaga kerana terdapat walkalator (lantai bergerak) di laluan ini. Lagipun dapat elakan diri dari panas atau hujan (pada ketika itu cuaca sudah kembali cerah, seolah-olah mengalu-alukan kembara kami ini).
Salah satu feri Star Ferry yang berlepas dari Terminal Feri Central.
Feri Star Ferry yang ingin berlabuh.
Feri Star Ferry menghampiri dermaga.
Kali ini, saya mengambil gambar ketika feri ini menghampiri dermaga dan juga ketika berlabuh di dermaga. Agak sistematik juga sistem feri ini berlabuh. Patutlah ia boleh berlepas dalam masa sepuluh ke lima belas minit selepas ia berlabuh.
Titian sedang diletakan antara feri dan dermaga.
Jejantas dari bangunan Hang Seng Bank menuju ke Eskalator Mid-Level.
Seterusnya, apabila kami turun daripada feri di Terminal Feri Star Ferry Central, kami terus berjalan kaki melalui sistem jejantas di Central ini mencari bangunan ibupejabat Hang Seng Bank. Agak jauh juga dari terminal feri, namun dengan ada sistem jejantas, ia tidak terasa. Akhirnya jumpa dan kami melalui bangunan ibupejabat Hang Seng Bank. Betul-betul selepas bangunan ibupejabat Hang Seng Bank ini, dia atas simpang Queen Road Central dengan Jubilee Street, adalah permulaan sistem eskalator terpanjang di dunia iaitu Eskalator Mid-Level yang melalui Jubilee Street.
Permulaan Eskalator Mid-Level.
Papan peraturan penggunaan Eskalator Mid-Level.
Eskalator ini adalah sejauh lebih kurang 800 meter sehingga ke Conduit Road di bahagian atas sekali kawasan Mid-Level, sebelum kawasan berbukit lebih curam yang tidak berbangunan Puncak Victoria (Victoria Peak atau The Peak). Eskalator ini siap dibina dan dibuka sejak tahun 1993, dan sejak itu pengunaannya menjadi hampir 100 ribu pengguna setiap hari. Ia dibina bertujuan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Central - SoHo - Mid-Level di Hong Kong ini di mana muka buminya begitu berbukit. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tenaga pejalan kaki yang mendaki bukit menuju ke destinasi di Mid-Level dari Central sekaligus ia dapat mengurangkan masa mereka. Maklumat lanjut boleh baca di Wikipedia.
Peta kawasan sekitar SoHo & Mid-Levels, Central, Hong Kong.
Perjalanan bagi mendaki sehingga ke tingkat atas Mid-Level (Conduit Road) dari Central (Queen Road Central), jika hanya berdiri sahaja (perlu berjalan juga di antara eskalator), kira-kira 20 minit, namun ia boleh dipantaskan jika pengguna menyambil berjalan. Terdapat kira-kira 20 buah eskalator bertangga dan 3 buah walkalator (eskalator rata) kesemuanya. Pada setiap masa, pasti salah satu eskalator ini akan ditutup penggunaannya untuk tujuan penyelenggaraan.
Sebahagian dari Eskalator Mid-Level.
Permandangan dari aras atas Eskalator Mid-Level.
Eskalator Mid-Level ini beroperasi dari pukul 6:00 pagi ke 12:00 tengah malam, di mana pada pukul 6:00 pagi ke 10:00 pagi, operasinya adalah dari atas ke bawah. Kemudian operasinya ditutup secara berperingkat dari atas sehingga pada pukul 10:30 pagi sehingga tamat masa operasinya, eskalator ini akan bergerak dari bawah ke atas pula. Penggunaan eskalator ini adalah percuma, malah pada antara eskalator 11 dan 12 akan ada satu mesin pembaca kad Octopus, di mana jika menyentuh kad Octopus di mesin ini, akan mendapat diskaun HK$2.00 (+-RM1.20) bagi penggunaan tren MTR selepas itu.
Pintu masuk ke Masjid Jamia, Mid-Level, Hong Kong.
Memang tidak merugikan menaiki eskalator ini, dapat melihat suasana kehidupan sebenar masyarakat Hong Kong. Saya pula dapat melihat lokasi sebenar yang menjadi lokasi penggambaran filem Chungking Express yang popular pada dekad 1990an.
Dalam perjalanan juga, tidak silap antara eskalator ke 16 dan 17, kami terjumpa pintu masuk ke sebuah masjid, iaitu Masjid Jamia, juga dikenali sebagai Mid-Level Mosque. Kami akan menziarahi masjid ini ketika turun nanti. Kami meneruskan perjalanan sehingga habis ke puncak eskalator ke-23 di Conduit Road.
Pengakhiran tingkat atas Eskalator Mid-Level.
Saya di pengakhiran tingkat atas Eskalator Mid-Level.
Akhirnya kami sampai juga di puncak eskalator ini. Rupanya bukan kami sahaja yang "mendaki" Eskalator Mid-Level ini, terdapat beberapa orang pelancong berbuat sama seperti kami. Dari puncak ini, terdapat anak panah ke beberapa destinasi tarikan pelancong seperti Zoo Hong Kong, Terminal Tram Bukit The Peak dan banyak lagi. Kami turun semula ke bawah selepas berehat dan mengambil gambar.
Perjalanan turun.
Kami menuruni Mid-Level ini dengan berjalan kaki, kerana tiada eskalator menghala ke bawah, eskalator ini hanya sehala sahaja pada setiap masa. Maka lalulah kami di tangga-tangga dan jalan-jalan di sebelah atau di bawah jejantas yang terdapat eskalator ini. Rupanya, lebih siksa menuruni bukit dari menaiki bukit sebenarnya (terutama bagi bekas pendaki yang pernah beberapa kali cedera di lutut seperti saya ini). Jadi kami jika boleh memilih laluan tidak bertangga, jika ada.
Masjid Jamia, Mid-Level, Hong Kong.
Menara Masjid Jamia, Mid-Level, Hong Kong.
Kami singgah ke Masjid Jamia untuk menziarahi dan bersolat sunat di masjid ini. Masjid ini memang agak lama juga, dan keadaannya tidak berapa terjaga. Namun suasananya terasa agak mendamaikan, malah kami terasa seperti di negara musim sejuk pada masa kami di sini. Semasa kami di sini, terdapat beberapa orang tabligh sedang berusrah. Kami berada di masjid ini sekitar 20 ke 25 minit.
Plak di Masjid Jamia, Mid-Level, Hong Kong.
Ruang solat di Masjid Jamia, Mid-Level, Hong Kong.
Pintu masuk Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong.
Setelah beransur dari Masjid Jamia, kami menerukan perjalanan turun ke bawah, dan sampai di Caine Road, kami melencongkan perjalanan kami menuju ke Muzium Dr Sun Yat Sen yang terletak di simpang Caine Road dan Castle Road, berhampiran Aberdeen Street, tidak jauh dari Eskalator Mid-Level ini.
Tugu Dr Sun Yat Sen di Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong.
Kenyataan harga tiket masuk ke Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong.
Dr Sun Yat Sen merupakan Presiden pertama Republik China selepas jatuhnya pemerintahan Maharaja China yang terakhir. Beliau sebenarnya dilahirkan di sebuah tempat bernama Heung San (Kantonis) atau Xiangshan (Mandarin), sebuah bandar berhampiran bandaraya Guangzhou, yang kini dinamakan sebagai Zhongshan (Mandarin) atau Chongsan (Kantonis), sempena nama pena beliau dalam bahasa China Sun Zhong-shan, dan belajar di Hong Kong serta pernah duduk di Macau. Kiranya memang kawasan Delta Sungai Pearl ini memang dekat dengan kehidupan beliau. Untuk mengetahui lanjut tentang beliau, boleh baca mengenainya di Wikipedia.
Risalah Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong.
Sebenarnya, rumah ini tiada kena mengena dengan Dr Sun Yat Sen, ia adalah milik seorang ahli peniagaan cina Hong Kong, Ho Kom Tong yang kemudiannya berpindah milik beberapa kali, sehingga diambil alih oleh kerajaan Hong Kong untuk dipulihara dan dijadikan Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong. Di sini saya dapat melihat beberapa artifak dan sejarah lebih lanjut Dr Sun Yat Sen, yang selama ini hanya jadi bahan bacaan saya sahaja. Oleh kerana muzium ini kita tidak boleh mengambil gambar maka hanya sedikit gambar mengenainya. Untuk mengetahu lebih lanjut tentang muzium ini boleh bacanya melalui risalah yang ditunjukan atau layari Wikipedia.
Risalah Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong.
Peta: Perjalanan kami dari penginapan sehingga Muzium Dr Sun Yat Sen, Hong Kong.
Penanda jalan Lebuh Aberdeen.
Setelah berada lebih sejam di Muzium Dr Sun Yat Sen, maka kami pun berjalan untuk kembali semula ke kawasan Central. Namun rasa malas pula untuk menuruni tangga. Kebetulan berhampiran dengan muzium, terdapat Aberdeen Street (Lebuh Aberdeen) yang jalannya kelihatan terus menuruni bukit. Ia adalah jalan untuk kenderaan dan pejalan kaki, bukan khas untuk pejalan kaki. Jadi oleh kerana kurang bertangga, maka kami berjalan melalui Aberdeen Street ini.
Lebuh Aberdeen.
Dalam perjalanan turun, kami terjumpa sebuah tempat yang dinamakan PMQ. Tempat ini merupakan tempat seni kontemporari dan fesyen terkini anak-anak muda Hong Kong. Asalnya, bangunan ini merupakan kuarters penginapan keluarga kelamin bagi anggota-anggota Polis Marin Hong Kong, satu ketika dahulu. Itu sebab namanya kini PMQ, dipendekan dari Police Marine Quarters. Memang banyak cenderaharti boleh dibeli, namun kami tidak lama, kerana perut kami sudah menyanyikan bukan sahaja irama keroncong, tetapi joget, ghazal malah K-Pop pun ada. Sudah laparlah tu.
Pintu masuk PMQ (Police Marine Quarters).
Maka kami meneruskan menuruni bukit ke perhentian tram Gilman Street di Des Woeux Road Central. Kami melalui kawasan pasar Wing Kut Street, namun hanya lalu sahaja, kerana kami hendak ke Bowrington Road di Wan Chai / Causeway Bay dengan segera.
Pusat Penjaja dan Pasar Jalan Bowrington, Hong Kong.
Kami segera menaiki tram dari perhentian Gilman Street ke perhentian Canal Road West. Sampai di destinasi, kami segera ke Pusat Penjaja dan Pasar Jalan Bowrington yang tidak berapa jauh dari perhentian Canal Road West ini. Sebelum sampai di pusat penjaja, di kaki lima jalan sudah ada jualan pasar di sini. Memang banyak barang-barang basah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya dijual. Saya sempat beli buah kegemaran saya yang kebetulan memang musimnya ketika ini iaitu buah pisang kaki (persimmon) yang agak murah iaitu 10 biji dijual HK$10.00 (+- RM6.00) sahaja.
Suasana pasar Jalan Bowrington, Hong Kong.
Pusat Penjaja Jalan Bowrington, Hong Kong.
Setelah itu, kami segera bangunan Pusat Penjaja dan Pasar Jalan Bowrington yang tersergam di depan mata kami dan kami terus menaiki tangga untuk ke aras 1.
Peta: Perjalanan tram dari perhentian Lebuh Jubilee ke perhentian Canal Road West.
Prinsip saya kalau berkelana atau berpetualang di tempat orang ini, tidak sah kalau tidak merasai makanan tempatan. Tetapi perlu yang halallah, kerana mencari yang halal itu hukunya bukan sekadar wajib, tetapi fardhu. Kena pula makanan gaya Cina terutama Cina Selatan merupakan makanan kegemaran saya (mungkin kerana saya tinggal di persekitaran orang Cina berketurunan Selatan China (kerana mereka berbahasa Cina loghat Kantonis)).
Gerai Wai Kee, Pusat Penjaja Jalan Bowrington, Hong Kong.
Jadi sebenarnya saya ke gerai makanan Wai Kee yang terletak di lot CF5, Pusat Penjaja Jalan Bowrington ini. Ia menghidangkan makanan halal gaya Cina Selatan Hong Kong iaitu ayam panggang dan paling saya suka, itik panggang. Orang agak ramai ketika ini, tapi alhamdulillah, ada satu meja kosong untuk kami.
Apa lagi, saya terus memesan nasi bersama itik dan ayam panggang serta sayur sawi Cina untuk saya. Untuk isteri saya, saya memesan nasi bersama kari kambing, hah yang ini bukan hidangan gaya Cina tetapi lebih kepada gaya fusion antara Cina dan India Muslim. Maklumlah orang Cina bukan suka makan kambing sebenarnya. Air pula hanya disediakan air teh Cina tanpa had di dalam jag. Jika mahu air lain, boleh pasan di gerai lain, tapi bagi kami, inilah air kegemaran saya apabila makan di kedai makanan gaya Cina.
Menu makanan di gerai Wai Kee.
Memang sedap, bukan sebab perut lapar, tetapi memang sedap. Isteri saya yang tidak pernah makan itik katanya (sebenarnya sudah beberapa kali dia makan, cuma saya tidak maklumkan bahawa dia makan itik, sekadar saya cakap ia ayam, tapi reaksinya memang suka, lebih suka dari ayam), kata ia sedap dan tidak hanyir. Memang tidak hanyir itiknya, malah oleh kerana saya makan ayam dan itik, memang bagi kami lebih sedap itik dari ayam.
Kari Kambingnya pula memang terbaik! Kena pula nasi yang disediakan bukan nasi sebarangan tetapi seperti nasi pulut atau nasi beras wangi di Malaysia. Memang tidak sangka yang masak kari kambing adalah orang Cina. sempat juga bertanyakan dengan pemilik gerai, Encik Osman walaupun agak sibuk dengan orang, dia memang seorang Muslim dan keluarganya juga, malah dia merupakan keturunan ke-24 yang Muslim. Beliau tiada keturunan campuran katanya.
Untuk balik, kami sempat bawa balik separuh ekor itik dengan nasinya yang sedap untuk bekalan makan malam. Sedap punya pasal. Tidak kisah habis sampai HK$140.00 (+- RM84.00) di sini. Rasa macam makan dalam syurga, hahaha.
Makan tengahari kami.
Saya mendapat maklumat tentang gerai ini melalui Facebook Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB), yang mana terdapat satu rancangan berbahasa Melayu, Jom Hong Kong! yang dihoskan oleh juruhebah radio/penyanyi Hunny Madu dan chef selebriti Anis Nabila yang dimuat naik di laman YouTube HKTB. Rancangan ini sebenarnya disiarkan di astro Ria pada bulan Disember 2015, tetapi boleh ditonton lebih awal di saluran YouTube.
YouTube: Episod 2, rancangan Jom, Hong Kong di astro Ria.
Ikan dan hidupan laut yang masih hidup dijual di pasar Jalan Bowrington, Hong Kong.
Seterusnya kami pun bergerak pulang ke penginapan. Sempat juga bersiar-siar sekitar pasar Bowrington Road ini. Banyak hidupan laut yang dijual di sini masih hidup. Ikan-ikan yang dijual masih melenting-lenting lagi, malah memasa hendak disiang, masih tergerak-gerak lagi. Memang orang Cina suka makanan yang segar-segar. Cuma kalau ikut harga dengan standard Ringgit Malaysia, agak mahal lah. Nasib naik di penginapan saya tiada dapur, kalau ada, mahu berasap juga, hahaha.
Ketam hidup dijual di pasar Jalan Bowrington, Hong Kong.
Terminal Feri Star Ferry Central pada waktu siang.
Biasalah, jadi pengembara backpackers, cari cara yang murah, hendak balik pun kami menaiki tram. Dari perhentian Canal Road West menuju ke perhentian Pedder Street di Central dan kemudian menuju ke Terminal Feri Star Ferry Central. Di terminal feri, baru perasan terdapat kerja penyelenggaran sedang dilakukan. Di Hong Kong, walaupun sebuah "negara" moden dan maju, perancah pembinaan digunakan bukanlah besi seperti di tempat lain, tetapi mereka masih menggunakan perancah daripada buluh. Unik sekali, selama ini hanya tengok di televisyen, kali ini nampak depan mata.
Perancah buluh di dalam kawasan pembinaan di Hong Kong.
Dermaga Terminal Feri Star Ferry Central.
Kami kemudian berlayar terus sampai ke terminal sebelah Kowloon, seterusnya meneruskan perjalanan ke penginapan. Selepas sampai, kami terus berehat sampai ke malam.
Bannner Restoran Makanan Cina Halal Hung's di Chungking Mansion.
Restoran Makanan Cina Halal Hung's di Chungking Mansion.
Pada sebelah malam, saya pun keluar seorang diri untuk mencari bekalan makanan bagi sarapan kami esok. Saya mencuba memesan makanan di sebuah gerai makanan Cina di Chungking Mansion ini iaitu di Hung's Chinese Restaurant. Pada waktu tengahari, harga makanan agak murah sikit, tapi selain itu, harganya naik sikit.
Menu di Restoran Makanan Cina Halal Hung's di Chungking Mansion.
Saya membeli hidangan mee bersama daging bersup gaya Kantonis. Cuma saya minta sup tersebut diasingkan agar mee tidak kembang semasa hendak makan waktu sarapannya. Harganya dalam HK$58.00 (+- RM35.00). Agak mahal, tapi memang begitu di Hong Kong.
Makan malam kami yang dibungkus dari Menu di Restoran Makanan Cina Halal Hung's.
Setelah menghantar makanan ke penginapan, saya kembali berjalan-jalan seorang diri di kawasan sekitar Tsim Sha Tsui ini. Memang kawasan sekitar ini banyak kawasan membeli-belah. Banyak juga tukang-tukang jahit, cuma bagi saya harganya agak tinggi sedikit berbanding di tempat lain. Agak meriah juga.
Sambil-sambil itu, saya cuba mendapatkan duit-duit yang masih belum saya dapat, dengan membeli beberapa barang yang dirasakan perlu semasa perjalanan ke Guangzhou kelak. Sepanjang perjalanan di Hong Kong ini, saya telah berjaya menambahkan koleksi wang-wang Hong Kong saya seperti di bawah ini.
HK$0.10 = +- RM0.06
HK$0.20 = +- RM0.12
HK$0.50 = +- RM0.30
HK$1.00 = +- RM0.60
HK$2.00 = +- RM1.20
HK$5.00 = +- RM3.00
HK$10.00 = +- RM6.00
HK$20.00 (Bank of China - terkini (2008)) = +- RM12.00
HK$20.00 (Standard Chartered - keluaran 2003) = +- RM12.00
Selain itu juga, saya cuba membeli barang-barang dengan menggunakan kad Octopus, agar baki di dalam kedua-dua kad kami berada di bawah HK$10.00 kerana kami ingin menyimpan kad kami dan tidak hendak pulangkan. Jadi lebih baik kami membelanjakan agar kad kami bernilai lebih daripada negatif HK$30.00 setelah habis perjalanan kami ke Lo Wu, sebelum ke Shenzhen, China nanti.
Setelah bersiar-siar lebih dua jam, pukul 9:45 malam, saya pulang dan makan malam bersama isteri saya dengan itik panggang bersama nasi yang kami beli di Bowrington Road tadi. Setelah selesai makan, kami layan sedikit televisyen sambil mengemaskan beg kami. Kami tidak sedar bila kami tidur.
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3 (this part);
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6 & 7.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan