Click here if want to read in English version.
Sebelum kita berjalan ke luar negara, antara perkara yang wajib kita lakukan adalah menukar wang kepada wang yang digunakan di negara berkenaan. Sebelum ini saya ada berkongsi petua mengenai pengurup wang di kawasan Masjid India dan di dalam kompleks Ampang Park, kali ini saya berkongsi mengenai pengurup-pengurup wang yang ada di satu lagi kawasan tumpuan utama yang ada banyak pengurup wang, iaitu di kawasan Brickfields atau Jalan Tun Sambanthan serta kompleks membeli belah yang ada di kawasan itu, Nu Sentral.
Kawasan Jalan Tun Sambanthan ini amat mudah dikunjungi kerana kompleks pelbagai mod pengangkutan di Kuala Lumpur iaitu KL Sentral terletak di kawasan ini. Jadi jika kita hendak ke luar negara sama ada melalui KLIA atau menggunakan keretapi, boleh menukar wang asing di kawasan ini, tetapi bukan setiap waktu, hanya pada waktu perniagaan pengurup wang tersebut.
Jika di Jalan Tun Sambanthan, bertentangan dengan pejabat Poslaju, terdapat sebuah pengurup wang, iaitu KL Remit Xchange. Di sini juga menawarkan perkhidmatan pengiriman wang ke negara-negara tertentu seperti Indonesia dan India.
Betul-betul di kaki tangga / eskalator menaiki ke jejantas untuk ke Nu Sentral, berhampiran dengan stesen Monorel KL Sentral, di dalam sebuah kedai emas, terdapat sebuah pengurup wang iaitu Global Millennium Trading atau GMT.
Memasuki kompleks membeli-belah Nu Sentral, yang mana ia bersambung antara stesen Monorel KL Sentral dengan KL Sentral itu sendiri, terdapat tiga buah pengurup wang yang terletak di aras LG iaitu searas dengan Jalan Tun Sambanthan. Aras G bagi KL Sentral adalah searas dengan aras G KL Sentral.
Kita menuruni jejantas di tangga / eskalator sebelah luar Nu Sentral, kemudian apabila tiba di bawah, sila ke kanan untuk memasuki pintu yang ada di situ.
Memasuki pintu tersebut, apabila pandang di sebelah kiri, akan terlihat pejabat Malindo Air. Jadi jika terdapat apa-apa urusan berkaitan dengan Malindo Air, boleh ke sini.
Selang dua kedai selepas itu, terdapat sebuah pengurup wang iaitu dari sebuah cawangan syarikat Jalinan Duta. Di dalam kompleks KL Sentral, terdapat sebuah lagi cawangan pengurup wang ini.
Kembali semula ke pintu tadi, jika kita berjalan terus, selang sebuah kedai di sebelah kanan iaitu kedai serbaneka myNews.com, terdapat sebuah lagi pengurup wang, iaitu GMT, di mana ia adalah cawangan bagi Global Millennium Trading tadi.
Bagusnya, di hadapan pengurup wang GMT ini, terdapat pusat mesin ATM, yang mana ketika ini hanya mesin ATM CIMB Bank sahaja yang beroperasi.
Kita pergi ke kawasan ruang legar utama, iaitu di tengah-tengah pusat membeli belah Nu Sentral ini, di kawasan tersebut terdapat sebuah pengurup wang yang memang jelas kewujudannya iaitu pengurup wang Spectrum Forex.
Secara keseluruhannya, kadar di kawasan Jalan Tun Sambanthan dan Nu Sentral ini lebih kurang sama dengan kawasan Masjid India atau Ampang Park. Cuma dalam pemerhatian saya, kadar di dalam Nu Sentral lebih baik dari pada di luar (Jalan Tun Sambanthan). Untuk rujukan lebih baik, boleh melihat laman web (sila klik link pada nama pengurup wang) untuk melihat kadar terkini matawang asing. Namun kadarnya berbeza antara satu cawangan dengan cawangan yang lain.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat bagi yang merancang perjalanan ke luar negara atau yang ingin melabur secara wang fizikal matawang asing ini.
Click here if want to read in English version.
Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Panduan Nu Sentral (bahagian pengurup wang).
Kita menuruni jejantas di tangga / eskalator sebelah luar Nu Sentral, kemudian apabila tiba di bawah, sila ke kanan untuk memasuki pintu yang ada di situ.
Pintu masuk berhampiran tangga/eskalator jejantas.
Memasuki pintu tersebut, apabila pandang di sebelah kiri, akan terlihat pejabat Malindo Air. Jadi jika terdapat apa-apa urusan berkaitan dengan Malindo Air, boleh ke sini.
Pandangan kiri selepas pintu masuk.
Selang dua kedai selepas itu, terdapat sebuah pengurup wang iaitu dari sebuah cawangan syarikat Jalinan Duta. Di dalam kompleks KL Sentral, terdapat sebuah lagi cawangan pengurup wang ini.
Kembali semula ke pintu tadi, jika kita berjalan terus, selang sebuah kedai di sebelah kanan iaitu kedai serbaneka myNews.com, terdapat sebuah lagi pengurup wang, iaitu GMT, di mana ia adalah cawangan bagi Global Millennium Trading tadi.
Bagusnya, di hadapan pengurup wang GMT ini, terdapat pusat mesin ATM, yang mana ketika ini hanya mesin ATM CIMB Bank sahaja yang beroperasi.
Kita pergi ke kawasan ruang legar utama, iaitu di tengah-tengah pusat membeli belah Nu Sentral ini, di kawasan tersebut terdapat sebuah pengurup wang yang memang jelas kewujudannya iaitu pengurup wang Spectrum Forex.
Secara keseluruhannya, kadar di kawasan Jalan Tun Sambanthan dan Nu Sentral ini lebih kurang sama dengan kawasan Masjid India atau Ampang Park. Cuma dalam pemerhatian saya, kadar di dalam Nu Sentral lebih baik dari pada di luar (Jalan Tun Sambanthan). Untuk rujukan lebih baik, boleh melihat laman web (sila klik link pada nama pengurup wang) untuk melihat kadar terkini matawang asing. Namun kadarnya berbeza antara satu cawangan dengan cawangan yang lain.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat bagi yang merancang perjalanan ke luar negara atau yang ingin melabur secara wang fizikal matawang asing ini.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Click here if want to read in English version.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan