Dari Hari 2.
Jika mahu lihat catatan:
Ruangan kami adalah sebelah tingkat, hanya ada dua ruangan, atas dan bawah. Terdapat juga jenis lain di sebelah kami di mana terdapat 6 orang duduk dan ruangan baring di atas dan tengah. Yang tengah itu dilipat bagi membolehkan yang bawah dijadikan tempat duduk, di mana ia menjadi alas belakang orang yang duduk. Bermakna dua tingkat bahagian kami dan tiga tingkat bahagian satu lagi.
Keluar sahaja, kami terus ke auto kami. Autonya ada tapi pemandunya tiada, nasib baik tiada kunci, kalau tak mahu kami bawa balik auto tu buat cenderahati, hahaha. Sempatlah berposing sikit. Iyalah antara identiti India lah katakan. Hendak cerita pasal auto, rata-rata auto yang digunakan berjenama Bajaj (disebut Bajaj), iaitu jenama India sendiri. Tidak hairanlah kenderaan sama di Indonesia dipanggil Bajaj (disebut Bajai) walaupun di Thailand dipanggil tuktuk (tetapi bukan model Bajaj tapi model Suzuki Jepun). Auto di Agra tiada mempunyai meter.
Jadi saya perlu ke bilik rehat pemandu yang disediakan pemilik restoran. Sabar menanti juga pemandu auto ini kepada kami. Nasib baik kami makan sekejap je. Jadi kami pun pulang kembali ke hotel.
Dalam perjalanan, ternampaklah pelbagai jenis haiwan menjadi kenderaan di bumi Agra ini. Semua ini berkongsi dengan kenderaan bermotor di jalan raya di Agra. Antaranya, lembu, kerbau, kuda, keldai malah terdapat unta jua (seperti gambar di bawah). Itu belum kata kambing, anjing, ayam, itik, kucing lagi (kucing agak kurang di bumi India sebenarnya berbanding anjing). Sudah jadi masa safari pun ada juga huhuhu...
Akhirnya kami sampai hotel. Kami pun duduk lepak sahaja di hotel. Taj Mahal tutup pada pukul 6:00 petang iaitu waktu matahari terbenam (sebenarnya pukul 5:45 petang terbenam, tapi mungkin untuk memudahkan pengunjung dan pentadbiran agaknya), namun suasana agak hidup di lorong ke pintu selatan Taj Mahal ini. Sampai pukul 10:00 malam masih ada jualan. Kami pun berehat sementara untuk memasuki Taj Mahal keesokan harinya.
Bersambung ke Hari 4.
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari 1;
- Hari 4; atau
- Hari 5 & 6.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3 (this part);
- Day 4; or
- Day 5 & 6.
02 Mei 2015 (Sabtu)
Aktiviti utama untuk hari ini adalah untuk menaiki keretapi ke Agra. Perjalanan tidaklah lama sangat, sekitar hampir 5 jam, kerana kami menaiki perkhidmatan 11078 Jhelum Ekspress iaitu perkhidmatan keretapi yang berhenti di perhentian yang terhad. Jika menaiki keretapi ekspres, seperti 12001 NLDS Bhopal Shatabdi Express pula hanya akan ambil masa 2 jam 15 minit sahaja kerana dari New Delhi ke Agra tiada berhenti.

Jadi pada pagi ini, kami mengemas pakaian dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan ke Agra ke dalam beg yang lebih kecil, kerana kami berada di sana dua hari satu malam sahaja. Bakinya, kami simpan di dalam beg yang lebih besar dan akan di tinggalkan di hotel, kerana apabila pulang ke New Delhi nanti, saya sudah menempah penginapan di hotel yang sama.
Jam 9:15 pagi, kami mendaftar keluar hotel dan meminta untuk menyimpan beg besar kami di hotel. Alhamdulillah, tiada bayaran diminta. Kami berjalan dari hotel ke Stesen Keretapi New Delhi. Di dalam perjalanan, saya singgah di kedai telefon untuk menambah kredit nombor telefon India saya, sebagai persediaan jika kuota data hampir habis digunakan. Kami sampai di depan pintu barat stesen 20 minit kemudian.
Agak ramai juga orang di stesen ini. Mungkin kerana terdapat banyak keretapi akan berlepas dari stesen ini pada pagi ini. Hendak sampai ke bangunan stesen pun kena meredah parkir kereta dan juga teksi-teksi, auto-auto dan kereta-kereta yang berhenti di hadapan bangunan. Jika mengelak orang-orang yang lalu-lalang.
Sampai di bangunan, ternampak papan tanda arah menunjukan ke International Tourist Bureau di tingkat 1. Amat jelas, jadi tidak perlu ikut rayuan orang yang tidak berkenaan. Namun kami tidak pergi ke situ kerana sudah ada tiket. Tiket yang diberikan ClearTrip oleh boleh digunakan terus tanpa perlu menukar tiket. Semasa kami di sana, tiada pula tout atau ulat yang cuba membuat scam atau penipuan kepada kami. Melainkan kalau berjalan di luar kawasan keretapi, lebih tepat di kawasan Main Bazar, Pahar Ganj. Di sana banyak agensi perlancongan yang terpampang tertulis perkhidmatan mereka diluluskan kerajaan dan pelbagai tektik yang mengelirukan. Tidak perlu menggunakan khidmat mereka, terus sahaja ke International Tourist Bureau di stesen keretapi untuk membeli tiket kuota pelancong asing.
Kami melihat papan kenyataan mengenai jadual perjalanan keretapi dan platformnya. Kena ingat, di Stesen Keretapi New Delhi ini, terdapat 16 platform! Jadi jangan keliru. Di situ, terpapar 11078 Jhelum Express akan berhenti di platform 4. Jadi kami terus ke platform. Dalam perjalanan, dapat kelihatan ramai orang selamba duduk baring di lantai bangunan stesen ini.
Sebelum memasuki platform, pemeriksaan keselamatan akan dibuat oleh pihak polis. Beg kita akan diimbas di mesin pengimbas x-ray, dan kita juga akan diperiksa badan kita. Memang agak ketat juga. Di India ini, banyak tempat ada pemeriksaan sebelum memasuki tempat tersebut. Cuma, polis tersebut tidak memeriksa tiket keretapi. Jadi bermakna, kita boleh gunakan kawasan dalam stesen sebagai jalan pintas untuk ke bangunan sebelah timur stesen ini seterusnya ke luar, di mana stesen MRT New Delhi dan stesen MRT ke lapangan terbang terletak. Cuma waktu malam sahaja ia ditutup sebagaimana ketika kami baru sampai ke New Delhi tempohari.
Setelah itu, kami menaiki jejantas untuk ke platform. Kiranya platform di stesen keretapi ini adalah ruangan terbuka, kecuali terdapat bumbung di platform. Kalau tengok keadaan memang tidak berapa moden walaupun stesen ini merupakan stesen agak baru berbanding stesen-stesen lain di Delhi ini. Kalau kita, nampak seperti kelam-kabut. Di platform, terdapat juga gerai-gerai menjual makanan dan minuman. Juga terdapat juga papan kenyataan untuk menampal senarai nama penumpang bagi perkhidmatan keretapi berkaitan. Cuma bagi Jhelum Express ini, tiada pula senarai tersebut.
Kami pun berdiri di platform 4 sambil melihat gelagat-gelagat orang-orang sekitar platform 4 dan berdekatan. Hendak duduk, kerusi sudah habis digunakan, bukan sahaja untuk duduk, malah baring. Hendak duduk di lantai seperti beberapa orang lain, lantai agak berdebu, hehehe. Jadi berdirilah kami.
Akhirnya pukul 10:00 minit, keretapi 11078 Jhelum Express, sebagaimana diumumkan di pembesar suara (agak kurang jelas) dan paparan di tepi gerabak keretapi sampai dari Shabzi Mandi (perhentian sebelumnya). 11078 Jhelum Express ini sebenarnya bermula dari stesen Jammu Tawi di Jammu Kashmir dan stesen terakhirnya adalah di Pune, berhampiran Mumbai di negeri Maharasta, iaitu perjalanan sejauh 2176 km mengambil masa hampir 2 hari!
Kami mencari gerabak kami dan kemudian tempat duduk kami. Ruangan sebelah atas kosong tetapi ruangan bawah, alamak ada orang duduk. Bagi saya tidak mengapa kerana saya hendak duduk je. Ruangan ini sebenarnya adalah tempat tidur jadi bolehlah tiga orang duduk. Jadi tidak mengapa jika mereka hendak tumpang, saya pun bukan hendak baring.
Ruangan kami adalah sebelah tingkat, hanya ada dua ruangan, atas dan bawah. Terdapat juga jenis lain di sebelah kami di mana terdapat 6 orang duduk dan ruangan baring di atas dan tengah. Yang tengah itu dilipat bagi membolehkan yang bawah dijadikan tempat duduk, di mana ia menjadi alas belakang orang yang duduk. Bermakna dua tingkat bahagian kami dan tiga tingkat bahagian satu lagi.
Gambar di atas adalah keadaan dalam gerabak keretapi komuter di New Delhi yang saya ambil dari tingkap ketika keretapi komuter itu berhenti di platform sebelah. Sudahlah tiada pendingin hawa, gelap pula tu. Lain padang, lain belakang. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Tepat jam 10.15 pagi, keretapi kami pun berlepas dari stesen.
Akhirnya merasa juga pengalaman menaik keretapi di India. Sebenarnya agak selesa juga, Malah di koc ini terdapat suis elektrik. Jadi dapatlah saya mengecaj telefon bimbit saya. Saya juga dapat melihat suasana sepanjang tepi landasan keretapi. Masih banyak lagi rumah yang agak buruk dan daif. Terdapat juga ladang-ladang yang subur sepanjang perjalanan. Keretapi ini melalui wilayah New Delhi, negeri Haryana dan negeri Uttar Pradesh. Agak laju juga keretapi ini dibawa sehinggakan terasa nyaman. Cuma ketika sampai di sempadan negeri Uttar Pradesh, terasa bahang lebih panas. Memang dimaklumkan bahawa di Uttar Pradesh Barat memang lebih panas dari Delhi.
Orang yang tidak berkenaan yang duduk di tempat duduk saya telah beredar dan isteri saya turun untuk duduk bersama saya. Dia kata duduk di atas agak panas. Tatkala dia sudah di bawah, ada pula orang lain duduk di tempatnya tadi. Sebenarnya kemungkinan mereka ini mempunyai tiket di gerabak lain, kemungkinan besar di kelas 3. Tidak mengapalah, itu budaya mereka. Mana tahu, satu hari nanti kalau kita menolong mereka, kita pula akan ditolongkan. Ada sahaja pemeriksa tiket datang memeriksa bersama polis pula tu, tapi tidak dikuatkuasakan pun sebenarnya. Ada hikmahnya.

Sepanjang perjalanan, terdapat pekerja-pekerja keretapi membawa makanan dan minuman untuk jualan. Harga pun tidak jauh beza dengan di tempat biasa. Kebanyakannya dijual dengan ₹10 (+- RM0.60). Saya pun mencuba kacang kuda dimasak berempah (gambar di atas). Air minuman botol (air mineral) dan ais krim (gambar di bawah) dijual pada ₹20 (+- RM1.20). Cuma kagum dengan mereka yang menjual, tahan tangan mereka membawa makanan & minuman sepanjang gerabak-gerabak yang bukan pendek. Keseronokan itu menyebabkan saya tidak tidur sepanjang perjalanan.
Akhirnya setelah 4 jam setengah iaitu pada pukul 2:45 petang, sampailah keretapi kami ke Stesen Keretapi Agra Cantonment atau biasa ditulis Agra Cantt. Di sini lagi selamba orang-orangnya, boleh baring di tengah-tengah orang lalu lalang. Tiba-tiba kami merasakan orang agak ramai dan sesak di sini. Mungkin masa ini adalah masa puncak di stesen ini. Kami segera mencari jalan keluar dari kawasan stesen. Memang agak kelam kabut.
Ketemu juga kami dengan pintu masuk/keluar utama stesen ini. Memang terasa bahang panas di sini. Kami mencari auto untuk ke hotel kami yang terletak di pintu selatan Kompleks Taj Mahal.
Sebenarnya terdapat ramai ulat-ulat teksi dan auto di stesen keretapi Agra Cantt. ini. Cuma untuk langkah selamat agar tidak tertipu, boleh ke kaunter teksi pra bayar yang sebelah kanan setelah keluar dari pintu utama stesen ini. Kaunter ini dikendalikan oleh Polis Uttar Pradesh (negeri di mana Agra terletak). Harga di sini sudah ditetapkan di mana untuk ke pintu selatan Taj Mahal, perlu membayar ₹200 (+- RM12.00) untuk teksi atau ₹120 (+- RM7.20) untuk auto. Kami pun mengambil auto untuk ke hotel kami yang terletak tidak jauh dari pintu selatan Taj Mahal.
(Namun sebenarnya ada cara lebih murah iaitu berjalan ke jalan utama iaitu setelah keluar dari stesen keretapi, ambil arah kiri dan susur jalan sehingga sampai ke jalan utama. Di situ boleh bertanya mana-mana auto atau teksi dan berusaha untuk tawar-menawar. Kawan saya mendapat ₹70 (+- RM4.20) untuk ke pintu selatan Taj Mahal.)

Pemandu auto kami ini baik orangnya. Terus membawa kami ke tempat tujuan tanpa membelok ke arah lain. Mungkin agaknya pasal saya membuka aplikasi Google Maps di telefon saya. Memang saya jenis membeli kad SIM berdata, kerana ini antara penyelamat saya mengelak pelbagai scam dan tout di pelbagai negara sebelum ini. Tapi dia (namanya Devi Singh bernombor telefon +91 80 57519754) memang baik. Siap bagi penerangan bangunan sepanjang jalan. Malah tidak mempromosikan perkhidmatan sampingan sebagai mana pemandu auto di Agra yang kami gunakan selepas itu (menyebabkan kami tidak ambil nombor telefon, walaupun pemandu Islam).
Terdapat banyak tugu-tugu wira-wira zaman silam sepanjang jalan dari stesen keretapi Agra Cantt. Kebanyakannya tugu-tugu pemerintah-pemerintah dan wira-wira Islam dari Dinasti Mughal seperti Aurangzeb, Shah Jahan dan sebagainya.
Selepas 15 minit, maka sampailah kami di kawasan pintu selatan Taj Mahal, membayar ₹120 kepada Devi Singh dan berjalan sedikit untuk sampai ke Hotel Raj Bed & Breakfast. Tidak jauh sebenarnya. Malah kalau jalan lebih sedikit, sudah sampai ke pintu masuk ke Taj Mahal. Suasana pun agak meriah di sini dengan pelbagai jualan cenderahati.
Urusan daftar masuk selesai dan kami terus di bawa ke bilik kami. Bilik kami betul-betul di kawasan hadapat hotel, yang mempunyai akses ke beranda. Kemudahan agak baik dengan tuala, sabun, tisu, tv kabel, peti ais dan penghawa dingin serta kipas. Tapi biasalah, pendingin hawa di India jenis lama, yang sudah kurang dipakai di Malaysia. Bilik agak bersih cuma kurang terjaga dari segi keuzurannya. Jadilah, yang penting kedudukan strategik.
Hotel ini agak baik sebenarnya, tapi kurang selenggaraan, satu yang biasa di India. Walaupun bersih namun perlu pakai selipar kerana berdebu. Setelah meletakan beg dan mengemas apa yang patut, kami pun keluar semula untuk jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Hari ini kami tidak mahu masuk lagi ke Taj Mahal.
Kawasan sekitar Tajganj (iaitu kawasan tempat hotel kami) agak berselerak dan tidak teratur, lebih kurang sama sahaja dengan Paharganj dan Chadni Chowk di Delhi. Kemudahan untuk membeli barangan makan agak mudah tetapi jika membeli air berbotol, sila pastikan penutupnya ditutup dengan baik (sealed) oleh kilang. Terdapat juga yang menjual air minuman berbotol berjenama tetapi sebenarnya ia diisi semula sendiri, jadi hati-hati. Sebenarnya kawasan Tajganj ini banyak juga dihuni oleh penduduk Islam.
Setelah berjalan-jalan dalam setengah jam, kami menahan sebuah auto yang kebetulan pemandunya beragama Islam. Saya meminta untuk ke restoran makanan halal, jadi mudahlah dia memahami dan membawanya terus. Saya buat tawaran dan akhirnya dapat membayar ₹100 (+- Rm6.00) untuk perjalanan pergi balik.
Kami di bawa ke restoran Indianan, yang agak popular. Perjalanannya tidaklah jauh mana, tapi jika berjalan kaki agak jauh juga. Saya sudah fikirkan, agak mahal juga restoran ini, tapi apakan daya, saya masih risau hendak makan street food di India, maka masuk sahajalah, perut pun keroncong ni.
Kami memesan nasi putih dua pinggan (beras basmati, tidaklah putih sangat, cuma harga sepinggan ₹50 (+- RM3.00)!), air minuman botol sebotol (walaupun ada air dalam jag yang percuma), 2 keping roti nan kecil dan hidangan utama, Rohan Josh Kambing, sejenis kari yang terkenal di Kashmir. Saya pernah makan Rohan Josh di Malaysia, bagi saya kari terbaik, jadi saya ingin cuba di India pula.
Makanan pun sampai, dan apa lagi, makanlah pasal sudah tidak tahan, huhuhu. Tapi makan dengan tertib ye, kena jaga imej orang Malaysia. Agak sedap juga. Cuma makanan cepat sejuk pasal pendingin hawa yang agak kuat. Perlu juga kuat, pasal di luar amat panas lah katakan, 47 darjah Celsius!
Setelah selesai makan, walaupun tidak banyak, kami pun minta bil. Jumlah kena bayar adalah ₹1010 (+- RM60.60) (walaupun di dalam bil di bawah berjumlah ₹980 (+- RM58.80) kerana jurukira lupa memasukan roti nan kecil yang diminta kemudian). Saya memang dah agak, agak mahal di sini. Tapi memang sesuailah, memang Rohan Josh terbaik pernah saya rasa.
Keluar sahaja, kami terus ke auto kami. Autonya ada tapi pemandunya tiada, nasib baik tiada kunci, kalau tak mahu kami bawa balik auto tu buat cenderahati, hahaha. Sempatlah berposing sikit. Iyalah antara identiti India lah katakan. Hendak cerita pasal auto, rata-rata auto yang digunakan berjenama Bajaj (disebut Bajaj), iaitu jenama India sendiri. Tidak hairanlah kenderaan sama di Indonesia dipanggil Bajaj (disebut Bajai) walaupun di Thailand dipanggil tuktuk (tetapi bukan model Bajaj tapi model Suzuki Jepun). Auto di Agra tiada mempunyai meter.
Jadi saya perlu ke bilik rehat pemandu yang disediakan pemilik restoran. Sabar menanti juga pemandu auto ini kepada kami. Nasib baik kami makan sekejap je. Jadi kami pun pulang kembali ke hotel.
Dalam perjalanan, ternampaklah pelbagai jenis haiwan menjadi kenderaan di bumi Agra ini. Semua ini berkongsi dengan kenderaan bermotor di jalan raya di Agra. Antaranya, lembu, kerbau, kuda, keldai malah terdapat unta jua (seperti gambar di bawah). Itu belum kata kambing, anjing, ayam, itik, kucing lagi (kucing agak kurang di bumi India sebenarnya berbanding anjing). Sudah jadi masa safari pun ada juga huhuhu...
Cuma yang tidak seronoknya, pemandu itu tidak habis-habis mempromosi macam-macam kepada kami. Huh, tidak sabar hendak sampai ke hotel. Nasib baik dekat sahaja.
Akhirnya kami sampai hotel. Kami pun duduk lepak sahaja di hotel. Taj Mahal tutup pada pukul 6:00 petang iaitu waktu matahari terbenam (sebenarnya pukul 5:45 petang terbenam, tapi mungkin untuk memudahkan pengunjung dan pentadbiran agaknya), namun suasana agak hidup di lorong ke pintu selatan Taj Mahal ini. Sampai pukul 10:00 malam masih ada jualan. Kami pun berehat sementara untuk memasuki Taj Mahal keesokan harinya.
Bersambung ke Hari 4.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3 (this part);
- Day 4; or
- Day 5 & 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan