Click here if want to read in English version.
Sebelum ini, saya telah mencuba beberapa bas-bas percuma di sekitar Lembah Klang seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya (Ulu Klang) Kajang dan Shah Alam. Pada kali ini, saya mencuba bas percuma Bas Selangorku Subang Jaya (Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)) pula.
Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) MPSJ untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Perkhidmatan ini dimulakan pada 01 Julai 2015 bersama-sama perkhidmatan yang sama di Shah Alam dan Klang di bawah jenama Bas Selangorku.
Bas-bas ini sama ada Bas Selangorku atau Bas SMART Selangor sememangnya percuma dan kos operasinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.Bagi jenama Bas SMART Selangor yang dimulakan pada 01 Januari 2016, terdapat dua lagi kawasan yang diliputi iaitu Kajang dan Ampang Jaya (Ulu Klang).
Pada 17 Februari 2016, selepas saya mencuba perkhidmatan BRT Laluan Sunway sebagai mana di dalam catatan ulasan saya mengenainya di blog KembaraGD, saya mencuba pula perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya pula. Asalnya saya ke hadapan kompleks Bangunan MPSJ di Persiaran Bakti, USJ6 melalui carian yang saya perolehi di dalam Google. Namun rupanya sejak permulaan lagi, terminal permulaan perkhidmatan bas ini terletak di perhentian Stesen LRT USJ7. Sewajarnya ini perlu diperbetulkan kerana semua maklumat termasuk di laman web RapidKL (laluan SJ01) juga menunjukan terminal permulaan adalah di USJ6!
Diperhatikan juga, terdapat beberapa banner promosi Bas Selangorku Subang Jaya didapati walaupun banner-banner ini sebenarnya sudah usang. Buat masa ini, hanya terdapat satu perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya ini yang menggunakan nombor SJ01.
Saya menaiki sebuah bas yang kebetulan sudah hendak bergerak pada masa itu. Saya duduk di tempat duduk belakang tempat duduk pemandu bas dan terdapat carta laluan di papan kenyataan yang terletak di belakang tempat duduk pemandu bas tersebut. Ketika itu, masa menunjukkan pukul 2:30 petang.
Keadaan dalam bas ini sama sahaja dengan perkhidmatan bas percuma lain di Selangor, di mana terdapat skrin paparan LCD di ruang hadapan bas ini. Susun atur juga sama seperti bas RapidKL yang lain kerana pihak RapidKL atau lebih tepat Rapid Bus sdn Bhd yang mendapat kontrak mengendali perkhidmatan bas ini. Bas yang digunakan juga sama iaitu daripada model bas henti-henti bandar dari jenama MAN atau Scania.
Di dalam bas ini juga terdapat perkhidmatan WiFi percuma untuk kegunaan pengguna-pengguna bas ini.
Memandangkan waktu yang saya menggunakan perkhidmatan ini, pelajar-pelajar sekolah rata-rata sudah pulang atau sudah sampai di sekolah, namun terdapat juga beberapa orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini. Selain itu, banyak juga penduduk terutama dari kawasan USJ dan Subang Jaya Seksyen 18 dan 19 menggunakan bas ini untuk ke kawasan Seksyen 15 Subang Jaya yang terdapat banyak komplek membeli belah seperti Subang Parade, Empire dan Aeon Big. Juga banyak juga pengguna-pengguna KTM Komuter yang menggunakan bas ini bagi untuk ke atau dari Stesen KTM Subang Jaya. Di perhatikan juga, laluan sambungan LRT sedang disiapkan, maka perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya ini akan menjadi perkhidmatan sokongan utama bagi perkhidmatan LRT sebagi bas pengantara.
Namun kebanyakan perhentian Bas Selangorku Subang Jaya ini tiada kemudahan lengkap sebagai perhentian bas. Kebanyakannya termasuk di USJ6 (depan Bangunan MPSJ) dan Stesen KTM Subang Jaya tiada berbumbung dan tempat duduk. Cuma perhentian di Stesen LRT USJ7 sahaja yang agak lengkap kemudahannya. Sewajarnya, pihak MPSJ dan Kerajaan Negeri Selangor perlu membina perhentian bas yang lengkap bagi kemudahan yang lebih baik.
Kesimpulannya, perkhidmatan ini amat baik diwujudkan namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Semoga perkhidmatan ini dapat di kekalkan dan dikembangkan ke tempat lain selain yang telah ada perkhidmatan ini (Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya) serta menambahkan lagi perkhidmatan bagi tempat-tempat yang sudah ada perkhidmatan ini, demi kemudahan rakyat. Juga, inisiatif ini perlu dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri lain.
Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) MPSJ untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Perkhidmatan ini dimulakan pada 01 Julai 2015 bersama-sama perkhidmatan yang sama di Shah Alam dan Klang di bawah jenama Bas Selangorku.
Bas-bas ini sama ada Bas Selangorku atau Bas SMART Selangor sememangnya percuma dan kos operasinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.Bagi jenama Bas SMART Selangor yang dimulakan pada 01 Januari 2016, terdapat dua lagi kawasan yang diliputi iaitu Kajang dan Ampang Jaya (Ulu Klang).
Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.
Perhentian bas di Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.
Bas Selangorku Subang Jaya (MPSJ).
Saya terus ke perhentian Stesen LRT USJ7 untuk menaiki bas ini. Apabila tiba di sana, terdapat beberapa bas yang sedang berhenti di perhentian ini. Perhentian ini memang betul-betul di bawah Stesen LRT/Perhentian BRT USJ7. Memang memudahkan pengguna-pengguna kedua-dua perkhidmatan itu kerana Bas Selangorku Subang Jaya ini terus boleh didapati sejurus keluar dari stesen.
Banner Promosi Bas Selangorku Subang Jaya
di perhentian bas Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.
Diperhatikan juga, terdapat beberapa banner promosi Bas Selangorku Subang Jaya didapati walaupun banner-banner ini sebenarnya sudah usang. Buat masa ini, hanya terdapat satu perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya ini yang menggunakan nombor SJ01.
Banner pelancaran Bas Selangorku Subang Jaya
di perhentian bas Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.
Carta Laluan Bas Selangorku Subang Jaya di dalam bas tersebut.
Saya menaiki sebuah bas yang kebetulan sudah hendak bergerak pada masa itu. Saya duduk di tempat duduk belakang tempat duduk pemandu bas dan terdapat carta laluan di papan kenyataan yang terletak di belakang tempat duduk pemandu bas tersebut. Ketika itu, masa menunjukkan pukul 2:30 petang.
Peta: Laluan Bas Selangorku Subang Jaya.
Keadaan dalaman Bas Selangorku Subang Jaya.
Keadaan dalam bas ini sama sahaja dengan perkhidmatan bas percuma lain di Selangor, di mana terdapat skrin paparan LCD di ruang hadapan bas ini. Susun atur juga sama seperti bas RapidKL yang lain kerana pihak RapidKL atau lebih tepat Rapid Bus sdn Bhd yang mendapat kontrak mengendali perkhidmatan bas ini. Bas yang digunakan juga sama iaitu daripada model bas henti-henti bandar dari jenama MAN atau Scania.
Paparan LCD di ruang hadapan dalam Bas Selangorku Subang Jaya.
Jaringan WiFi di dalam Bas Selangorku Subang Jaya.
Di dalam bas ini juga terdapat perkhidmatan WiFi percuma untuk kegunaan pengguna-pengguna bas ini.
Salah satu perhentian bas Bas Selangorku Subang Jaya sepanjang laluannya.
Memandangkan waktu yang saya menggunakan perkhidmatan ini, pelajar-pelajar sekolah rata-rata sudah pulang atau sudah sampai di sekolah, namun terdapat juga beberapa orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini. Selain itu, banyak juga penduduk terutama dari kawasan USJ dan Subang Jaya Seksyen 18 dan 19 menggunakan bas ini untuk ke kawasan Seksyen 15 Subang Jaya yang terdapat banyak komplek membeli belah seperti Subang Parade, Empire dan Aeon Big. Juga banyak juga pengguna-pengguna KTM Komuter yang menggunakan bas ini bagi untuk ke atau dari Stesen KTM Subang Jaya. Di perhatikan juga, laluan sambungan LRT sedang disiapkan, maka perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya ini akan menjadi perkhidmatan sokongan utama bagi perkhidmatan LRT sebagi bas pengantara.
Namun kebanyakan perhentian Bas Selangorku Subang Jaya ini tiada kemudahan lengkap sebagai perhentian bas. Kebanyakannya termasuk di USJ6 (depan Bangunan MPSJ) dan Stesen KTM Subang Jaya tiada berbumbung dan tempat duduk. Cuma perhentian di Stesen LRT USJ7 sahaja yang agak lengkap kemudahannya. Sewajarnya, pihak MPSJ dan Kerajaan Negeri Selangor perlu membina perhentian bas yang lengkap bagi kemudahan yang lebih baik.
Kesimpulannya, perkhidmatan ini amat baik diwujudkan namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Semoga perkhidmatan ini dapat di kekalkan dan dikembangkan ke tempat lain selain yang telah ada perkhidmatan ini (Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya) serta menambahkan lagi perkhidmatan bagi tempat-tempat yang sudah ada perkhidmatan ini, demi kemudahan rakyat. Juga, inisiatif ini perlu dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri lain.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Click here if want to read in English version.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan