Selasa, 4 September 2018

Panduan Kembara - Padang, Indonesia (Padang, Sumetera Barat, Indonesia - 27 Ogos 2018).

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney;
  • Itinerary;
  • Journey;
  • Travel Guide - Padang, Indonesia (this part).


Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Indonesia 
(BIM - Bandara Internasional Minangkabau).

Padang merupakan ibu negeri atau ibu wilayah Sumatera BaratIndonesia iaitu salah satu dari 10 wilayah atau disebut propinsi dalam Bahasa Indonesia, yang terletak di dalam pulau Sumatera. Ia juga merupakan bandar terbesar di dalam wilayah tersebut jua terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (yang sebenarnya terletak di Ketaping, di bawah kabupaten (daerah) Padang Pariaman, 23 kilometer ke utara pusat bandar Padang), juga Pelabuhan Padang, menjadikan ia pintu masuk utama dunia luar ke Sumatera Barat. Keluasannya kira-kira 695 kilometer persegi dan mempunyai penduduk kira-kira 1 juta orang (pada tahun 2014). 


Peta: Padang, Indonesia.

WAKTU
Waktu di Indonesia Barat (termasuk Padang) adalah UTC +7 iaitu 1 jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Padang pula pukul 11:00 pagi.


MATAWANG
Indonesia menggunakan matawang Rupiah Indonesia (IDR) dengan singkatan Rp apabila digunakan di Indonesia. Kadar pertukaran semasa boleh dilihat di sini.

Dominasi yang Rupiah Indonesia adalah:
Nota kertas: Rp1,000, Rp2,000, Rp5,000, Rp10,000, Rp20,000, Rp50,000 & Rp100,000;
Syiling: Rp100, Rp200, Rp500 & Rp1,000.


Rp 100 (Siri 1999)

Rp 200 (Siri 1999)



Rp 200 (Siri 2016)


Rp 500 (Siri 1997)

Rp 500 (Siri 1999)

Rp 1000 (Syiling - Siri 2009)

Rp 1000 (Kertas - Siri 2000)

Rp 2000 (Siri 2000)

Rp 5000 (Siri 2000)


Rp 5000 (Siri 2016)


Rp10 000 (Siri 2000 i)

Rp10 000 (Siri 2000 ii)


Rp10 000 (Siri 2016)

Rp20 000 (Siri 2000)

Rp50 000 (Siri 2000)

Rp50 000 (Siri 2016)


Rp100 000 (Siri 2000 i)

Rp100 000 (Siri 2000 ii)


Rp100 000 (Siri 2016)

VISA
Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Indonesia atas tujuan melancong, dikecualikan visa (visa-free) sehingga 30 hari, jadi jika lawatan dalam tempoh itu, tidak perlu mohon visa. Jika ingin membuat lawatan lebih dari masa itu, perlu memohon visa sama ada di Kedutaan Indonesia atau di Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia semasa di dalam Indonesia. Pemegang pasport negara lain atau ingin memohon visa lain boleh rujuk laman web Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia (juga boleh rujuk artikel Wikipedia).

Tiada borang imigresen Indonesia diperlukan untuk diisi semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Minangkabau, Padang, Indonesia. Terus ke kaunter imigresen untuk prosedur kemasukan ke Indonesia. Sila serahkan pasport kepada pegawai imigresen Indonesia semasa di kaunter terbabit. Setelah selesai urusan imigresen, pasport kita akan dikembalikan, sila periksa cop imigresen terlebih dahulu sama ada tarikh yang betul dan jenis kemasukan yang betul (biasanya visa exemption (pengecualian visa)). Sila berhubung kembali dengan pegawai imigresen jika ada kesilapan atau sebagainya.


Cop masuk imigresen Indonesia di LTA Minangkabau.


Sebelum keluar daripada balai ketibaan, pengunjung ke Indonesia perlu mengisi borang perisytiharan Kastam Indonesia (boleh di dapati semasa penerbangan atau jika tiada, boleh dapati di balai ketibaan (di kawasan pengambilan bagasi, di hujung dewan, sebelum masuk ke lorong pemeriksaan kastam). 

Kebiasaannya kita akan menandakan tidak bagi setiap jawapan, namun kita perlulah memberikan jawapan yang benar dan sahih, kerana pemeriksaan barangan akan dibuat sebelum keluar dari balai ketibaan, jika apa yang isytihar tidak benar atau pun ditangkap membawa barangan yang melebihi nilai, kita akan didenda berat. Serahkan borang kepada pegawai kastam Kemboja sebelum memasuki lorong imigresen. Juga jangan bawa barangan yang dilarang ke Kemboja, atau akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang Indonesia.

 

Borang Perisytiharan Kastam Indonesia.

Cop keluar imigresen Indonesia di LTA Minangkabau.



KETIBAAN

Memasuki Indonesia amat mudah, kini kita tidak perlu mengisi borang masuk negara yang dikeluarkan pihak imigresen sebagaimana jika masuk ke negara lain. Sampai di kaunter imigresen, serah pasport  sahaja.


Udara
Bagi ketibaan langsung dari Malaysia, penerbangan AirAsia menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Minangkabau, Padang, Indonesia (kod IATAPDG)Penerbangan domestik Indonesia juga berada di terminal yang sama.



Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Indonesia 
(BIM - Bandara Internasional Minangkabau).

Pengangkutan ke bandar:
  1. Perkhidmatan Keretapi Minakabau Express dari Stesen Keretapi LTA Minangkabau (Stasiun BIM (Bandara Internasional Minangkabau)) ke Stesen Keretapi Padang (Stasiun Padang) dengan tambang Rp10 000 (+- RM3.00). Terdapat laluan khas berhawa dingin untuk ke Stasiun BIM dari bangunan terminal. Jadual perjalanan adalah seperti berikut: 
  2. Bas DAMRI yang beroperasi setiap jam dengan perjalanan mengikut laluan berikut: Bandara Minangkabau -> Simpang Duku -> Lubuk Buaya -> Basko Grand Mall / Basko Hotel -> Ulak Karang -> Hotel Pangeran Beach -> Jl. Ir.H.Juanda -> Jl.Veteran -> Plaza Andalas -> Jl. Diponegoro -> Hotel Inna Muara -> Hotel Bumi Minangkabau -> Jl.Niaga/Pondok -> Imam Bonjol/Pasar Raya. Anggaran perjalanan sekitar 45 minit. Harga tambang adalah Rp23 500 (+- RM7.75). Bas menunggu di depan pintu ketibaan antarabangsa.
  3. Bas Tranex Mandiri beroperasi mengikut laluan berikut: Bandara Internasional Minangkabau Ketaping - Simp. Duku - Lubuk Buaya - Stasiun Kereta Api Tabing - Universitas Negeri Padang (UNP) - Basko Mall - Jl. Khatib Sulaiman - Jln. Rasuna Said - Jl. Sudirman - Simp. Pasar Raya - Jln. Agus Salim - Simp. Haru - Jln. Dr. Sutomo - Marapalam - Jln. Aru - Simpang Lubuk Begalung. Anggaran perjalanan sekitar 45 minit sehingga ke Simpang Pasar Raya dan 60 minit sehingga ke Simpang Lubuk Begalung. Harga tambang adalah Rp23 500 (+- RM7.75). Bas menunggu di depan pintu ketibaan antarabangsa.
  4. Pelbagai jenis teksi dari Blue Bird (harga mula Rp7000 (+-RM2.10, dan setiap km Rp4300 (+- RM1.30)), Express (harga mula Rp6600 (+-RM2.00, dan setiap km Rp3400 (+- RM1.00)) dan selainnya (harga mula Rp7000 (+-RM2.10, dan setiap km Rp4000 (+- RM1.20)).
  5. E-Hailing: Terdapat dua perkhidmatan utama iaitu Grab & Go-Jek. Setiap satunya mempunyai perkhidmatan jenis kereta, teksi (Go-Jek boleh memesan Teksi Blue Bird) dan ojek (teksi motorsikal). Harga sekitar Rp90 000 (+- RM27.00) bagi kereta dan Rp30 000 (+- RM9.00) lagi ojek, (dari lapangan terbang ke Pasar Raya).
Bas

Terdapat banyak perkhidmatan bas antara bandar ke kota Padang ini yang memberikan perkhidmatan dari bandar-bandar utama dalam pulau Sumatera juga dari Jakarta, namun setiap syarikat bas mempunyai stesennya sendiri, jadi perlu mendapat bantuan orang tempatan untuk mengetahui lokasi stesen basnya. Bas pula terdapat pelbagai jenis dari berhawa dingin dan tiada hawa dingin. Kebiasaannya perjalanan bas adalah pada waktu malam.



TELEKOMUNIKASI



Kad SIM Prabayar


Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi di Indonesia antaranya:



  1. Telkomsel;
  2. Indosat Ooredoo
  3. XL Axiata
  4. 3 (Tri).



Maklumat lanjut tentang perbandingan produk kad SIM, boleh layari laman web Wikia.



Internet

WiFi tidak begitu meluas di Padang ini. Hanya beberapa tempat sahaja yang mempunyai perkhidmatan ini seperti di restoran tertentu dan hotel.



PENGANGKUTAN BANDAR



Bas

TransPadang merupakan sistem bas separa BRT. Buat masa ini mempunyai dua laluan seperti berikut:

(Koridor I) Lubang Buaya – Lubuk Buaya – Tabing Railway Station – Universitas Negeri Padang (UNP) – Basko Grand Mall / Basko Hotel – Jl. Khatib Sulaiman – Jln. Rasuna Said – Jl. Sudirman – Simpang Pasar Raya – Imam Bonjol;


(Koridor IV) Terminal Bukit Putus – Jalan Padang By Pass – Jalan Anak Air – Terminal Anak Air


Tambangnya adalah Rp3500 (+- RM1.05) bagi dewasa dan Rp1500 (+- RM0.45) bagi konsesi.


(sumber: BusTravel Station
 & Cerita Padang).


Terdapat juga bas henti-henti yang beroperasi di dalam kota Padang.



Keretapi

Terdapat perkhidmatan keretapi ke luar kota Padang ini namun perkhidmatan ini hanya terhad sekitar Sumatera Barat sahaja, kerana di bawah pengoperasian Divre II (Divisi Regional II Sumatera Barat) PT Kereta Api Indonesia (Persero) (KAI), operasi keretapi hanya ke:

i. Padang Pariaman (untuk perkhidmatan KA Sibinuang);

ii. Kayu Tanam (KA Railbus Lembah Anai, perlu mengambil KA Sinabuang dan bertukar di Lubuk Alung untuk meneruskan perjalanan); dan 
iii. Lapangan Terbang Minangkabau (KA Minangkabau Express). 

Tiket hanya boleh dibeli dari kaunter tiket di stesen dan tiada tempahan dalam talian boleh dibuat.


(sumber: blog RailTravel Station).


Teksi

Teksi boleh didapati di kota Padang. Untuk lebih selamat, disarankan mengambil teksi Blue Bird (malah boleh ditempah melalui aplikasi Go-Jek).


Teksi Motorsikal (Ojek)

Seperti biasa, ia boleh didapati di kota-kota di Indonesia termasuk Padang, namun memandangkan ia tidak ada peraturan khusus, maka tambang dan hal keselamatan kurang ditekankan.


E-Hailing
Terdapat dua perkhidmatan utama iaitu Grab Go-Jek. Setiap satunya mempunyai perkhidmatan jenis kereta, teksi (Go-Jek boleh memesan Teksi Blue Bird) dan ojek (teksi motorsikal).



PENGINAPAN

Terdapat banyak penginapan di Padang ini dari kadar bajet hingga ke taraf mewah. Padang menjadi transit kepada peminat luncur air yang biasa akan ke Pulau Mentawai. Dalam perjalanan ini, saya tidak menginap kerana perjalanan balik hari.



BEKALAN ELEKTRIK

Soket plug elektrik digunakan di Indonesia adalah dari soket jenis jenis C dan jenis F. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 230V 50Hz.



Soket elektrik di Indonesia.



TEMPAT MENARIK / LAWATAN
Sebenarnya terdapat banyak tempat lawatan di Padang, terutama muzium dan galeri. Namun saya hanya pergi ke beberapa tempat yang saya kongsikan di bawah:

Batu Malin Kundang
Pantai Air Manis. 

Batu Malin Kundang


Peta: Batu Malin Kundang.


Masjid Raya Sumbar
Jalan Khatib Sulaiman. 

Masjid Raya Sumbar



Peta: Masjid Raya Sumbar.


StreetviewMasjid Raya Sumbar.

MAKAN / MINUM
Padang terkenal dengan hidangan Nasi Padang dan Sate Padang. Namun apabila di Padang, memang tiada papan tanda Nasi Padang, kerana semua restoran (rumah makan) yang menghidangkan nasi campur atau nasi berhidang adalah Nasi Padang.

Di bawah ini adalah tempat makanan halal yang dilawati semasa kembara:

Ikan Bakar Pondok Mungil cabang Tamsis
(dulu dikenali sebagai Ikan Bakar Pak Tri's)
Jl. Tamansiswa No.1
Alai Parak Kopi, Padang Utara
Kota Padang
Sumatera Barat 25139
Indonesia
Tel:  +62 751 7051657
Facebook Page: Ikan Bakar Pondok Mungil


Ikan Bakar Pondok Mungil cabang Tamsis.

Kad Perniagaan: Ikan Bakar Pondok Mungil cabang Tamsis.



Peta: Ikan Bakar Pondok Mungil cabang Tamsis.
.


StreetviewIkan Bakar Pondok Mungil cabang Tamsis.

Selanjutnya boleh merujuk Wikitravel Padang dan juga laman web lain untuk tempat-tempat lain.


BELI-BELAH

Plaza Andalas
Jalan Pemuda, Padang
Sumatera Barat, Indonesia

Pasar Raya
Jalan Pasar Raya, Padang
Sumatera Barat, Indonesia


PERWAKILAN MALAYSIA

Jl. H.R. Rasuna Said 
Kav.X/6, No. 1-3 
Kuningan 12950 
Jakarta Selatan
INDONESIA
Telefon: 
Canseri (Hunting - 8 Talian) - +62 21 522 4947
(Kecemasan) Selepas waktu pejabat - +62 813 8081 3036 
Faks +6221 522 4974
Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi - 4.00 petang (rehat 12.30 - 2.30 tengahari) 
Cuti: Sabtu, Ahad, Cuti Umum Indonesia & Malaysia.


Jln. P.Diponegoro No.43 
20152 Kota Medan 
Sumatera Utara
INDONESIA
Telefon: +(62)(61)4531342 +(62)(61)4535271, (62) (61) 4523992 
+(62) 821 6150 2225 (Kecemasan)
Faks +(62)(61)4534681
Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi - 4.00 petang
Cuti: Sabtu, Ahad, Cuti Umum Indonesia & Malaysia.


Jln. Jenderal Sudirman 
Simpang Tiga 
Pekanbaru 
Riau 28116
INDONESIA
Telefon: +62-761-856166 +62-761-856167
Faks +62-761-7894052
Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi - 4.00 petang
Cuti: Sabtu, Ahad, Cuti Umum Indonesia & Malaysia.


PATUT TAHU


  1. Padang atau Sumatera Barat merupakan salah satu kawasan yang agak kuat pegangan agama Islamnya, walaupun tidak seperti Aceh. Di kota Padang, mungkin agak kurang konservatif namun di luar bandar agak konservatif terutama dari segi pemakaian dan tingkah laku. Kita perlu menghormatinya.
  2. Daripada segi pemakaian, walaupun keadaan cuaca di Padang agak lembab dan panas, sebaiknya, kita perlu memakai seluar panjang dan berbaju berlengan, tidak perlu menutup litup terus.
  3. Jangan berpelukan bagi yang berlainan jantina. Juga sebaiknya, jangan berpegangan tangan, bagi mengelakan pandangan sinis ataupun perkara negatif lain.
  4. Simpan alamat, nombor telefon dan e-mel Kedutaan Malaysia di Jakarta, IndonesiaKonsulat Besar Malaysia di Medan, Indonesia atau Konsulat Malaysia di Pekanbaru, Indonesia untuk sebarang bantuan atau kecemasan. 


KESIMPULAN

Walaupun kunjungan saya amat singkat, namun Padang membuka saya tentang keindahan alam dan juga budaya yang unik. Saya amat suka dengan bumbung Minang yang banyak di situ.

Padang juga adalah pintu masuk ke kawasan lain seperti Pulau Mentawai (yang terkenal dengan resort serta syurga bagi peluncur air), Bukittinggi, Payakumbuh, Gunung Kerinchi dan sebagainya.

Ia juga adalah syurga makanan dengan sumber alam yang amat mudah diperolehi. Nasi Padang (yang merupankan salah satu kegemaran saya), Sate Padang, Teh Padang dan sebagainya, mengingatkan sampai saya rasa hendak ke situ lagi.

Banyak lagi sebenarnya permata Padang yang belum dijumpai. Jadi, tidak rugi sebenarnya berkunjung ke Padang. Insya Allah, kita akan berjumpa lebih lagi permatanya.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney;
  • Itinerary;
  • Journey;
  • Travel Guide - Padang, Indonesia (this part).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan