Khamis, 27 September 2018

Itinerari (Singapura - 25 September 2018).

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey.
Saya di Taman Bunga Matahari, Terminal 2,
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

25 September 2018 - Singapura.
Panduan:
$ = Dollar/Ringgit Singapura (SGD @ SG$ @ S$), matawang Singapura. Secara amnya, kadar tukaran: S$1.00 = RM3.10 atau RM1.00 = S$0.32.
Juga, di Singapura, wang BN$ = Dollar Brunei (BND @ B$), matawang Brunei juga boleh digunakan sama ada kertas mahupun syiling, dengan nilai B$1 = S$1.
Waktu tempatan Singapura adalah sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
Scoot: (05 Ogos 2018) menempah tiket dari klia2 ke LTA Changi, Singapura (SIN) TR453 (25 September 2018) & dari SIN ke klia2 TR566 (25 September 2018).
219.66
2
Hantar emel kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 12 September 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Singapura. Juga mengisi borang di sistem e-Konsular untuk tujuan yang sama.

3
SkyBus: (17 September 2018) Menempah bas shuttle KL Sentral-klia2-KL Sentral secara online.
20.00
4
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan TR466 melalui web pada 22 September 2018. Penerbangan TR453 bagaimanapun, perlu mendaftar masuk di kaunter daftar masuk Scoot di klia2 sebelum penerbangan. Mencetak pas pelepasan penerbangan TR466 di kedai fotostat di kawasan rumah.
1.00


Jumlah
RM240.66
Hari 1  - 25 September 2018 (Selasa)
Bil
Butir
Matawang Asing (S$)
RM
1
Oleh kerana penerbangan kali ini hampir kepada waktu tengahari, maka bangun seperti biasa waktu sebelum subuh, membersihkan diri, solat dan melakukan rutin biasa. Menghantar anak ke sekolah pada pukul 07:00 pagi dan terus ke KL Sentral. Tiba di Brickfields pada pukul 07:30 pagi, segera ke kaunter Skybus di KL Sentral untuk menukarkan penempahan bas shuttle ke tiket sebenar, menaiki bas dan bas meninggalkan KL Sentral pada jam 07:43 pagi. Tiba di klia2 pada jam 08:30 pagi, dan terus ke kaunter Z1 hingga Z3 di balai berlepas untuk daftar masuk penerbangan Scoot, tetapi ia tidak dibuka. Hanya dibuka pada pukul 09:00 pagi. Setelah saya mendapat pas pelepasan di kaunter Z1 (setelah beratur) ke bangunan satelit untuk ke lounge Plaza Premium Lounge sayap L (depan pintu pelepasan penerbangan TR453 pun, pintu L3), untuk sarapan, dengan menggunakan kad kredit Platinum Public Islamic Bank. Pada pukul 11:00 pagi saya ke pintu L3 dan pelepasan dibuka pada 11:10 pagi. Pesawat 9V-TAN ini meninggalkan klia2 pada pukul 11:41 pagi dan berlepas dari landasan terbang pada pukul 11:53 pagi.


2
Penerbangan TR453 selamat tiba di landasan LTA Changi pada pukul 12:33   tengahari. Tiba di pintu ketibaan F37 Terminal 2 pada pukul 12:50 tengahari. Terus ke balai imigresen, beratur dalam 10 minit untuk 6 orang barisan di depan. Selesai urusan imigresen dan kastam, terus ke stesen MRT Changi Airport (laluan Timur Barat (East West Line - EWL) kendalian SMRT Corp) untuk ke stesen MRT Tanah Merah (2 stesen), bayar tambang menggunakan kad Autopass kereta saya yang ada ciri NETS FlashPay (fungsi seperti Touch n Go Malaysia, jika menggunakan wang tunai, tambang lebih mahal dan tidak mendapat diskaun bagi pengangkutan selanjutnya).
1.16
3.60
3
Menaiki bas SBS Transit no. 14 dari perhentian bas no. 85091 Tanah Merah Stn Exit B ke 85029 aft Bedok Meth Ch (3 perhentian), untuk ke Masjid al-Taqua, Bedok (menggunakan NETS FlashPay).
0.07
0.22
4
Setelah selesai urusan di Masid al-Taqua, kembali semula ke LTA Changi dengan menaiki bas SBS Transit No. 14 dari perhentian bas no. 85021 Country Park ke perhentian bas no. 85099 Tanah Merah Stn Exit A (3 perhentian) (menggunakan NETS FlashPay).
0.77
2.39
5
Menaiki pula MRT dari stesen Tanah Merah ke stesen Changi Airport (menggunakan NETS FlashPay).
0.46
1.43
6
Berjalan-jalan dari Terminal 3, Terminal 2 dan kemudian menaiki bas shuttle percuma (landside) ke Terminal 4 (perlu menaikinya di aras 2 (ketibaan) Terminal 2. Di Terminal 4, berjalan di landside sahaja dan dapat melihat seni"Petalcloud". Saya membeli Heaven and Earth Jasmine Green Tea 500 ml di kedai serbaneka Cheers  (menggunakan NETS FlashPay).
2.60
8.06
7
Kembali semula ke Terminal 2 ("A Million Times", Taman Bunga Matahari & Taman Bunga Orkid), meneruskan jalan-jalan  ke Terminal 3 (Taman Rama-rama), Terminal 1 (Taman Kaktus) dan Terminal 2 dengan kombinasi jalan kaki, travellator dan SkyTrain. Singgah di medan selera Terminal 2 untuk makan set roti bakar + telur separuh masak + kopi (bayar tunai).
4.80
14.88
8
Kemudian di medan tersebut, terdapat sebuah restoran McDonald's, memesan set Big Mac + Kentang Goreng (besar) + minuman ringan (sederhana) untuk dibungkus (makan di depan pintu pelepasan F35, sementara menantikan masuk ke dalam pesawat) (menggunakan NETS FlashPay).
6.15
19.07
9
Menunggu di depan pintu pelepasan F35 sambil mengecaj telefon bimbit dan power bank. Pemeriksaan keselamatan pra pelepasan dibuka pada 6:15 petang (saya hanya berada di depan pintu pada 6:35 petang), kemudian pintu pelepasan bagi penerbangan TR466 dibuka pada 6:50 petang. Pesawat 9V-TRE meninggalkan bangunan terminal (pushback) pada 7:31 malam, dan hanya berlepas meninggalkan Singapura pada 7:46 malam. Di dala pesawat, membeli model A320 Scoot skala 1:200.
20.00
62.00
10
Pesawat selamat mendarat di klia2 pada pukul 8:22 malam. Tiba di pintu L5 pada pukul 8:26 malam dan pintu dibuka pada pukul 8:30 malam. Terus ke urusan imigresen dan kastam. Kemudian ke surau stesen bas klia2 untuk solat. Usai solat, menaiki bas ke KL Sentral yang bergerak pada pukul 9:20 malam. Tiba di KL Sentral pada pukul 10:20 malam. Terus ke parkir motorsikal dan pulang ke rumah. (Anggaran penggunaan minyak petrol bagi motorsikal perjalanan pergi balik rumah ke KL Sentral dan pulang).

3.00
11
Singgah makan malam di medan selera berhampiran dengan rumah pada jam 10:42 malam. Selesai terus pulang ke rumah.

7.00

Jumlah
$ 36.01
RM121.63
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
$ 36.01
RM362.29



Saya di Masjid al-Taqua, Bedok, Singapura.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Try jangan tak try 😆.
      Cuma nak explore Changi Airport, macam tak cukup sehari kot huhuhu...

      Padam