Selasa, 28 Ogos 2018

Itinerari (Padang, Sumetera Barat, Indonesia - 27 Ogos 2018).

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey;
  • Travel Guide - Padang, Indonesia.


Saya di depan lobi Stasiun Kereta Api Padang.

Panduan:
Rp (IDR) = Rupiah, matawang Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp 1000 = RM0.30 atau RM1.00 = Rp 3333.
(Walaupun sebenarnya kadar pertukaran adalah Rp 1000 = RM0.29 atau RM1.00 = Rp 3450, namun kadar tukaran amnya di atas adalah bagi memudahkan anggaran).
Waktu tempatan bagi Indonesia Barat (termasuk pulau Sumatera) adalah UTC +7 iaitu 1 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8), contohnya jika Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang, Padang adalah pada pukul 3:00 petang.
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
AirAsia: (06 Ogos 2018) menempah tiket dari klia2 ke LTA Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia (PDG) AK403 (27 Ogos 2018) & dari PDG ke klia2 AK404 (27 Ogos 2018) (RM72.25) + bas shuttle SkyBus (RM17.80) + makanan (RM25.00).
115.05
2
Menukar wang RM53.30 ke Rp185,000 di UA Exchange Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada kadar jualan Rp100,000 = RM28.88 pada 13 Ogos 2018.

3
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK403 & AK404 melalui web pada 14 Ogos 2018.

4
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di JakartaKonsulat General Malaysia di Medan dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru (tidak mengetahui Padang terletak di bawah seliaan mana satu) pada 15 Ogos 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Padang. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.



Jumlah
RM115.05
Hari 1 - 27 Ogos 2018 (Isnin)
Bil
Butir
Matawang Asing (Rp)
RM
1
Saya bangun pagi pada 04:30 pagi, membersihkan diri dan keluar dari rumah pada pukul 05:10 pagi untuk ke KL Sentral. Selepas sampai pada pukul 05:20 pagi dan memarkir motorsikal di Brickfields, saya segera ke kaunter tiket Skybus untuk mengambil tiket bas. Alhamdulillah dapat menaiki bas pukul 05:40 pagi. Bas bergerak tepat pada masa dan tiba di klia2 pada pukul 06:40 pagi. Saya segera ke kiosk daftar masuk untuk mencetak semula pas masuk, tapi perlu untuk pengesahan dokumen. Terus ke kaunter V2 untuk pengesahan dan diberikan pas masuk baru. Selepas itu saya ke surau aras 2A (tingkat atas Balai Berlepas) untuk solat subuh. Usai solat terus melakukan prosedur imigresen dan kastam dan terus ke sayap L kerana pintu berlepas saya adalah di L1. Sampai sahaja di sayap L, diperiksa keselamatan dan terus ke pintu berlepas L1 yang tidak jauh dari situ. Dalam pukul 07:15 pagi, pintu pesawat dibuka. Alhamdulillah pesawat 9M-AGE bergerak ke landasan terbang pada pukul 08:00 pagi dan selamat berlepas hanya pada pukul 08:45 pagi dalam keadaan hujan renyai membasahi bumi Sepang kerana trafik udara sesak pada ketika itu, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Padang (PDG).


2
Sampai di PDG pada pukul 08:40 Waktu Indonesia Barat-WIB (selepas ini waktu adalah WIB sehingga dimaklumkan). Pesawat sampai di terminal selepas 5 minit. Urusan imigresen mengambil masa kira-kira 15 minit. Kini tidak perlu lagi mengisi borang imigresen. Seperti biasa pegawai imigresen Indonesia di Sumatera ini akan bertanyakan tiket pulang atau keluar dari Indonesia, jadi dari pengalaman lepas, ia sudah disiap sediakan. Selepas selesai, terus ke meja mengisi borang pengisytiharan kastam (borang sudah diberi dari atas pesawat cuma pen bermasalah, tidak keluar dakwat), selesai sahaja terus ke lorong kastam dan menyerahkan borang kastam kepada pegawai berkenaan.


3
Keluar dari balai ketibaan (yang terletak di hujung kiri bangunan lapangan terbang), terus ke hujung kanan bangunan untuk mengeluarkan wang Rupiah daripada mesin ATM. Tiada mesin ATM Maybank, cuma ada 4 mesin termasuk salah satu CIMB Niaga, mengeluarkan Rp200,000 (dengan kadar RM59.60).


4
Kembali ke hujung kiri bangunan untuk melihat bas bandara DAMRI, namun tiada. Terus ke stesen keretapi (Stasiun BIM - Bandara Internasional Minangkabau) untuk menaiki keretapi ke Stasiun (Stesen) Padang, kerana jam sudah pukul 9:15 pagi, di mana keretapi seterusnya adalah 9:45 pagi.
10,000.00
3.00
5
Semasa dalam perjalanan keretapi, saya mengaktifkan perayauan antarabangsa U Mobile saya melalui plan U Data Roam 10. Di Indonesia, kita perlu memilih secara manual isyarat telco Indosat Ooredoo untuk plan ini. Jika pilih isyarat telco lain, plan perayauan biasa yang lebih mahal akan dikenakan.

10.00
6
Tiba di Stasiun Padang pada pukul 10:25 pagi. Berjalan ke pintu masuk, sambil memesan GrabBike untuk ke Pantai Air Manis bagi melawat Batu Malin Kundang. Tiba di Pantai Air Manis pada pukul 10:55 pagi.
17,000.00
5.10
7
Perlu bayar untuk masuk ke Pantai Air Manis. Berada di Pantai Air Manis/Batu Malin Kundang sekitar 50 minit.
5,000.00
1.50
8
Oleh kerana liputan telco Indosat Ooredoo tidak begitu baik, maka sukar untuk memesan perkhidmatan Grab di situ. Maka saya terpaksa menggunakan ojek (teksi motorsikal) secara biasa dari pintu masuk Pantai Air Manis ke Taman Imam Bonjol (Barat). Harga asal adalah Rp30,000 (RM9.00) tapi saya hanya ada wang Rp50,000 (RM15.00) (wang lebih kecil tidak cukup Rp30,000) dan ojek hanya ada baki Rp15,000 (RM4.50). Tiba di Taman Imam Bonjol pada pukul 11:25 pagi.
35,000.00
10.50
9
Menaiki GrabBike dari Taman Imam Bonjol (Barat) ke Restoran Ikan Bakar Pondok Mugil Cabang Taman Siswa (Tamsis), kononnya selepas makan hendak ke Masjid Raya Sumatera Barat yang berdekatan. Bergerak dari Taman Imam Bonjol pada pukul 11:40 pagi dan tiba di restoran pada pukul 11:55 pagi.
4,000.00
1.20
10
Makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Pondok Mungil Cabang Tamsis (nasi + ikan pari bakar (terbaik punya) + kangkung polos + teh o ais.
85,000.00
25.50
11
Tidak sempat untuk ke Masjid Raya Sumatera Barat kerana mengejar keretapi ke lapangan terbang. Mengambil GrabBike dari restoran ke Stasiun Padang (Rp5000). Menaiki GrabBike pada pukul 1:05 tengahari. Membayar sekali caj masuk stesen keretapi untuk motorsikal (Rp2000). Tiba di Stasiun Padang pada 1:18 tengahari.
7,000.00
2.10
12
Membeli tiket keretapi dari Stasiun Padang ke Stasiun BIM. Terus menaiki keretapi dan keretapi berlepas pada jam 1:21 tengahari.
10,000.00
3.00
13
Tiba di Stasiun BIM pada 2:00 petang dan terus ke bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Membeli sebotol air Teh Botol Sostro di salah satu mesin runcit automatik. Kemudian solat di surau.
5,000.00
1.50
14
Usai solat jamak qasar Zohor Asar, terus ke Balai Berlepas (ada pemeriksaan keselamatan pertama) untuk mendaftar masuk. Setelah selesai, terus menaiki Balai Pelepasan (pemeriksaan keselamatan kedua). Singgah membeli teh ais Thai.
22,000.00
6.60
15
Setelah melepaskan lelah dengan menghabiskan teh ais Thai itu. Baru masuk ke Balai Pelepasan Antarabangsa (ada pemeriksaan keselamatan ketiga sebelum pemeriksaan imigresen).


16
Menunggu penerbangan AK404 dan pintu pelepasan dibuka pada pukul 4:05 petang. Pesawat 9M-AGJ bergerak meninggalkan bangunan terminal pada pukul 4:30 petang dan berlepas meninggalkan PDG pada pukul 4:40 petang (selepas ini waktu adalah waktu Malaysia).


17
Penerbangan AK404 mendarat di klia2 pada pukul 6:35 petang dan tiba di pintu ketibaan L10 pada pukul 6:45 petang. Bergegas untuk prosedur imigresen dan kastam. Singgah ke Family Mart untuk membeli Onagiri Ebiko untuk alas perut.

5.10
18
Menaiki bas Skybus ke KL Sentral dan berlepas meninggalkan klia2 pada pukul 7:05 malam. Tiba di KL Sentral pada pukul 8:10 malam. Mengambil motorsikal dan singgah solat di Madrasatul Gauthiyyah, Brickfields. Usai solat, singgah makan malam di Nasi Lemak Royale Brickfields (nasi + ayam + telur ayam + kobis + papodum + air kosong).

9.80
19
Selesai makan malam, terus pulang ke rumah, tiba jam 9:30 malam. (Anggaran penggunaan minyak petrol motorsikal).

2.00

Jumlah
Rp200,000.00
RM86.90
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
Rp200,000.00
RM201.95




Saya di Batu Malin Kundang, Pantai Air Manis, Padang.



Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey;
  • Travel Guide - Padang, Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan