If want to read in English:
- Pre Vacation (this part);
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6.
Pengenalan.
Saya sebenarnya merancang untuk percutian keluarga ke Jakarta & Bandung sejak tahun lepas lagi. Rancangannya adalah untuk bercuti semasa cuti sekolah pertengahan tahun (bulan Mei & Jun 2014). Namun ia terpaksa dibatalkan kerana beberapa kekangan yang berlaku semasa membuat rancangan percutian tersebut.
Namun pada 03 Jun 2014, saya telah mendapat emel daripada pihak Think Big Digital Sdn Bhd, anak syarikat AirAsia yang mengendalikan program kesetiaan AirAsia BIG, bahawa ia akan membuat jualan murah bagi beberapa destinasi, di mana dengan menebus 0 mata dan hanya membayar cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan caj pentadbiran sahaja. Jualan ini akan dibuka hanya pada 05 Jun 2014.
Jadi pada 05 Jun 2014, saya memeriksa beberapa destinasi, akhirnya saya memilih tiket ke Jakarta pada 29 Januari hingga 03 Februari 2015 yang mana di dalamnya merupakan cuti hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam. Saya merancang untuk ke Bandung sekali di dalam percutian tersebut. Saya membayar RM484.00 (RM420.00 untuk harga tiket dan RM64.00 caj penggunaan kad kredit) untuk tiket 4 orang pergi balik klia2-Jakarta. Dalam masa itu, saya menambah RM189.80 untuk beberapa penambahan seperti bagasi, makanan atas pesawat dan perkhidmatan Skybus dari/ke KL Sentral ke/dari klia2.
Pada keesokannya (06 Jun 2014), saya melihat laman web Hotels.com pula untuk melihat tawaran hotel di Bandung dan Jakarta. Setelah meneliti lokasi dan harga serta beberapa aspek lain, maka saya melilih hotel Zodiak @asia Afrika, Bandung dan ibis Jakarta Kemayoran semasa percutian tersebut. Saya membayar sebanyak RM343.86 bagi tiga malam di Zodiak @asia Afrika, Bandung (semalam hanya RM114.62) dan RM186.74 bagi dua malam di ibis Jakarta Kemayoran (semalam hanya RM93.37) .
Pada 25 Oktober 2014, saya mendapat emel dari AirAsia Indonesia, yang menyatakan penerbangan pulang kami diawalkan penerbangannya dari pukul 1635 (4:35 petang Waktu Indonesia Barat, WIB) kepada pukul 1315 (1:15 tengahari). Kami diberikan pilihan untuk mengubah jadual kami kepada mana-mana penerbangan dari CGK ke KUL dari 14 hari sebelum sehingga 14 hari selepas atau pengembalian wang (disimpan di dalam credit shell) atau kekal dengan perubahan tersebut. Setelah berbincang dengan isteri, kami kekal dengan perubahan itu.
Setelah beberapa kali cuba menempah tiket keretapi di laman web PT Kereta Api untuk perjalanan Bandung ke Gambir (Jakarta) tapi tidak berjaya, kerana tempahan belum dibuka, akhirnya pada 20 November 2014, tempahan itu dibuka, namun ia tidak menerima bayaran kad kredit atau debit daripada kad luar Indonesia. Maka terdapat alternatif lain, iaitu menempah dari laman web Tiket.com. Malah rupanya beli di sini lebih murah. Saya membayar Rp302 500 (+- RM85.73) (setelah dimasukan caj dan ditolak diskaun Tiket.com) untuk tiket 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Harga sama sahaja bagi dewasa dan kanak-kanak, cuma kanak-kanak bawah 3 tahun dianggap anak kecil (infant) yang hanya perlu bayar 10% dari harga tiket tapi tiada tempat duduk.
Saya menghubungi Kiki, melalui Facebook Messenger pada 12 Januari 2015, untuk mendapatkan pengurusan pengangkutan di sana. Saya cuba mendapatkan sebut harga bagi menyewa kereta bersama pemandu selama dua hari dan Kiki memberikan kadarnya Rp900ribu (+- RM270) atau Rp450ribu (+- RM135) sehari. Kira agak murah juga. Malah beliau siap menawarkan perkhidmatan mengambil kami dari terminal bas di Batununggal, Bandung untuk dihantar ke hotel yang kami tempah (Zodiak @asia Afrika, Bandung) dengan percuma sahaja. Alhamdulillah, dia ok pada masa itu, selesai juga perancangan saya untuk perjalanan kali ini. Jika mahukan perkhidmatan beliau, boleh melalui Facebooknya atau WhatsApp/telefon +62 852 21660678 (0852 21660678, jika dalam Indonesia).
Saya menghantar e-mel kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta, bagi memaklumkan kehadiran kami, pada 15 Januari 2015. Ini memudahkan mereka untuk membuat pengurusan berkaitan dan jika berlaku sebarang perkara, mereka dapat bertindak dengan sepatutnya. Ia juga baik untuk kami, sekurang-kurangnya pihak mereka dapat mengetahui pergerakan kami, maka kebajikan sebagai rakyat Malaysia, akan terjaga.
Pada 15 Januari 2015, saya mendaftar masuk melalui applikasi AirAsia di telefon pintar dan mendapatkan salinan lembut untuk dicetak di laman web AirAsia untuk perjalanan pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta. Bagi perjalanan pulang ke klia2 pula, saya mendaftar masuk melalui cara sama pada 20 Januari 2015.
Bagi kusyen jika berlakunya perkara diluar jangkaan, saya membeli pada 18 Januari 2015, takaful perjalanan antarabangsa daripada eTiQa Takaful (produknya International World Traveller Care Takaful). Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan beban di kala kita dalam kesusahan. Saya memilih plan Platinum Keluarga bagi 6 hingga 10 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Indonesia), berharga RM148.50 sahaja. Ini senang sahaja, kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful. Untuk mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain.
Untuk perjalanan kali ini, saya menggunakan baki duit Rupiah Indonesia yang tersisa dari kembara saya ke Sumatera pada bulan Disember 2014 lepas. Saya menambah bekalan Rupiah saya dengan menukar RM100, cukup untuk membayar tambang bas ke Bandung dari Terminal 3, Bandara Internasional (Lapangan Terbang Antarabangsa) Soekarno Hatta sahaja serta sedikit sisa untuk sebarang kecemasan. Harga Ringgit Malaysia memang sudah jatuh pada masa ini. Dulu biasanya Rp1 juta boleh dibeli dengan RM270 hingga RM280. Kini paling murah pun saya dapat pada 28 Januari 2015 adalah pada harga RM291, di Ampang Park. Di Masjid India pun sama juga harganya.
Saya akan mendapat Rupiah Indonesia selebihnya melalui pengeluaran melalui mesin ATM Bank CIMB Niaga Indonesia dengan menggunakan kad ATM CIMB Islamic Malaysia saya, kerana cara ini boleh dapat Rupiah Indonesia dengan Ringgit Malaysia lebih rendah. Ini kerana tiada caj dikenakan oleh kedua-dua bank tersebut. Juga pengeluaran di mesin ATM, menggunakan kadar tukaran perdagangan (tanpa komisen) bukan kadar tukaran runcit yang digunakan di pengurup wang yang termasuk komisen. Boleh lihat contoh pengeluaran melalui mesin ATM lepas semasa hari pertama kembara saya ke Sumatera (di Medan) baru-baru ini. Insya Allah Kiki akan membawa kami ke mesin ATM CIMB Niaga sebaik sampai ke Bandung nanti untuk menarik uang (istilah Indonesia bagi membuat pengeluaran wang).
Alhamdulillah, selesai segala persediaan untuk perjalanan kali ini. Jadi cuma menunggu untuk hari penerbangan sahaja.
Saya menghantar e-mel kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta, bagi memaklumkan kehadiran kami, pada 15 Januari 2015. Ini memudahkan mereka untuk membuat pengurusan berkaitan dan jika berlaku sebarang perkara, mereka dapat bertindak dengan sepatutnya. Ia juga baik untuk kami, sekurang-kurangnya pihak mereka dapat mengetahui pergerakan kami, maka kebajikan sebagai rakyat Malaysia, akan terjaga.
Pada 15 Januari 2015, saya mendaftar masuk melalui applikasi AirAsia di telefon pintar dan mendapatkan salinan lembut untuk dicetak di laman web AirAsia untuk perjalanan pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta. Bagi perjalanan pulang ke klia2 pula, saya mendaftar masuk melalui cara sama pada 20 Januari 2015.
Bagi kusyen jika berlakunya perkara diluar jangkaan, saya membeli pada 18 Januari 2015, takaful perjalanan antarabangsa daripada eTiQa Takaful (produknya International World Traveller Care Takaful). Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan beban di kala kita dalam kesusahan. Saya memilih plan Platinum Keluarga bagi 6 hingga 10 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Indonesia), berharga RM148.50 sahaja. Ini senang sahaja, kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful. Untuk mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain.
Untuk perjalanan kali ini, saya menggunakan baki duit Rupiah Indonesia yang tersisa dari kembara saya ke Sumatera pada bulan Disember 2014 lepas. Saya menambah bekalan Rupiah saya dengan menukar RM100, cukup untuk membayar tambang bas ke Bandung dari Terminal 3, Bandara Internasional (Lapangan Terbang Antarabangsa) Soekarno Hatta sahaja serta sedikit sisa untuk sebarang kecemasan. Harga Ringgit Malaysia memang sudah jatuh pada masa ini. Dulu biasanya Rp1 juta boleh dibeli dengan RM270 hingga RM280. Kini paling murah pun saya dapat pada 28 Januari 2015 adalah pada harga RM291, di Ampang Park. Di Masjid India pun sama juga harganya.
Alhamdulillah, selesai segala persediaan untuk perjalanan kali ini. Jadi cuma menunggu untuk hari penerbangan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan