Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3 Part 1;
- Day 3 Part 2; or
- Day 4.
Panduan:
|
|||
$ = Dollar/Ringgit Brunei (BND @
BN$ @ B$), matawang Brunei. Secara amnya, kadar tukaran: B$100 = RM3.20 atau
RM1.00 = B$0.32.
|
|||
Waktu tempatan Brunei adalah
dengan waktu Malaysia (UTC +8).
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Malaysia Airlines (MAS) :
(27 Disember 2016) menempah tiket dari KLIA ke LT Miri, Sarawak, Malaysia
(MYY) MH 2598 (28 April 2017) x 4 & dari MYY ke KLIA MH 2593 (01 Mei
2017) x 4, (RM1093.92 keseluruhan menjadi RM273.24/orang).
|
273.24
|
|
2
|
eTiQa Takaful: (18
Januari 2017) membeli International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 5
hari (28 April hingga 02 Mei 2017).
|
52.20
|
|
3
|
Hotels.com: (24 Mac
2017): penginapan 2 buah katil di Raja Inn Hotel, Miri, Sarawak, Malaysia
pada 28 hingga 29 April 2017 berharga RM100.71. Bayaran dikongsi empat orang.
|
25.18
|
|
4
|
Hotels.com: (24 Mac
2017): penginapan 2 buah bilik berkatil saiz queen di Hotel Seri Malaysia,
Lawas, Miri, Sarawak, Malaysia pada 29 hingga 30 April 2017 berharga
RM155.80/bilik (jumlah RM311.60). Bayaran dikongsi empat orang.
|
77.90
|
|
5
|
Hotels.com: (02 April
2017): penginapan 2 buah katil di Raja Inn Hotel, Miri, Sarawak, Malaysia
pada 30 April hingga 01 Mei 2017 berharga RM100.71. Bayaran dikongsi empat
orang.
|
25.18
|
|
6
|
Hantar emel kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, pada 16 April 2017 untuk memaklumkan
kehadiran di Brunei. Juga mengisi borang di sistem e-Konsular untuk tujuan
yang sama.
|
||
7
|
Daftar masuk kemasukan
penerbangan MH 2598 melalui aplikasi telefon pada 26 April 2017.
|
||
8
|
Airport Coach: Membeli
tiket bas shuttle pergi balik dari KL Sentral ke KLIA dan kembali (tarikh dan
masa terbuka) pada 28 April 2017.
|
18.00
|
|
Jumlah
|
RM471.70
|
||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Bertolak dari rumah
pada pukul 4:45 petang dengan dihantar oleh isteri ke stesen LRT terdekat.
Menaiki LRT ke Stesen LRT KL Sentral dan sampai pada pukul 5:35 petang.
Membayar dengan menggunakan kad Touch n' Go.
|
3.30
|
|
2
|
Bertemu dengan abang
Zul. Menukar tempahan tiket kepada tiket sebenar bas shuttle Airport Coach.
Menaiki bas trip pukul 6:00 petang dan tiba di KLIA pada pukul 7:30 malam.
|
||
3
|
Mencetak pas pelepasan
dan terus ke pintu pelepasan B8. Bertemu dengan Deddy Faisal dan Pak Nasir.
Menaiki pesawat untuk penerbangan MH2598 pada pukul 8:50 malam dan pesawat
berlepas pada 9:15 malam.
|
||
4
|
Pesawat tiba di
Lapangan Terbang Miri pada pukul 11:35 malam. Membuat urusan imigresen masuk
ke Sarawak.
|
||
5
|
Keluar dari balai
ketibaan, bertemu dengan wakil Donz Car Rental (Shafiq) untuk urusan
penyewaan kereta sewa Perodua Viva selama 3 hari berharga RM110/hari (jumlah RM330) + dokumentasi ke Brunei
RM50.00. (Jumlah besar RM380, di bahagi 4).
|
95.00
|
|
6
|
Terus ke Raja Inn
Hotel untuk proses daftar masuk. Keluar kembali untuk makan malam di Restoran
Kafe Awang Mahyan, Miri. (Dibelanja oleh Abang Zul, terima kasih). Saya makan
mee kolok (RM4.00)dan teh C ais (RM6.50). Selesai makan, pulang ke hotel
untuk tidur.
|
||
Jumlah
|
RM98.30
|
||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (B$)
|
RM
|
1
|
Daftar keluar dari
Raja Inn Hotel Miri pada pukul 6:30 pagi. Bergerak menuju ke ICQS Sg. Tujuh.
|
||
2
|
Mengisi minyak petrol
kereta di sebuah stesen minyak Petronas di Miri sebanyak RM49.00. (Dikongsi 4
orang).
|
12.25
|
|
3
|
5.00
|
||
4
|
Singgah makan di Singgah Café, Permy Jaya, Miri, dibelanja oleh Pak Nasir, terima kasih. Saya makan laksa sarawak (RM4.50) dan teh C panas (RM2.00). Meneruskan perjalanan
pada pukul 8:00 pagi memasuki Brunei melalui ICQS Sg. Tujuh (Malaysia) dan
Pos Sempadan Sungai Tujoh Kuala Belait (Brunei). Alhamdulillah, pintu
sempadan tidak sesak. Selepas pemeriksaan imigresen, saya menyerahkan borang
khas membawa kereta ke Brunei yang telah disediakan oleh pihak Donz kepada
Kastam Brunei (borang tersebut laku selama 3 tahun, jika sudah buat, jika
belum perlu membawa geran kereta asal untuk tujuan permohonan di mana setelah
geran diberikan untuk diperiksa, maka borang baru diberikan untuk diisi,
setelah diisi, barulah dikembalikan untuk kelulusan, selepas lulus, kenderaan
boleh dibawa masuk Brunei seberapa kali dalam masa tiga tahun).
|
||
5
|
Singgah di pekan Kuala
Belait untuk ke pejabat syarikat telekomunikasi DST untuk membeli kad SIM Easi.
Menunggu pejabat dibuka pada pukul 9:00 pagi. Namun di situ tidak menjual kad
SIM prabayar Easi untuk pelancong (Easi Tourist) (B$15 (+- RM48.00). Namun staf DST
mencadangkan untuk ke syarikat telekomunikasi Progresif yang terletak di
pusat membeli-belah KB Central untuk membeli kad SIM pelancong.
|
||
6
|
Kami ke KB Sentral
untuk ke pejabat Progresif tetapi perlu menunggu ia dibuka pada pukul 10.00
pagi. Apabila buka, kami semua (kecuali Pak Nasir) membeli kad SIM prabayar
untuk pelancong. Ia mempunyai pakej 50 minit panggilan suara tempatan, 50 sms
tempatan, 10 minit panggilan antarabangsa, 10 sms antarabangsa dan data 1 GB.
|
10.00
|
32.00
|
7
|
Setelah selesai, kami
pun meneruskan perjalanan dan sampai di Tugu Peringatan Pengeluaran Minyak Ke
Seribu Tong di Seria pada pukul 11:00 pagi.
|
||
8
|
Setelah setengah jam
di tugu tersebut, meneruskan perjalanan ke Pos Sempadan Kuala Lurah untuk
memasuki Limbang, Sarawak pula. Sampai di Pos Sempadan Kuala Lurah sekitar
12:15 tengahari. Kereta agak banyak tetapi sesak tidak panjang mana pun,
dalam hampir 10 minit berbaris, giliran kereta kami pun tiba. Selesai urusan
di imigresen Brunei (borang kemasukan kenderaan hanya diberikan ketika masuk
ke Brunei sahaja), kami terus ke ICQS Tedungan untuk urusan masuk ke
Malaysia. Setelah itu, kami pun ke bandar Limbang yang mengambil masa hampir
setengah jam dari ICQS Tedungan.
|
||
9
|
Sampai di bandar
Limbang hampir pukul 1:00 petang. Kami berjalan-jalan sekitar Dataran Jubli
Emas yang juga bersambung dengan Tebingan Sungai Limbang. Kemudian kami makan
tengahari di sebuah restoran berdekatan (saya makan nasi campur lauk sayur
dan ayam serta air Teh C ais (RM7.50)), ia dibelanja oleh Deddy, terima
kasih.
|
||
10
|
Selepas makan
tengahari, kami meneruskan perjalanan pada pukul 2:30 petang. Sampai di ICQS
Pandaruan pada pukul 2:45 petang dan Pos Sempadan Ujung Jalan 5 minit
kemudian. Berada di bumi Temburong, Brunei selama 25 minit dan kemudian
sampai Pos Sempadan Labu. Selesai urusan di imigresen Brunei, kami melalui
ICQS Mengkalap, Lawas, Sarawak, pada pukul 3:15 petang. Selesai urusan
imigresen Sarawak, kami meneruskan perjalanan di bumi Lawas, Sarawak selama
hampir 45 minit melewati sisi bandar Lawas, untuk sampai di Pos Sempadan
Merapok (Sarawak) - Sindumin (Sabah).
|
||
11
|
Di Pos Sempadan
Merapok - Sindumin, kami memberikan pasport untuk diperiksa dan di cop.
Menariknya urusan kedua-dua imigresen negeri dijalankan pada tingkap kaunter
dan pegawai yang sama. Selesai urusan kami berhenti sekejap di Sindumin untuk
solat di Masjid Sahabat, iaitu masjid dua negeri (Masjid berada di Sabah
tetapi pintu masuk kenderaan kena melalui bahagian di Sarawak, kami hanya
parkir di tepi jalan dan memasuki melalui pintu pejalan kaki).
|
||
12
|
Setelah solat, kami
menruskan perjalanan ke pekan Sipitang namun jalan agak sesak kerana
dikatakan terdapat satu pesta di situ. Ingin kami singgah turun tapi agak
sukar mendapat parkir, jadi kami pulang semula ke Pos Sempadan Sindumin -
Merapok untuk masuk semula ke Sarawak kerana kami telah tempah penginapan di
Hotel Seri Malaysia Lawas. Mengisi minyak petrol kereta di sebuah stesen
minyak Petronas di Lawas sebanyak RM50.00. (Dikongsi 4 orang).
|
12.50
|
|
13
|
Kami tiba di hotel di
Lawas pada pukul 6:30 petang dan terus mendaftar masuk.
|
||
14
|
Pada pukul 8:00 malam,
kami pun keluar semula untuk jalan-jalan sekitar bandar Lawas. Sempat membeli
kudapan di kedai runcit yang masih buka.
|
10.00
|
|
15
|
Kami makan malam di
restoran makanan segera Singapore Chicken Rice (SRC) yang popular di Sarawak
(ada banyak cawangan). Makan nasi ayam kukus set (sekitar RM12.00/orang) dan
dibelanja oleh Deddy, terima kasih.
|
||
16
|
Setelah selesai makan
malam, kami pun pulang ke hotel untuk tidur.
|
||
Jumlah
|
$ 10.00
|
RM71.75
|
|
Bil
|
Butir
|
B$
|
RM
|
1
|
Kami bersarapan di
hotel dan kemudian daftar keluar pada pukul 8:00 pagi. Kami singgah di Pasar
Besar Lawas untuk melawat. Saya sempat membeli dua piring rumpai air yang dinamakan oleh masyarakat
tempatan "Latop" (RM2.00/piring), berupa seperti anggur
kecil. Memang sedap. Kemudian kami naik ke tingkat atas untuk minum pagi,
kami pekena kopi o Kopi Tenom, hanya RM1.30/cawan. Dibelanja oleh Pak Nasir,
terima kasih. Memang sedap sangat. Saya pun keluarkan sebungkus latop tadi
yang mana terdapat cuka di atas meja kami. Saya pun tak sabar hendak
menjamahnya sampai habis, huhuhu. Lagi satu saya simpan untuk orang di rumah
(masih tahan apabila sampai di rumah walaupun lecuh sikit).
|
4.00
|
|
2
|
Kami meneruskan
perjalanan pada pukul 10:00 pagi untuk ke Bandar Seri Begawan (BSB), Brunei.
Kami melalui ICQS Mengkalap dan Pos Sempadan Labu. Singgah sebentar di pekan
Bangar. Setelah 20 minit di Bangar, kami meneruskan perjalanan ke BSB melalui
Pos Sempadan Ujung Jalan, ICQS Pandaruan, pekan Limbang, ICQS Tedungan dan
Pos Sempadan Kuala Lurah. Dalam banyak-banyak pusat pemeriksaan sempadan,
hanya Pos Sempadan Kuala Lurah sahaja yang agak banyak kereta, itu pun kami
berbaris kira-kira empat kereta sahaja. Memang nasib kami baik kerana tidak
sesak walaupun pada hari minggu. Kami akhirnya sampai di Masjid Ali Omar
Saifuddin di BSB pada pukul 12:30 tengahari, tepat-tepat waktu zohor masuk.
|
||
3
|
Kami solat di masjid
tersebut. Usai solat kami berjalan-jalan di sekitar pusat bandar. Kami
singgah di Tamu Kianggeh untuk cari cenderahati tetapi tidak jumpa
(sepatutnya kami ke Kompleks Yayasan Sultan Hasanal Bolkiah, di depan Masjid
Ali Omar Saifuddin).
|
||
4
|
Rakan Deddy, En. Hardy
Hermanata, Timbalan Pensuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, telah menjemput
kami ke rumah salah seorang kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei
yang terletak di Kg Manggis, kerana terdapat sedikit jamuan. Setelah sejam di
rumah tersebut, beliau sendiri menjemput kami ke rumahnya, tidak jauh dari
rumah tadi (dalam setengah jam berada di situ), dan kemudian membawa kami melawat ke
pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.
|
||
5
|
Setelah hampir 20
minit kami di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, kami memohon diri daripada En.
Hardi dan kemudian ke rumah seorang lagi rakan Deddy, En. Sukri Sarbini,
seorang diplomat Brunei yang kebetulan berada di Brunei pada ketika itu. Kami
berada di situ agak lama sehingga pukul 6:00 petang.
|
||
6
|
Setelah di jamu selera
dan berbual terutama dengan bapa En. Sukri, Lt. Kol. (B) Sarbini, kami pun
meminta diri pada pukul 6:00 petang dan saya berjumpa seketika rakan saya En.
Najihin di Kota Batu. Tidak lama kerana kami hendak mengejar solat Maghrib di
Masjid Jamek Asr Hasanal Bolkiah. Namun tidak sempat, kerana jalan yang saya
lalu adalah jalan lama Kota Batu-BSB. Dalam perjalanan sempat juga kami
melihat pembangunan Jambatan ke Temburong dan Jambatan ke Kg Air. Kami
melalui pusat bandar BSB dan terus ke Masjid Jamek Asr Hasanal Bolkiah untuk
solat.
|
||
7
|
Setelah usai solat,
kami pun ke Pasar Malam Gadong. Saya membeli terung asam Borneo yang agak
besar untuk ole-ole ibu saya. Harga agak murah, dengan sepiring yang
mempunyai tiga biji hanya B$1.00 sahaja. Saya ambil 2 piring.
|
2.00
|
6.40
|
8
|
Setelah itu, masa
menunjukan pukul 8:30 malam. Kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke
Miri. Kami menggunakan Lebuhraya Muara-Kuala Belait dan sampai di Pos
Sempadan Sungai Tujoh Kuala Belait pada pukul 9:15 malam dan melalui ICQS Sg
Tujuh 15 minit kemudian kerana banyak kereta di sebelah Brunei. Kami sampai
di Restoran Awang Mahyan pada pukul 10:00 malam. Sekali lagi saya makan mee
kolok dan teh C ais dan makan malam kami dibayar Deddy, terima kasih.
|
||
9
|
Kami sampai semula di
Raja Inn Hotel pukul 10:45 malam, mendaftar masuk dan terus berehat.
|
||
Jumlah
|
$ 2.00
|
RM10.40
|
|
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Saya bangun awal pukul
4:30 pagi untuk membersihkan diri dan mengejutkan Deddy yang mana penerbangan
pulang ke KLIA pada pukul 6:00 pagi. Dia terpaksa balik awal kerana terdapat
tugas rasmi yang perlu dilaksanakan (Keberangkatan Datang Raja Bahrain
(negara Arab) ke Malaysia). Setelah siap, pada pukul 5:00 pagi saya
menghantar Deddy ke Lapangan Terbang Miri. Sampai di sana, kami pun berpisah,
dan saya kembali ke hotel untuk terus menyambung tidur saya setelah solat
Subuh (azan di Miri pukul 5:40 pagi).
|
||
2
|
Pada 8:00 pagi, kami
bertiga berjumpa dengan rakan satu kuliah saya di universiti dulu, Nizam yang
kini tinggal dan bertugas sebagai Pegawai Bomba di Miri. Kami berjumpa di
Restoran Mee Sapi Kuching. Di belanja saya Mee Sapi Special (Mee Kolok +
Keting Lembu, sepatutnya ada tulang tetapi kehabiskan pada masa itu). Semua
sarapan kami dibelanja oleh Nizam, terima kasih banyak. Nizam hadir dengan
keluarga sekali. Lama juga kami berbual, maklumlah sudah lama tidak berjumpa.
|
||
3
|
Setelah selesai, kami
berpisah sementara, yang mana kami ke Pusat Kraftangan Miri untuk membeli
cenderaharti. Saya membeli magnet peti ais empat keping sahaja. Pak Nasir
juga sempat menukar wang Brunei yang tidak digunakan di pengurup wang
berdekatan.
|
10.00
|
|
4
|
Setelah itu, kami ke
Bukit Canada untuk melawat The Grand Old Lady, telaga minyak pertama di
Sarawak dan di Malaysia. Terdapat juga Muzium Petroleum tetapi tidak dibuka
pada hari tersebut. Di bukit ini juga dapat melihat permandangan keseluruhan
bandaraya Miri dan sekitarnya.
|
2.50
|
|
5
|
Setelah itu, kami pun
pulang ke hotel untuk mengambil barangan kami dan kemudian mendaftar keluar.
Setelah itu kami berjalan-jalan sekitar bandaraya Miri untuk menghabis masa.
Kemudiannya ke pasaraya E-Mart Riam untuk tujuan sama, dan saya sempat makan
ayam goreng Sugar Bun, kerana teringin (Sugar Bun adalah restoran makanan
segera yang terkenal di Sarawak).
|
15.00
|
|
6
|
Setelah itu, seperti
dijanjikan dengan Nizam, kami ke Restoran Melanau Café dan Catering yang
terletak berhadapan dengan Lapangan Terbang Miri. Kami berjumpa lagi dengan
Nizam yang membelanja kami makan tengahari. Cuma kami tidak ada rezeki untuk
makan umai dan cencalok Sarawak.
|
||
7
|
Setelah mengucapkan
selamat tinggal kepada Nizam, kami pun ke Lapangan Terbang Miri dan
memulangkan kereta kami kepada Donz. Setelah itu kami mendaftar masuk dan
kemudian membuat prosedur imigresen dan mengunggu penerbangan pulang kami ke
Semenanjung Malaysia.
|
||
8
|
Walau bagaimanapun,
penerbangan kami dilewatkan dan kami hanya berlepas pada pukul 4:45 petang
walaupun jadual asal adalah 3:50 petang.
|
||
9
|
Kami tiba di KLIA pada
pukul 6:45 petang. Kami sampai di stesen bas KLIA pada pukul 7:10 petang dan
sempat menghantar Pak Nasir menaiki bas henti-henti tempatan ke pekan Nilai
untuk beliau sambung menaiki tren KTM Komuter untuk pulang ke Alor Gajah
melalui Tampin/Pulau Sebang. Kami menukar tiket bas shuttle Airport Coach ke
KL Sentral, dan mendapat tiket pukul 7:30 malam.
|
||
10
|
Kami sampai di KL
Sentral pada pukul 8:30 malam dan saya berpisah dengan Abang Zul di situ.
Saya bersolat di surau KL Sentral dan setelah selesai, saya ke stesen LRT
untuk pulang ke stesen LRT terdekat dengan rumah saya. Sampai di sana isteri
saya sudah tiba untuk mengambil saya dan saya pun tiba di rumah.
|
||
$ 0.00
|
RM27.50
|
||
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
$ 12.00
|
RM679.65
|
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3 Part 1;
- Day 3 Part 2; or
- Day 4.
Terbaik dan terima kasih atas perkongsian ilmu di dalam perjalanan pengembaraan tuan. Menarik.
BalasPadam