Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Hari -1;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4 & 5; atau
- Panduan Kembara - Sydney.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary (this part);
- Day -1;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4 & 5; or
- Travel Guide - Sydney.
Saya berlatar belakang dua ikon Sydney iaitu Opera House
dan Harbour Bridge diambil dari Mrs Macquarie's Point.
Panduan:
|
|||
AU$ = Dollar Australia (AUD),
matawang Australia. Secara amnya, kadar tukaran: AUD 1 = RM3.30 atau RM1.00 =
AUD 0.30.
|
|||
Waktu tempatan Sydney ketika
perjalanan adalah UTC +11 iaitu 3 jam awal dari waktu Malaysia (UTC +8) bagi
musim panas (02 Oktober 2016 ke 03 April 2017). Bagi musim sejuk adalah UTC
+10 iaitu 2 jam lebih awal dari waktu
Malaysia (UTC +8) (04 April 2017 hingga 01 Oktober 2017).
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
AirAsia: (13 Mac 2016)
menempah tiket dari klia2 ke LTA Sydney (Kingsford Smith), Australia (SYD) D7
222 (26 Oktober 2016) x 4 & dari SYD ke klia2 D7 221 (30 Oktober 2016) x
4, (RM779.08/orang) + makanan pergi balik (RM68.00).
|
847.08
|
|
2
|
Hotels.com: (12 April
2016): penginapan 2 buah bilik berempat di The George Street Hotel Hostel,
Sydney, Australia pada 27 hingga 30 Oktober 2016 dengan harga RM 2 362.40.
(Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM337.50 untuk 3 malam atau RM112.50
untuk semalam.
|
337.50
|
|
3
|
eTiQa Takaful: (02 Mei
2016) membeli International World
Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 10 hari
(26 Oktober - 04 November 2016).
|
99.50
|
|
4
|
Hantar emel kepada
Kedutaan Malaysia di Canberra, pada 11 Oktober 2016 untuk memaklumkan
kehadiran di Australia. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan
yang sama.
|
||
5
|
Memohon Electronic
Travel Authorisation (ETA) Australia untuk visa lawatan Australia melalui
sebuah e-mel eta.australia@yahoo.com (yang merupakan salah sebuah agensi
pelancongan di Kuala Lumpur). Harga adalah RM20.00/orang. Jadi semuanya
RM120. Visa ETA ini sah untuk setahun dari tarikh kelulusan, kemasukan banyak
kali dan hanya boleh tinggal di Australia setiap kemasukan maksima 3 bulan
sahaja.
|
20.00
|
|
6
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan D7 222 melalui web pada 13 Oktober 2016.
|
||
7
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan D7 221 melalui web pada 17 Oktober 2016.
|
||
Jumlah
|
1,304.08
|
||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Perjalanan ke klia2
dari rumah dihantar oleh isteri. Mengambil abang Zul di rumahnya. Terpaksa
menggunakan lebuhraya bertol kerana jalan agak sesak. (Besraya (Plaza Tol
Loke Yew) - RM2.00 + MEX (Plaza Tol Putrajaya) - RM3.50 + PLUS (Plaza Tol
Putrajaya ke KLIA) - RM4.30). Pergi balik.
|
19.60
|
|
2
|
Anggaran petrol yang
digunakan.
|
20.00
|
|
3
|
Mendaftar masuk
penerbangan di kaunter V.
|
||
4
|
Berehat menanti
rakan-rakan kembara untuk sampai di klia2 di Plaza Premium Lounge
gateway@klia2.
|
||
5
|
Kembali ke balai
berlepas untuk bertemu dan menunggu rakan kembara mendaftar masuk
penerbangan.
|
||
6
|
Menjalani prosedur
imigresen dan kastam Malaysia dan terus ke pintu pelepasan Q8.
|
||
7
|
Memasuki pesawat
9M-XXS milik AirAsiaX apabila pintu pelepasan dibuka pada pukul 11:00 malam.
|
||
8
|
Penerbangan AirAsiaX
D7 221 menuju ke Sydney berlepas dari klia2 pada pukul 11:59 malam.
|
||
Jumlah
|
RM39.60
|
||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (AU$)
|
RM
|
1
|
Tiba di Terminal 1
(juga dikenali sebagai Terminal Antarabangsa) Lapangan Terbang Antarabangsa
Kingsford Smith, Sydney, Australia (SYD) pada pukul 10:45 pagi waktu Sydney.
|
||
2
|
Menjalani prosedur
imigresen Australia. Saya dan abang Zul melepasi pemeriksaan, namun yang lain
ada yang tidak lepas dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut. Saya cuba
membantu namun termasuk juga untuk diperiksa lanjut. Alhamdulillah, kami
melepasinya dengan tabah setelah hampir dua jam ditahan sementara. Membuat
pemeriksaan kastam Australia dan tiba di balai ketibaan pada pukul 1:30
tengahari.
|
||
3
|
Membeli kad SIM yes
Optus di kaunter khas syarikat telekomunikasi Optus di balai ketibaan SYD.
|
10.00
|
33.00
|
4
|
Berjalan kaki menuju
ke Stesen Keretapi Wolli Creek, singgah di pasaraya Woolworth Wolli Creek
bagi beberapa rakan kembara membeli barang.
|
||
5
|
Membeli kad Opal
(percuma) dan tambah nilai di sebuah kedai runcit di dalam Stesen Keretapi
Wolli Creek. Selepas ini semua perjalanan menggunakan pengangkutan awam
menggunakan kad Opal ini.
|
20.00
|
66.00
|
6
|
Menaiki keretapi
komuter dari Stesen Wolli Creek ke Stesen Central.
|
||
7
|
Menaiki keretapi
ringan (tram) dari Stesen Central ke perhentian Capitol Square (satu
perhentian).
|
||
8
|
Mendaftar masuk
penginapan di The George Hotel, George Street, Sydney. Berehat sebentar
sambil mengemas beg. Pada pukul 3:15 petang.
|
||
9
|
Keluar semula pada
pukul 4:15 petang. Berjalan menuju ke pasaraya Coles World Square untuk
membeli dua botol air minuman botol (air mineral atau di Australia dipanggil spring
water) 1.5 liter dan roti.
|
3.40
|
11.22
|
Berjalan menuju
kawasan sekitar Stesen Keretapi Museum untuk menaiki bas untuk ke Mrs.
MacQuaries Point tetapi jalan agak sesak jadi berhenti sahaja di Sheraton On
The Park. Berjalan kaki ke Mrs Macquaries Point melalui Hyde Park tetapi
berhenti separuh jalan kerana cuaca tidak mengizinkan.
|
|||
10
|
Menaiki keretapi di
Stesen St James Park menuju ke Stesen Circular Quay.
|
||
11
|
Menaiki feri dari Jeti
4 Circular Quay ke Jeti Darling Harbour.
|
||
12
|
Berjalan sekitar
Darling Harbour dan Pyrmont Bay.
|
||
13
|
Ke Pasar Paddy's
Market dengan menggunakan tram dari Perhentian Pyrmont Bay ke Perhentian
Paddy's Market. Namun Pasar Paddy's sudah tutup.
|
||
14
|
Berjalan pulang ke
penginapan melalui Chinatown. Sampai di penginapan sekitar pukul 10:00 malam.
Membeli 10 ketul ayam goreng (bahagian kepak dan drummet) di Just Fry.
|
11.50
|
|
15
|
Berehat dan tidur.
|
||
Jumlah
|
AU$44.90
|
RM110.22
|
|
Bil
|
Butir
|
AU$
|
RM
|
1
|
Bangun awal pagi untuk
bersiap bagi aktiviti hari ini. Pada pukul 7:00 pagi, saya dan rakan
pengembara lelaki ke 7-Eleven berdekatan untuk membeli kopi.
|
1.00
|
3.30
|
2
|
Bergerak dari
penginapan ke Stesen Keretapi Central pada pukul 8:15 pagi dengan berjalan
kaki. Menambah nilai kad Opal di sana. Kemudian menaiki keretapi untuk ke
pekan Katoomba iaitu pekan utama di kawasan pergunungan Blue Mountains.
Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.
|
10.00
|
33.00
|
3
|
Sampai di Katoomba
hampir pukul 11:00 pagi. Singgah dahulu ke Pusat Kebudayaan Blue Mountain.
Rupanya ada bayaran (lupa pula berapa bayarannya). Jadi terus ke pasaraya
Coles di bawahnya untul beli sedikit barang.
|
3.00
|
9.90
|
4
|
Kami ke perhentian bas
di hadapan Hotel Carrington Place untuk menaiki bas tempatan bernombor 686
untuk ke Echo Point bagi melihat Three Sisters. Kami berada di sini dalam
hampir tiga jam juga.
|
||
5
|
Sampai di Echo Point,
permandangan tidak berapa cantik, kerana berkabus tebal dan tidak nampak
apa-apa pun. Kami menyusuri denai untuk ke Three Sisters dan sampai juga ke
batuan tersebut. Singgah di pusat informasi ketika pulang untuk membeli
magnet peti ais.
|
3.00
|
9.90
|
6
|
Sampai di pekan
Katoomba, kami bersolat di Pusat Kebudayaan Blue Mountain dan kemudian makan
tengahari di Greco's. Saya makan set Fish & Chips.
|
9.50
|
31.35
|
7
|
Kami pulang kembali ke
Stesen Central. Apabila cuaca agak cerah (kenapalah tidak cerah begini di
Katoomba tadi), kami ke Circular Quay untuk ke Opera House.
|
||
8
|
Setelah berada hampir
dua jam di sini kami pun pulang ke penginapan. Menambah nilai kad Opal di
Stesen Circular Quay.
|
10.00
|
33.00
|
9
|
Saya dan beberapa
rakan singgah di Qzy Kebab untuk membeli set kebab & nasi. Agak banyak
juga.
|
15.00
|
49.50
|
10
|
Juga ke 7-Eleven
berdekatan untuk membeli latte + coklat (jadi mocha kan).
|
2.00
|
6.60
|
11
|
Berborak sampai lewat
malam dan kami pun rehat & tidur.
|
||
Jumlah
|
AU$53.50
|
RM176.55
|
|
Bil
|
Butir
|
AU$
|
RM
|
1
|
Saya bangun agak awal
(pukul 3:00 pagi), jadi keluar ke 7-Eleven yang agak jauh sikit untuk
berjalan-jalan waktu begini. Membeli latte + coklat. Kembali ke penginapan
dan habiskan kebab yang tidak habis malam tadi.
|
2.00
|
6.60
|
2
|
Pada pukul 8:30 pagi,
kami semua berjalan di sekitar kawasan CBD Sydney ini. Kami melawat: 1. St.
Andrew Cathedral, 2. Town Hall, 3. Queen Victoria Building.
|
||
3
|
Saya singgah di
pasaraya Woolworth dan membeli satu set sashimi (sushi tanpa nasi) kerana
nampak ikannya agak segar (tuna dan salmon).
|
10.00
|
33.00
|
4
|
Meneruskan perjalanan
ke: 1. ANZAC Memorial, 2. Australian Museum (tidak masuk kerana perlu beli
tiket), 3. St. Mary Cathedral, 4. Australian Mint, 5. Parlimen Negeri New
South Wales (NSW), 6. Perpustakaan
Negeri NSW, 7. Botanical Garden, 8. Mrs Macquarie's Point.
|
||
5
|
Lama sedikit di Mrs
Macquarie's Point kerana di sini sudut kedua-dua ikon Sydney (Opera House
& Harbour Bridge) dapat di ambil sekali. Setelah hampir sejam di sini,
kami ke Stesen Keretapi Circular Quay melalui 1. Botanical Garden semula, 2.
Government House, 3. Sydney Conservatorium of Music.
|
||
6
|
Menaiki keretapi ke
Stesen Keretapi Blacktown dan kemudian menaiki bas 729 untuk ke Featherdale
Wildlife Park. Singgah di 7-Eleven untuk membeli latte + coklat.
|
2.00
|
6.60
|
7
|
Bayaran masuk ke
Featherdale Wildlife Park adalah AUD31/orang tetapi saya terjumpa kupon
diskaun 20% semasa membaca pamplet di penginapan, jadi kami gunakannya. Jadi
dapatlah kami melihat haiwan-haiwan yang unik di Australia seperti kangaroo,
koala, wallaby, wombat, Tasmanian Devil, Dingo dan sebagainya. Malah dapat
memegangnya juga (yang mana boleh pegang).
|
24.80
|
81.84
|
8
|
Setelah berada dalam
hampir tiga jam di situ, kami pulang. Ada daripada kami membeli cenderahati.
Pulang semula ke Blacktown.
|
3.00
|
9.90
|
9
|
Singgah pasaraya
Woolworth Blacktown untuk membeli sedikit barangan. Juga rakan pengembara
lain singgah ke cawangan Chemist Warehouse kerana minyak wangi asli
(original) agak murah. Contohnya CK Free 100ml dijual pada harga AUD29.99 (+-
RM99.00) sahaja!
|
5.00
|
16.50
|
10
|
Kami pulang ke stesen
Central dengan keretapi. Saya, Husnul & abang Zul pulang ke pinginapan
bagi menunaikan solat dan menyediakan makan malam. Manakala Irda, Linda dan
Jeluwi dengan tram ke Pyrmont Bay untuk membeli cenderahati di Hard Rock Café
Sydney. Kebetulan ada jualan
penghabiskan stok, saya memesan sehelai kemeja T.
|
20.00
|
66.00
|
11
|
Saya dan Husnul
membeli-belah di pasaraya Coles untuk makan malam. Setelah membeli barang,
jumlah dibahagikan sama rata kepada semua.
|
7.50
|
24.75
|
12
|
Kami kemudian makan
malam di pantry penginapan. Bertemu dengan dua orang Malaysia yang tinggal di
penginapan kami dan bekerja di Sydney, Aida dan Ina. Berborak dengan mereka
sampai lewat malam.
|
||
13
|
Rehat dan tidur.
|
||
Jumlah
|
AU$74.30
|
RM245.19
|
|
Bil
|
Butir
|
AU$
|
RM
|
1
|
Kami bertolak pada
pukul 7:30 pagi dari penginapan bersama-sama Aida dan Ina ke perhentian bas Stesen Keretapi Museum, bagi
menaiki bas bernombor 380 ke Pantai Bondi. Perjalanan kira-kira 25 minit.
Kami mendaftar keluar penginapan kami siap-siap. Beg-beg kami diletakan di
dalam bilik khas.
|
||
2
|
Kami di Pantai Bondi
lebih kurang sejam dan pulang menuju Paddy's Market. Aida dan Ina pulang ke
penginapan. Di Paddy's Market, kami membeli cenderahati kerana di sini harga
yang amat murah berbanding tempat lain. Di sini terdapat juga pasar barangan
segar seperti sayur dan buah-buahan. Kami pulang ke penginapan mengikut masa
masing-masing kerana agak dekat. Saya di sini dekat 2 jam juga.
|
60.00
|
198.00
|
3
|
Setelah pulang, kami
mengemas beg masing-masing. Aida & Ina memasakan kami makan tengahari.
Kecuali saya dan Husnul, yang lain ke Queen Victoria Building untuk
membeli-belah lagi. Saya kemudian ke pasaraya Woolworth Town Hall untuk
membeli sashimi.
|
15.00
|
49.50
|
4
|
Oleh kerana Aida dan
Ina hendak pergi kerja, maka kami mengucapkan selamat tinggal kepada
masing-masing. Pukul 4:30 petang, kami bergerak menuju ke SYD dengan menaiki
tram dan keretapi di Stesen Central untuk ke Mascot. Kami keluar di Stesen
Keretapi Mascot untuk menaiki bas kerana jika kami terus keluar di Stesen Terminal
Antarabangsa (dan juga Stesen Terminal Domestik) kami perlu membayar AUD13.40
untuk bayaran khas akses keluar. Di Stesen Mascot, kami menaiki bas bernombor
400 untuk ke terminal, lagipun hari Ahad, penggunaan pengangkutan awam
dihadkan cajnya kepada AUD2.50 (+- RM8.35), jadi perjalanan kami percuma
sahaja.
|
||
5
|
Sampai di terminal,
kami menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan kami. Ia dibuka 3 jam sebelum
penerbangan iaitu pada jam 6:40 petang.
|
||
6
|
Setelah selesai
mendaftar masuk kami terus masuk untuk urusan imigresen, kastam dan
keselamatan lapangan terbang. Terus menunggu di pintu 37. Sementara itu, saya
dibelanja oleh abang Zul minum kopi.
|
||
7
|
Pintu pelepasan dibuka
pada pukul 9:00 malam, dan pesawat berlepas dari SYD pada pukul 10:00 malam.
Selamat tinggal Sydney dan Australia.
|
||
Jumlah
|
AU$75.00
|
RM247.50
|
|
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Tiba di klia2 pada
pukul 3:30 pagi. Selesai segala urusan kira-kira 45 minit (termasuk
mengagihkan barang yang diletakan di dalam bagasi yang didaftar masuk).
Mengucapkan selamat tinggal kepada semua.
|
||
2
|
Isteri saya sampai
pada pukul 4:15 pagi dan seterusnya menghantar Husnul dan Abang Zul ke rumah
mereka. Melalui tol PLUS dari UPM ke Sg Besi.
|
1.60
|
|
3
|
Kami sampai di rumah
pasa pukul 5:30 pagi. Anggaran petrol digunakan.
|
20.00
|
|
Jumlah
|
RM21.60
|
||
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
AU$247.70
|
RM2,144.74
|
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Hari -1;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4 & 5; atau
- Panduan Kembara - Sydney..
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary (this part);
- Day -1;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4 & 5; or
- Travel Guide - Sydney.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan