Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4; atau
- Hari 5 & 6.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Day 5 & 6.
06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei,
Taiwan.
|
|||
Panduan:
|
|||
NT$
atau NT Dollar atau NTD atau yuan atau 圓 atau 元 atau 塊 atau 箍 = Dollar Baru Taiwan (TWD), matawang Taiwan.
Secara amnya, kadar tukaran: TWD 10 = RM1.25 atau RM1.00 = TWD8.
|
|||
Waktu
tempatan Taipei adalah UTC +8 iaitu sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
|
|||
Persediaan Pra Perjalanan
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
AirAsiaX: (22 November 2015) menempah tiket dari klia2 ke LTA Taoyuan,
Taiwan (TPE) D7 376 (06 Mei 2016) x 7 & dari ICN ke klia2 D7 377 (11 Mac
2016) x 2, (RM505.08/orang) + makanan pergi balik (RM69.00).
|
574.08
|
|
2
|
Hotels.com: (23 Januari 2016): penginapan 3 buah katil di Ximen WOW
Hostel, Taipei, Taiwan pada 07 hingga 10 Mei 2016 RM65.65 x 3 katil x 3 malam = RM590.80). (Pecahan bayaran
untuk seorang menjadi RM196.95 untuk 3 malam atau RM65.65 untuk semalam.
|
196.95
|
|
3
|
Pada 30 Januari membeli 3 kad SIM i-Sim 3 negara (Hong Kong, Macau
& Taiwan) (baki 3 keping kuota dari 6 kuota yang diberikan). Secara
purata harga sekeping adalah RM30.
|
30.00
|
|
4
|
Melawat pejabat Biro Pelancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur pada 05
April 2016 di tingkat 25, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, KL untuk
mendapatkan maklumat. Alhamdulillah mendapat beberapa cenderahati seperti kad
Easycard dan voucer diskaun ke beberapa taman tema.
|
||
5
|
eTiQa Takaful: (22 April 2016) membeli International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2
(Negara Asia) selama 6 hingga 10 hari (06 - 10 Mei 2016).
|
71.00
|
|
6
|
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 376 melalui web
pada 22 April 2016.
|
||
7
|
Hantar emel kepada Pusat Persahabatan & Perdagangan Malaysia di
Taipei (pewakilan Kerajaan Malaysia di Taiwan), pada 23 April 2016 untuk
memaklumkan kehadiran di Taiwan. Juga mengisi borang di sistem eKonsular
untuk tujuan yang sama.
|
||
8
|
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 377 melalui web
pada 26 April 2016.
|
||
9
|
Hotels.com: (04 Mei 2016): penginapan 3 buah katil di Angels' Hostel
Taipei Ximen, Taipei, Taiwan pada 06 hingga 07 Mei 2016 RM173.96. (Pecahan
bayaran untuk seorang menjadi RM57.99 untuk seorang). Abang Daud Naim
bayarkan untuk kami semua.
|
||
Jumlah
|
872.03
|
||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (NT$)
|
RM
|
1
|
Bergerak dari rumah pada pukul 2:30 petang selepas soat Jumaat.
|
||
2
|
Mengisi minyak motorsikal dengan penuh.
|
10.00
|
|
3
|
Singgah makan tengahari di R&R Dengkil arah selatan (tiba pada jam
3:15 petang).
|
10.00
|
|
4
|
Bergerak semula dari R&R Dengkil pada 3:35 petang dan tiba di
klia2 pada pukul 3:55 petang.
|
||
5
|
Bertemu dengan Hafiz di Balai Berlepas pada pukul 4:15 petang. Masuk
melaknakan urusan imigresen dan kastam. (Abang Daud suruh masuk dahulu kerana
dia lambat).
|
||
6
|
Bersolat di surau Bangunan Satelit dan kemudian menunggu di Sport
Lounge.
|
||
7
|
Panggilan untuk masuk pesawat didengar pada pukul 5:10 petang dan kami
pun ke sayap Q untuk urusan pemeriksaan keselamatan polis bantuan MAB dan
kemudian ke pintu pelepasan Q4. Kami memasuki pesawat dan bertemu dengan
Abang Daud Naim di situ.
|
||
8
|
Penerbangan AirAsiaX D7 376 yang menggunakan pesawat 9M-XXZ telah
berlepas dari klia2 pada pukul 6:08 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan (TPE) pada pukul 10:36 malam waktu Taiwan.
Penerbangan mengambil masa 4 jam 27 minit.
|
||
9
|
Bergerak dari pintu ketibaan di Terminal 1 TPE, membuat urusan
imigresen dan kastam Republic of China (Taiwan) dan tiba di balai ketibaan
(Aras 1 - aras tanah) pada sekitar 11:30 malam. Terus ke stesen bas Terminal 1
di aras B1.
|
||
10
|
Membeli tiket bas West Bus (City Air Bus) nombor 1961 untuk ke Taipei
Main Station di kaunter bernombor. Maklumat tentang laluan bas di Taiwan layari laman web Taiwan Bus.
|
90.00
|
11.25
|
11
|
Menaiki bas bernombor 1961 di platform 10 dan bas bergerak
meninggalkan TPE pada pukul 11:45 malam.
|
||
12
|
Tiba di Taipei Main Station pada pukul 1:00 pagi (07 Mei 2016). Kami
berjalan kaki (800 meter) ke penginapan kami di Angels' Hostel Taipei Ximen.
Mendaftar masuk di penginapan seterusnya merehatkan diri.
|
||
Jumlah
|
90.00
|
31.25
|
|
Bil
|
Butir
|
NT$
|
RM
|
1
|
Bangun Subuh pada pukul 4:30 pagi (waktu Subuh masuk pada pukul 3:40
pagi). Sambung tidur.
|
||
2
|
Kembali bangun pada pukul 6:30 pagi. Membersihkan diri dan bersarapan
Maggi Tomyam (bawa dari Malaysia). Penginapan tidak menyediakan sarapan pagi.
|
||
3
|
Kami semua mendaftar keluar dari penginapan pagi ini pada pukul 8:45
pagi dan bergerak ke penginapan kami untuk sepanjang kami berada di Taipei
ini di Ximen WOW Hostel, untuk mendaftar masuk (tetapi tidak dapat kunci,
hanya selepas pukul 3:00 petang sahaja baru dapat kunci) dan meninggalkan beg
kami.
|
||
4
|
Lepak dahulu seketika dan pukul 10:30 pagi baru kami bergerak untuk
mencari sarapan/makan tengahari.
|
||
5
|
Setelah sesat, akhirnya menjumpai kedai makanan halal iaitu, Restoran
Islam (مطعم الإسلامي - Mal'ab Islami) atau 清真牛肉麵館 di 100, Taiwan, Taipei City, Zhongzheng
District, Yanping S Rd, 23, yang menjual makanan utamanya mee sup daging.
Minum teh cina. Bil untuk 3 orang makan NT$425.
|
141.67
|
17.43
|
6
|
Seterusnya kami berjalan menuju ke stesen Metro Taipei untuk ke
bangunan Taipei101. Menggunakan kad EasyCard yang telah didapati percuma di
Biro Pelancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur yang mempunyai nilai NT$50 di
dalamnya. Menambah nilai NT$100 setiap seorang. Perjalanan Metro Taipei dari
stesen Taipei Main Station ke stesen World Trade Center/Taipei101 menggunakan
Laluan 2 - Merah (Laluan Tamsui-Xinyi) hala Xiangshan - 7 stesen) berharga
NT$25 jika beli guna tiket sehala, harga EasyCard NT$20 sahaja.
|
100.00
|
12.50
|
7
|
Tiba di Taipei 101 setelah 20 minit dengan turun di stesen Daan kerana
tren kami sebenarnya tren shuttle Beitou-Daan sahaja, kena tunggu tren laluan
penuh. Keluar di pintu 5, mencari kaunter tiket peribadi di tingkat 5.
Kaunter untuk berkumpulan (lebih 9 orang) di tingkat B1, berhampiran pintu
masuk dekat dengan pintu 5 stesen Metro Taipei. Sempat sambil-sambil meronda
di pusat membeli belah.
|
||
8
|
Membeli tiket melawat dek peninjau Taipei 101. Dengan tiket ini dapat
menaiki antara lif terlaju di dunia, permandangan di dek peninjau (aras 88
dan 91) dan melihat ladung penyerap goncangan terbesar di dunia.
|
500.00
|
62.50
|
9
|
Setelah lebih dua jam di atas dek peninjau Taipei 101, kami pun turun
dan bergambar di sekitar kawasan Taipei 101.
|
||
10
|
Kami kemudian menaiki Metro Taipei untuk ke Masjid Pusat Taipei
melalui stesen Daan Park Laluan 2 - Merah (Laluan Tamsui-Xinyi) hala Tamsui -
4 stesen, tambang NT$16 (EasyCard), NT$20 (biasa-sehala).
|
||
11
|
Bersolat di Masjid Pusat Taipei.
|
||
12
|
Minum di kedai makan halal Royal di sebelah masjid. Bil berharga
NT$250 untuk 3 orang.
|
83.33
|
10.42
|
13
|
Menaiki bas bernombor 235 untuk pulang ke penginapan. Tambang (biasa
atau EasyCard) NT$15. Tiba pada pukul 3:45 petang.
|
||
14
|
Berehat di penginapan.
|
||
15
|
Kami keluar semula pada pukul 7:30 malam untuk ke Pasar Malam Shilin
(Shilin Market) dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen
Jiantan menerusi Laluan 3-Hijau (laluan Songshan - Xindian) untuk 2 stesen
hala Songshan, kemudian tukar laluan di Stesen Zhongshan ke Laluan
2-Merah Tamsui-Xinyi) hala Tamsui - 5
stesen), tambang NT$20 (EasyCard) & NT$25 (biasa). Bayar Abang Daud
tambang kerana tertinggal kad EasyCard.
|
25.00
|
3.13
|
16
|
Berjalan-jalan di Pasar Shilin lebih 2 jam. Membeli keledek bakar
(NT$70) dan air Bluecherry + lemon (NT$35/gelas x 3).
|
175.00
|
21.88
|
17
|
Pulang ke penginapan (laluan sama dengan butir 15 cuma terbalik) dan membayar tambang Abang Daud. Sampai
penginapan dan berehat.
|
25.00
|
3.13
|
18
|
Pelbagai.
|
200.00
|
37.50
|
Jumlah
|
1350.00
|
168.47
|
|
Bil
|
Butir
|
NT$
|
RM
|
1
|
Bersarapan di penginapan pada pukul 7:30 pagi.
|
||
2
|
Bertolak dari penginapan ke Zoo Taipei dengan menaiki Metro Taipei
dari Stesen Ximen ke Stesen Taipei Zoo dengan menggunakan Laluan 3-hijau
Songshan-Xindian untuk 3 stesen hala Xindian kemudian tukar laluan di Stesen
Chiang Kai-sek Memorial Hall ke Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi hala Xiangshan - 3 stesen dan
tukar laluan lagi di Stesen Daan ke Laluan 1-Coklat Wenhu hala Taipei Zoo - 8 stesen, tambang
NT$30 (EasyCard) & NT$35 (biasa). Menambah nilai EasyCard masing-masing
NT$100.
|
100.00
|
12.50
|
3
|
Sampai di Stesen Taipei Zoo, selepas keluar ambil sebelah kiri dan
keluar stesen. Zoo Taipei dalam kira-kira 200 meter dari stesen. Perlu
membeli tiket masuk di kaunter tiket atau menggunakan kad EasyCard. Kami
memilih membeli tiket.
|
60.00
|
7.50
|
4
|
Melawat pelbagai tarikan termasuk panda dan koala.
|
||
5
|
Menaiki keretapi mengelilingi kawasan zoo. Boleh membayar secara tunai
(tiada tiket) ke dalam tabung disediakan atau menggunakan EasyCard. Kami
menggunakan EasyCard.
|
5.00
|
0.63
|
6
|
Oleh kerana Abang Daud tidak sihat, maka saya telah membantu membuat
penempahan tiket penerbangan AirAsiaX untuk Abang Daud pulang ke Malaysia
pada petang itu juga. Kami kemudian pulang ke penginapan untuk mengambil
barang-barang Abang Daud.
|
||
7
|
Menaiki Metro Taipei dari Stesen Taipei Zoo ke Stesen Ximen melalui
Laluan 1-Coklat Wenhu hala Taipei
Nangang Exhibition Center - 9 stesen dan bertukar di Stesen Zhongxiao Fuxing
ke Laluan 5-Biru Bannan hala Dingpu - 4 stesen. tambang NT$30 (EasyCard)
& NT$35 (biasa).
|
||
8
|
Sampai di penginapan, Abang Daud mengemas barangannya dan saya memohon
kaunter khidmat pelanggan penginapan untuk mencetak tempahan Abang Daud.
|
2.00
|
0.25
|
9
|
Bergerak dari penginapan ke Stesen Bas Taipei Barat (West Taipei Bus
Station) sebelah Stesen Keretapi Main Station, dengan Metro Taipei dengan
menaiki Laluan 5-Biru Bannan hala Taipei Nangang Exhibition Center - 1
stesen. Tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa).
|
||
10
|
Membeli tiket bas Kuo-Kuang Motor Transportation nombor 1819 di Stesen
Bas Taipei Barat (West Taipei Bus
Station) A untuk ke TPE di kaunter. Harga tiket adalah NT$125.
|
125.00
|
15.63
|
11
|
Setelah 45 minit perjalanan akhirnya sampai di Terminal 1 TPE. Abang
Daud mendaftar masuk penerbangan.
|
||
12
|
Seterusnya kami makan tengahari di medan selera Terminal 1 TPE di aras
B1. Kami memesan makanan di satu-satunya gerai halal iaitu Middle East Halal
Kitchen. Jumlah bil adalah NT$810, bayar menggunakan baki EasyCard Abang Daud
NT$122, dan baki (NT$688) menggunakan wang tunai. Jumlah kemudian dibahagi 3.
|
230.00
|
28.75
|
13
|
Abang Daud memasuki pintu pelepasan, saya dan Hafiz kemudian
berjalan-jalan di sekitar Terminal 1 dan 2 TPE.
|
||
14
|
Menaiki bas U-Bus di stesen bas Terminal 2 TPE ke Stesen Keretapi Laju
(THSR) Taoyuan. Membeli tiket di kaunter bas.
|
30.00
|
3.75
|
15
|
160.00
|
20.00
|
|
16
|
Sampai di Taipei Main Station, kami pulang penginapan dengan menaiki
Metro Taipei. Perjalanan sama dengan butir nombor 9, cuma laluan terbalik
(arah Dingpu).
|
||
17
|
Kami rehat di penginapan kerana hari hujan dan kami merasa penat.
|
||
18
|
Kami keluar pada pukul 8:00 malam untuk ke Tamsui, bandar pesisir laut
di utara Taipei. Menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Tamsui
dengan menggunakan Laluan 3-Hijau Songshan-Xindian arah Songshan 2 stesen,
berpindah laluan di Stesen Zhongshan untuk ke Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi
arah Tamsui 17 stesen. Tambang NT$40 (EasyCard) & NT$50 (biasa).
Masing-masing menambah nilai EasyCard.
|
100.00
|
12.50
|
19
|
Berjalan-jalan di sekitar Tamsui. Membeli sotong goreng yang besar dan
makan di tebing Sungai Danshui.
|
120.00
|
15.00
|
20
|
Setelah sejam setengah di Tamsui, singgah dahulu di kedai urutan
tradisonal Cina untuk mengurut peha dan kaki.
|
200.00
|
25.00
|
21
|
Pulang ke penginapan dengan Metro Taipei mengikut laluan seperti butir
no. 18, cuma terbalik, Laluan 2 hala Xingshan dan Laluan 3 hala Xindian.
|
||
22
|
Pelbagai.
|
300.00
|
37.50
|
Jumlah
|
1432.00
|
179.00
|
|
Bil
|
Butir
|
NT$
|
RM
|
1
|
Bersarapan di penginapan pada pukul 7:30 pagi.
|
||
2
|
Bertolak dari penginapan ke Dewan Memorial Chiang Kai-shek dengan
menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Chiang Kai-shek Memorial
Hall dengan menggunakan Laluan 3-Hijau Songshan-Xindan untuk 2 stesen hala
Xindian, tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa). Menambah nilai
EasyCard masing-masing NT$100.
|
100.00
|
12.50
|
3
|
Melawat Kompleks Dewan Memorial Chiang Kai-sek.
|
||
4
|
Menaiki bas bernombor 208 untuk ke Martyrs' Shrine. Membayar tambang
NT$15 dengan menggunakan EasyCard.
|
||
5
|
Melawat Martyrs' Shrine.
|
||
6
|
Berjalan kaki menuju Grand Hotel dalam 1 km.
|
||
7
|
Melawat Grand Hotel.
|
||
8
|
Berjalan kaki menuju Stesen Metro Taipei Jiantian menuju Stesen Taipei
Main Station menggunakan Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi arah Xiangshan, tambang
NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa).
|
||
9
|
Berjalan kaki menujuk ke restoran makanan mesra muslim sebelah
restoran butir 5 Hari 02, iaitu 張家清真黃牛肉麵館, 100, Taiwan, Taipei City,
Zhongzheng District, Yanping S Rd, 21號. Bil kira-kira NT$400. Saya bayar
bahagian saya.
|
200.00
|
25.00
|
10
|
Berjalan pulang ke penginapan.
|
||
11
|
Pada pukul 8:00 malam, kami keluar semula menuju ke Pasar Shilin. Ini
untuk membeli barang terutama cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air
nanti. menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Jiantan menerusi
Laluan 3-Hijau (laluan Songshan - Xindian) untuk 2 stesen hala Songshan,
kemudian tukar laluan di Stesen Zhongshan ke Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi) hala Tamsui - 5 stesen),
tambang NT$20 (EasyCard) & NT$25 (biasa).
|
||
12
|
Aktiviti membeli-belah di Pasar Shilin. Saya membeli kemeja-T dan
beberapa makanan laut.
|
850.00
|
106.25
|
13
|
Selesai di Shilin selama dua jam lebih. Kami pun pulang ke penginapan
dengan laluan yang sama dengan butir nombor 11, Cuma arah berlawanan (Laluan
2 - arah Xiangshan, Laluan 3 - arah Xindian), tambang NT$20 (EasyCard) &
NT$25 (biasa).
|
||
14
|
Jalan-jalan dahulu di sekitar Ximending (persekitaran penginapan
kami), baru pulang ke penginapan.
|
||
15
|
Pelbagai.
|
300.00
|
37.50
|
Jumlah
|
1450.00
|
181.25
|
|
Bil
|
Butir
|
NT$
|
RM
|
1
|
Bersarapan di penginapan pada pukul 7:30 pagi. Mendaftar keluar
siap-siap agar tidak melebihi had masa daftar keluar.
|
||
2
|
Bertolak dari penginapan ke Taipei Zoo dengan menaiki Metro Taipei
dari Stesen Ximen ke Stesen Taipei Zoo dengan menggunakan Laluan 5-Biru
Bannan untuk 4 stesen hala Taipei
Nangang Exhibihition Centre untuk ke stesen Zhongxiou Fuxing kemudian
berpindah laluan ke Laluan 1-Coklat Wenhu untuk 9 stesen, tambang NT$28
(EasyCard) & NT$35 (biasa). Menambah nilai EasyCard masing-masing NT$100.
|
100.00
|
12.50
|
3
|
Tujuan kami adalah untuk menaiki kereta kabel Maokong Gondola, tetapi
rupanya ia ditutup dari 09 hingga 31 Mei 2016 untuk pengelenggaraan
tahunannya, hampa.
|
||
4
|
Bertolak dari penginapan ke Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen dengan
menaiki Metro Taipei dari Stesen Taipei Zoo ke Stesen Sun Yat-sen Memorial
Hall dengan menggunakan Laluan 1-Coklat Wenhu untuk 9 stesen untuk ke stesen
Zhongxiou Fuxing kemudian berpindah laluan ke Laluan 5-Biru Bannan untuk
2 stesen hala Taipei Nangang
Exhibihition Centre, tambang NT$24 (EasyCard) & NT$30 (biasa).
|
||
5
|
Melawat Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen, kebetulan terdapat
upacara pertukaran pengawal. Berada di sini selama sejam.
|
||
6
|
Bertolak dari penginapan ke Tamsui dengan menaiki Metro Taipei dari
Stesen Stesen Sun Yat-sen Memorial
Hall ke Stesen Tamsui dengan menggunakan Laluan 5-Biru Bannan untuk 5 stesen hala Dingpu untuk ke stesen Taipei Main Station
kemudian berpindah laluan ke Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi untuk 18 stesen hala Tamsui, tambang NT$44
(EasyCard) & NT$55 (biasa).
|
||
7
|
Berjalan-jalan sekitar bandar Tamsui. Berada di sini kira-kira sejam.
Makan tengahari (makanan laut) di sini.
|
170.00
|
21.25
|
8
|
Bertolak dari penginapan ke penginapan dengan menaiki Metro Taipei
dari Stesen Tamsui ke Stesen Ximen dengan menggunakan Laluan 2-Merah
Tamsui-Xinyi untuk 17 stesen hala
Xiangshan untuk ke stesen Zhongshan
kemudian berpindah laluan ke Laluan 3-Hijau Songshan-Xindan untuk 2 stesen hala Xindan, tambang NT$40
(EasyCard) & NT$50 (biasa).
|
||
9
|
Mengambil beg dan kemudian terus keluar dari penginapan.
|
||
10
|
Menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Taipei Main Station
dengan menggunakan Laluan 5-Biru Bannan untuk 1 stesen hala Taipei Nangang Exhibihition
Centre, tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa).
|
||
11
|
Membeli tiket bas Kuo-Kuang Motor Transportation nombor 1819 di Stesen
Bas Taipei Barat (West Taipei Bus
Station) A untuk ke TPE di kaunter. Harga tiket adalah NT$125. Menghabiskan
baki di dalam EasyCard di kedai serbaneka di dalam stesen bas (belanja pelbagai di bawah).
|
125.00
|
15.63
|
12
|
Menaiki bas nombor 1819 pada pukul 4:00 petang dan tiba di Terminal 1,
TPE kira-kira 45 minit kemudian.
|
||
13
|
Menunggu di balai berlepas Terminal 1 TPE sehingga kaunter daftar
masuk di buka pada pukul 8:45 malam.
|
||
14
|
Membuat urusan pemeriksaan keselamatan sejurus selepas itu, kemudian
urusan imigresen. Terus ke pintu pelepasan A9 untuk menunggu untuk pelepasan.
|
||
15
|
Mula memasuki pesawat AirAsiaX bernombor pendaftaran 9M-XXC bagi
penerbangan D7 377 pada pukul 11:00 malam.
|
||
16
|
Pesawat mula meninggalkan pintu A9, Terminal 1, TPE pada pukul 11:35
malam, dan selamat berlepas pada pukul 12:15 tengahmalam.
|
||
17
|
Pelbagai.
|
300.00
|
37.50
|
Jumlah
|
695.00
|
80.88
|
|
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Penerbangan D7 377 telah selamat mendarat di landasan terbang 2 KLIA,
dan tiba di pintu P6 (bangunan satelit), klia2 pada pukul 4:45 pagi.
|
||
2
|
Berjalan menuju ke bangunan utama untuk urusan imigresen dan kastam.
Selesai sahaja, mengucapkan selamat jalan kepada Hafiz.
|
||
3
|
Menuju ke parkir motorsikal di Gateway@klia2. Membayar parkir
motorsikal untuk 5 hari.
|
5.00
|
|
4
|
Menunggang motorsikal pulang ke rumah. Singgah untuk sarapan.
|
10.00
|
|
5
|
Mengisi minyak petrol untuk motorsikal.
|
10.00
|
|
6
|
Tiba di rumah pada pukul 7:00 pagi.
|
||
Jumlah
|
25.00
|
||
Jumlah perbelanjaan
keseluruhan:
|
5017.00
|
1543.88
|
KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4; atau
- Hari 5 & 6.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Day 5 & 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan