If want to read in English:
- Pre Journey (this part);
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2; or
- Day 3.
Peta Kedudukan Bandaraya Ho Chi Minh di Vietnam.
Peta Bandaraya Ho Chi Minh.
Isteri saya dan kakak-kakaknya sudah beberapa tahun berazam untuk memulakan perniagaan terutama dalam bidang pakaian. Juga sudah beberapa kali meminta saya untuk membawanya menyelidiki tempat-tempat yang menjual barangan berkaitan pakaian yang murah seluruh Asia Tenggara. Saya sudah membawanya ke Bandung pada Februari 2015 lepas. Tetapi tidak juga memuaskan hatinya. Lalu saya cadangkan untuk ke Bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon di Vietnam.
Iklan BIG Offer Disember 2015.
Saya menerima makluman daripada laman Facebook AirAsia BIG yang mana saya merupakan ahlinya, pada 07 Disember 2015, mengenai promosi menukar mata BIG pada harga rendah. Antara promosinya adalah ke Bandaraya Ho Chi Minh pada hanya 1000 mata sahaja sehala, jadi hanya 2000 mata sahaja diperlukan pergi dan balik. Saya dan isteri mempunyai mata yang mencukupi. Jadi kami menebus mata kami untuk penerbangan 14 hingga 16 Januari 2016, dan kami hanya perlu membayar cukai lapangan terbang pada RM137.98/orang sahaja.
Bagi kakak ipar-kakak ipar saya, saya membelikan tiket biasa bagi penerbangan yang sama, yang berharga RM298.08. Harga yang masih dikira murah juga.
Itinerari Penerbangan.
Kemudian pada 15 Disember 2015, saya menempah dua buah bilik berdua untuk dua malam melalui Hotels.com, penginapan di Mifuki Inn Hotel, Bandaraya Ho Chi Minh, yang tidak berapa jauh dari pasar Ben Tanh yang menjadi pusat utama pagi pengunjung-pengunjung dari Malaysia. Ia berharga RM283.56 keseluruhannya termasuk cukai, bermakna sebilik berharga RM70.89 sahaja semalam.
Mifuki Inn Hotel, Bandaraya Ho Chi Minh.
Pada 31 Disember 2015, saya telah mendaftar masuk untuk penerbangan pergi ke Bandaraya Ho Chi Minh dan mendaftar masuk untuk penerbangan pulang pada 02 Januari 2016.
Pas pelepasan Air Asia.
Pada 02 Januari 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Saigon kepada pihak Konsulat Besar Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh juga ke Kedutaan Malaysia di Hanoi. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.
Seminggu sebelum kami pergi, saya telah menukar sejumlah wang Malaysia kepada Dong Vietnam (₫ atau VND)bertujuan untuk membayar bagi barang atau perkhidmatan di Saigon yang tidak menerima Ringgit Malaysia. Secara amnya, kadar matawang Dong Vietnam sekarang sudah meningkat sejak kali terakhir saya ke Saigon pada bulan Oktober 2014 lepas. Dari RM160.00 untuk ₫1juta ke RM200 untuk jumlah yang sama.
Pada 10 Januari 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Emas bagi pasangan (suami isteri) untuk perjalanan 1 hingga 5 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Vietnam) berharga RM59.00 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lain iaitu plan Perak yang berharga RM37.50 dan plan Platinum berharga RM84.00, tetapi saya memilih plan Emas pada kali ini kerana ingin perlindungan yang sederhana sahaja. Kalau berjalan dengan pasangan atau keluarga, lebih baik ambil pakej pasangan atau keluarga kerana ia lebih murah dengan perlindungan yang sama. Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen".
Alhamdulillah, semua dah sedia. Semoga perjalanan kami berjalan lancar, insya Allah.
Bersambung ke Hari 1.
₫200 000 (polimer)= +- RM40.00

Nota perlindungan takaful kembara yang kami ambil untuk perjalanan kali ini.
Alhamdulillah, semua dah sedia. Semoga perjalanan kami berjalan lancar, insya Allah.
Bersambung ke Hari 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan