|
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing
|
RM
|
1
|
Perjalanan dari rumah ke klia2 menaiki skuter pada pukul 4:00 pagi.
Mengisi petrol.
|
|
11.00
|
2
|
Singgah sarapan awal di R&R Dengkil arah selatan.
|
|
6.00
|
3
|
Menyambung perjalanan, namun belting skuter putus. Besan duduk di
Salak Tinggi uruskan skuter & pihak PLUS Ronda menghantar kami ke klia2.
|
|
|
4
|
Alhamdulillah sempat juga solat Subuh & mengejar pesawat yang
hampir-hampir meninggalkan kami pada jam 6:15 pagi. Bertemu dengan Pak Din
dan isteri dalam pesawat.
|
|
|
5
|
Pesawat berlepas pada pukul 6:25 pagi dari klia2 dan tiba di MFM pada
pukul 10:00 pagi (waktu Macau (UTC+8)).
|
|
|
6
|
Melakukan prosedur imigresen dan kastam Macau. Keluar terus ke kawasan
parkir bas shuttle di pintu utara (keluar dari balai kastam, terus ambil arah
kanan dan terus keluar). Mengambil bas shuttle percuma hotel & kasino
Wynn.
|
|
|
7
|
Sampai di Wynn, berjalan kaki terus ke Largo de Senado (Senado Square)
(kira-kira lebih sikit 2 km).
|
|
|
8
|
Berjalan kaki ke Ruinas de Sao Paulo (The Ruins of St. Paul) kurang 1
km.
|
|
|
9
|
Membeli cenderahati.
|
MOP$130
|
78.00
|
10
|
Ke Muzium Macau di sebelah kanan Ruinas de Sao Paulo tetapi tutup pada
hari Isnin.
|
|
|
11
|
Kembali ke Largo de Senado, melawat beberapa bangunan seperti pejabat
Perlancongan Macau, Pejabat Pos (terlupa hendak beli setem & poskad)
& bekas Bangunan Perbandaran Macau.
|
|
|
12
|
Pelbagai.
|
MOP$20
|
12.00
|
13
|
Menaiki bas henti-henti New Era no. 3 ke Terminal Feri Penumpang
Pelabuhan Luar (Outer Harbour Ferry Terminal). Tambang MOP$3.20/orang, jadi 4
orang MOP$12.80 tetapi kena guna MOP$ sahaja, jadi kami tiada wang kecil, dan
tidak dapat wang kembali.
|
MOP$20
|
12.00
|
14
|
Tiba di Terminal Feri Penumpang Pelabuhan Luar, mendapatkan tiket
sebenar dengan memberikan surat pengesahan pembelian, menunjukan pasport
& kad kredit yang digunakan untuk pembayaran tempohari.
|
|
|
15
|
Asalnya tiket kami ke Hong Kong adalah pukul 5:30 petang namun kami
mengambil keputusan untuk mengambil feri lebih awal (4:10 petang), namun
perlu menunggu sebagai penumpang menunggu (stand by).
|
|
|
16
|
Melaksanakan prosedur imigresen Macau.
|
|
|
17
|
Menunggu sebagai penumpang menunggu di pintu 13. Alhamdulillah, dapat
juga menjadi penumpang feri tersebut.
|
|
|
18
|
Feri bertolak dari Terminal Feri Penumpang Pelabuhan Luar Macau pada
pukul 4:15 petang ke Terminal Feri Hong Kong China, Kowloon, Hong Kong. Tiba
di Kowloon pada pukul 5:30 petang (waktu HK (UTC +8)). Melaksanakan prosedur
imigresen Hong Kong.
|
|
|
19
|
Kami berjalan dari Kompleks Hong Kong China ke penginapan kami (New
China Guesthouse) di Chungking Mansion, Jalan Nathan, Tsim Sha Tsui, Kowloon,
HK (kira-kira 2 km).
|
|
|
20
|
Mendaftar masuk ke penginapan.
|
|
|
21
|
Makan malam di Restoran Syed Bistro (cawangan rangkaian restoran mamak
Malaysia) di Chungkin Mansion. Saya dan isteri Cuma makan roti canai 2 keping
sahaja (minum air sendiri).
|
HK$20
|
12.00
|
22
|
Keluar semula pada pukul 7:45 malam untuk ke Salisbury Garden dan
Kowlooon Public Pier di Tsim Sha Tsui untuk melihat pertunjukan Sympony of
Lights. Namun di sebelahnya iaitu Avenue of Star ditutup sementara sehingga
tahun 2018 untuk proses pengubahsuaian.
|
|
|
23
|
Di stesen Tsim Sha Tsui, kami membeli kad Octopus berharga HK$150 setiap satu di mana terdapat nilai HK$100 dan deposit HK$50. (HK$150 x 2).
|
HK$300
|
180.00
|
24
|
Setelah pertunjukan selesai pada pukul 8:20 malam. Kami bergerak ke stesen MTR Tsim Sha Tsui untuk ke Pasar Malam Temple Street melalui stesen MTR Jordan. (Tambang dengan menggunakan kad Octopus adalah HK$4.40/orang).
|
|
|
25
|
Tiba di pasar malam Temple Street. Membeli cenderahati seperti
kemeja-T dan magnet peti ais.
|
HK$125
|
75.00
|
26
|
Pulang ke penginapan dengan menaiki bas dua tingkat KMB no. 270.
Tambang HK$5.50/orang & bayar menggunakan kad Octopus.
|
|
|
27
|
Rehat dan tidur di penginapan.
|
|
|
|
|
Jumlah
|
386.00
|
|
|
|
|
|
Bil
|
Butir
|
HK$
|
RM
|
1
|
Berjalan kaki dari penginapan ke Jeti Penumpang Star Ferry Tsim Sha
Tsui untuk menaiki feri Star Ferry ke Jeti Wan Chai pada pukul 7:00 pagi.
Membayar dengan kad Octopus sebanyak HK$2.50/orang.
|
|
|
2
|
Berjalan kaki dari jeti Wan Chai ke Golden Bauhinia Square di Hong
Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC) untuk melihat upacara menaikan
bendera Hong Kong & China oleh pasukan Polis Hong Kong yang diadakan pada
pukul 7:50 pagi.
|
|
|
3
|
Berjalan kaki ke perhentian Tramway Hong Kong 56W O'Brien Street
melalui jejantas antara bangunan.
|
|
|
4
|
Menaiki Tramway (tram dua tingkat) untuk ke terminal Tramway 104W
Kennedy Town Terminus (Davis Street), Hong Kong. Tambang HK$2.30/orang
dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
5
|
Bersiar-siar sebentar di sekitar Kennedy Town.
|
|
|
6
|
Menaiki Tramway untuk ke perhentian Tramway 47E Tonnochy Road. Tambang
HK$2.30/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
7
|
Berjalan kaki dari perhentian Tramway Tonnochy Road ke Masjid Ammar
& Osman Ramju Saddick Islamic Centre (dalam 1 km).
|
|
|
8
|
Makan di Islamic Centre Canteen. Kemudian bersolat dhuha.
|
69.00
|
41.40
|
9
|
Berjalan kaki ke perhentian Tramway 50W Canal Road West untuk ke
perhentian 70W Pedder Street bagi ke terminal bas Exchange Square (berjalan
kaki dalam kurang 1 km). Tambang HK$2.30/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
10
|
Menaiki bas New World First Bus (NWFB) no. 15 untuk ke The Peak.
Tambang HK$9.80/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
11
|
Sampai di The Peak pada pukul 2:00 petang setelah 40 minit perjalanan.
Bersiar-siar di sekeliling Victoria Peak ini dalam tempoh sejam setengah.
|
|
|
12
|
Turun semula dari The Peak ke perhentian bas berhampiran stesen MTR
Admiralty. Tambang HK$9.80/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
13
|
Menaiki MTR dari stesen Admiralty ke stesen Tsim Sha Tsui untuk pulang
ke penginapan. Tambang HK$9.40/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
14
|
Bersolat jamak Zohor dan Asar di Kowloon Masjid.
|
|
|
15
|
Singgah pasar sementara Haiphong Road, Tsim Sha Tsui dan membeli beberapa sayur-sayuran dan
pelbagai.
|
25.00
|
15.00
|
16
|
Kembali ke penginapan pada pukul 5:00 petang.
|
|
|
17
|
Keluar semula ke pasar Ladies Market dengan menaiki MTR dari stesen
Tsim Sha Tsui ke stesen Mong Kok. Tambang HK$5.60/orang dibayar dengan kad
Octopus.
|
|
|
18
|
Berjalan-jalan sepanjang Ladies Market.
|
|
|
19
|
Menaiki MTR dari stesen Yau Ma Tei ke stesen Tsim Sha Tsui. Tambang
HK$4.40/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
20
|
Berjalan dari stesen MTR Tsim Sha Tsui
ke jeti Star Ferry Tsim Sha Tsui. Menaiki feri Star Ferry ke Jeti Star
Ferry Central. Membayar tambang dek tingkat bawah dengan kad Octopus sebanyak
HK$2.00/orang.
|
|
|
21
|
Bersiar-siar sekitar kawasan Central (terutama kawasan Bank Street
& Statue Square).
|
|
|
22
|
Pulang ke penginapan dari Jeti Star Ferry Central ke Star Ferry Tsim
Sha Tsui. Membayar tambang kad Octopus sebanyak HK$2.50/orang.
|
|
|
|
|
Jumlah
|
56.40
|
|
|
|
|
|
Bil
|
Butir
|
HK$
|
RM
|
1
|
Bangun pagi untuk bersolat Subuh berjemaah di Kowloon Masjid. Selesai
solat kembali ke penginapan.
|
|
|
2
|
Pada pukul 9:00 pagi, kami ke jeti Star Ferry Tsim Sha Tsui untuk
menaiki feri Star Ferry ke Jeti Star Ferry Central. Membayar tambang dek
tingkat bawah dengan kad Octopus sebanyak HK$2.00/orang.
|
|
|
3
|
Berjalan dari Jeti Star Ferry Central ke permulaan eskalator
Mid-Levels berhampiran bangunan Hang Seng Bank di Central.
|
|
|
4
|
Menaiki eskalator terbabit sehingga habis ke eskalator terakhir.
Kemudian menuruni semula dengan tangga biasa.
|
|
|
5
|
Singgah bersolat dhuha di Jamia Masjid, Shelley Street, Mid-Levels,
Hong Kong.
|
|
|
6
|
Meneruskan perjalanan sehingga ke Muzium Dr. Sun Yat Sen, Castle Road,
Mid-Level, Hong Kong. Bernasib baik kerana hari Rabu masuk adalah percuma.
Biasanya tiket masuk HK$10/orang.
|
|
|
7
|
Menuruni ke Central melalui Aberdeen Street. Singgah sebentar di PMQ
(Police Marine Quarters), sebuah bekas kuarters Polis Marin Hong Kong yang
diubahsuai menjadi premis komersil.
|
|
|
8
|
Terus ke perhentian Tramway 25E Jubilee Street ke perhentian 49E Canal
Road West. Membayar tambang HK$2.30/orang dengan kad Octopus.
|
|
|
9
|
Berjalan ke kawasan pasar Bowrington Road Market & Cooked Food
Centre untuk makan tengahari di kedai Wai Kee (halal, pemilik merupakan
generasi ke 24 Cina Muslim tempatan) di CF5 Tingkat 2. Istimewa di sini
adalah itik/ayam panggang & kari kambing.
|
139.00
|
83.40
|
10
|
Beli pelbagai barang di pasar.
|
20.00
|
12.00
|
11
|
Dari perhentian Tramway Canal Road West 50W ke Pedder Street 70W.
Membayar tambang HK$2.30/orang dengan kad Octopus.
|
|
|
12
|
Menaiki feri Star Ferry dari Jeti Central ke Jeti Tsim Sha Tsui.
Tambang dek tingkat bawah HK$2.00/orang dibayar dengan kad Octopus.
|
|
|
13
|
Belian pelbagai barang menggunakan tunai.
|
30.00
|
18.00
|
14
|
Belian pelbagai barang menggunakan kad Octopus sebanyak HK$45.
|
|
|
15
|
Kembali ke penginapan.
|
|
|
16
|
Singgah di Hung Chinese Restaurant (Halal) di tingkat bawah Chungking
Mansion untuk membeli bekalan sarapan.
|
59.00
|
35.40
|
17
|
Rehat di penginapan.
|
|
|
|
|
Jumlah
|
148.80
|
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan