Click here if want to read in English version.
Baru-baru ini, kawan-kawan saya ada memberitahu tentang Bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur (HOHO KL) mengadakan promosi tiket RM5.00 untuk pemegang MyKad (rakyat Malaysia la tu). Saya pun ke laman webnya pada hari tersebut (19 September 2015, Sabtu) dan betullah, promosi itu berlangsung dari 01 September hingga 30 November 2015. Malah promosi ini juga terdapat perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Penang.
Langkah untuk dapat harga promosi ini amat mudah. Cuma ke laman web, klik ke link promosi terbabit, dan isikan borang online. Amat mudah. Tiket hanya akan diberikan kepada 200 pemohon pertama setiap hari. Ia boleh digunakan sehingga hari Ahad minggu terbabit. Cuma saya tidak tidak mengisinya pada hari terbabit, kerana hari tersebut dan esoknya (20 September 2015, Ahad), saya mempunyai hal yang lain.
Pada 21 September 2015, hari Isnin, saya segera mengisi borang untuk saya dan isteri. Alhamdulillah, pihak Elang Wah Sdn Bhd, pemilik perkhidmatan ini telah menghantar emel untuk saya cetak, kerana cetakan ini perlu diberikan di dalam bas ketika menaikinya nanti. Jika tiada cetakan ini, tambang harga promosi tidak dapat, jadi kena bayar RM19.00 untuk perkhidmatan ini, huhuhu.
Namun, keadaan di situ agak menyukarkan kami untuk memakir motorsikal kami, maka kami mengambil keputusan untuk ke kawasan Bukit Bintang. Setelah tiba dan memakirkan motorsikal kami di Bukit Bintang, kami segera ke perhentian bas Bintang Walk untuk menunggu bas. Dalam masa 10 minit, sampai juga bas Hop On Hop Off ini.
Kami pun naiklah ke dalam bas ini dan bertanya kepada konduktor, yang mana di dalam emel menyatakan bahawa kami akan naik pada 24 September 2015, tapi bolehkah kami naik hari ini? Dia membolehkan kami, jadi alhamdulillah, dapat juga kami naik pada hari tersebut. Jadi kami berikan RM10.00 untuk tambang dua orang, salinan bercetak emel juga diberikan dan kami diberi tiket untuk pemegang MyKad berharga RM19.00. Kiranya kami dapat diskaun RM14.00!
Tiket ini perlu disimpan dan ia boleh digunakan selama 24 jam, iaitu jika menaiki pada jam 4:30 petang, maka ia boleh digunakan sehingga 4:30 petang keesokan harinya. Sepanjang tempoh itu, pengguna boleh menaiki dan turun dari bas ini bila-bila masa semasa perkhidmatannya. Perkhidmatan bas Hop On Hop Off KL ini beroperasi dari pukul 9:00 pagi sehingga 8:00 malam setiap hari. Bas akan sampai selang 20 ke 30 minit. Cuma kami di sini mendapat ekstra sejam kerana kami menaiki pada pukul 3:30 petang dan tiket kami akan laku sehingga 4:30 petang keesokan harinya.
Penumpang-penumpang bas ini jika mahu turun dan menaiki bas ini, perlu ke perhentian yang telah diletakan penanda perhentian bas HOHO KL ini seperti di gambar di atas ini, yang menunjukan perhentian nombor 11 iaitu di KL Sentral. Jika ingin menaiki atau turun di tempat lain memang tidak akan dilayan.
Agak ramai juga penumpang-penumpang yang kebanyakannya merupakan pelancong-pelancong asing yang menaiki bas HOHO KL ini. Sampai tingkat bawah pberdiri sampai penuh. Nasib baik tingkat atas tidak boleh berdiri (peraturan oleh Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat - SPAD). Ini permandangan dari tingkat atas, di mana penumpang-penumpang di perhentian Muzium Negara ingin menaiki bas ini.
Sepanjang perjalanan bas HOHO KL ini, walaupun jerebu masih menyelubungi angkasa Kuala Lumpur, namun masih dapat dilihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur ini.
Sepanjang perjalanan menaiki bas HOHO KL ini, kami tidak turun, kerana kami merupakan warga kota Kuala Lumpur, jadi kami sudah ke hampir semua tempat yang menjadi persinggahan bas HOHO KL ini. Cuma kami belum pernah ke Istana Negara yang baru sahaja.
Nasib kami baik, kerana inilah bas terakhir yang akan ke Istana Negara kerana untuk selepas pukul 5:00 petang, bas-bas HOHO KL akan tidak memasuki kawasan Istana Negara ini disebabkan ia akan ditutup untuk lawatan. Namun kami tidak dapat turun kerana jika kami turun, sudah tentu tiada bas akan mengambil kami kecuali kami tunggu keesokan harinya, huhuhu. Jadi bergambarlah dari atas bas sahaja.
Seterusnya ba sini melalui kawasan Taman Tasik Perdana atau nama terkininya Taman Botanikal Perdana yang merupakan sebahagian dari Taman Warisan Tun Abdul Razak yang merangkumi keseluruhan kawasan hijau di sekeliling Taman Tasik Perdana ini.
Semasa bas ini lalu di hadapan Dataran Merdeka, saya terlihat sebuah buggy yang sedang mengambil penumpang di situ. Rupanya pihak DBKL menyediakan juga perkhidmatan buggy bagi perkhidmatan mengelilingi Taman Botanikal Perdana. Harganya RM4.00 bagi sehari. Insya Allah saya akan mencubanya selepas ini.
Seterusnya, bas ini akan melalui Jalan Raja Laut, kawasan Titiwangsa dan kembali ke kawasan KLCC. Jadi sempat juga saya berselfie di hadapan Menara Berkembar KLCC yang mana agak sukar didapati kerana ia berada di atas Jalan Ampang. Jadi inilah gambar yang dapat mengambarkan kebanggaan warga kota Kuala Lumpur. Semasa kami melihat di jalanan, terdapat juga orang yang terkejut kami menaiki bas ini. Mungkin kerana bas ini agak mahal untuk warga kota Kuala Lumpur biasa untuk naik, kerana kami ada pilihan untuk menaiki bas RapidKL atau GoKL juga pengangkutan awam lain. Mereka tidak tahu agaknya yang HOHO KL ini sedang mengadakan promosi.
Ketika hendak hampir sampai ke Bukit Bintang, kami pulang semula ke bahagian tertutup kerana ketika itu, kawasan tersebut sedang mengalami kesesakan jalan raya, maklumlah hari bekerja.
Akhirnya sampai juga kami semula ke Bintang Walk. Jadi inilah pengalaman yang dapat saya kongsikan sepanjang perjalanan menaiki perkhidmatan bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur. Apa lagi, gunakan peluang sementara ada promosi untuk menaiki HOHO KL, pengalaman lain dari yang lain. Tengoklah berapa gembiranya kami, hahaha.

23 September 2015 (Rabu)
Pada 23 September 2015, saya mengambil cuti setelah dua hari cuti sakit akibat sakit kaki. Lagipun esoknya cuti Hari Raya Aidiladha, dan mempunyai perancangan. Jadi saya awalkan percubaan saya untuk menaiki bas ini. Sebelum menaiki bas ini, saya dan isteri makan tengahari Nasi Arab di Suria Restaurant (review di blog SantapanGD). Semasa makan, saya memikirkan, dari mana kami akan bermula dari 23 perhentian yang ditetapkan iaitu:
1. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC);
2. Menara KL;
3. P. Ramlee;
4. Pusat Konvensyen KL & Aquaria;
5. Karyaneka;
6. Bintang Walk;
7. Tengkat Tong Shin;
8. China Town (Jalan Sultan);
9. Pasar Seni;
10. Little India (Jalan Tun Sambanthan (Brickfields));
11. KL Sentral;
12. Muzium Negara;
13. Istana Negara;
14. Taman Tasik Perdana;
15. Taman Burung KL;
16. Masjid Negara;
17. Dataran Merdeka;
18. Medan MARA;
19. Raja Laut;
20. Bulatan Pahang (Pekeliling/Terminal Titiwangsa);
21. Titiwangsa (Istana Budaya);
22. Citibank;
23. KLCC.
Jadi memandangkan kami hampir dengan MaTiC di Jalan Ampang, maka kami ke sana setelah usai makan.
Namun, keadaan di situ agak menyukarkan kami untuk memakir motorsikal kami, maka kami mengambil keputusan untuk ke kawasan Bukit Bintang. Setelah tiba dan memakirkan motorsikal kami di Bukit Bintang, kami segera ke perhentian bas Bintang Walk untuk menunggu bas. Dalam masa 10 minit, sampai juga bas Hop On Hop Off ini.
Kami pun naiklah ke dalam bas ini dan bertanya kepada konduktor, yang mana di dalam emel menyatakan bahawa kami akan naik pada 24 September 2015, tapi bolehkah kami naik hari ini? Dia membolehkan kami, jadi alhamdulillah, dapat juga kami naik pada hari tersebut. Jadi kami berikan RM10.00 untuk tambang dua orang, salinan bercetak emel juga diberikan dan kami diberi tiket untuk pemegang MyKad berharga RM19.00. Kiranya kami dapat diskaun RM14.00!
Tiket ini perlu disimpan dan ia boleh digunakan selama 24 jam, iaitu jika menaiki pada jam 4:30 petang, maka ia boleh digunakan sehingga 4:30 petang keesokan harinya. Sepanjang tempoh itu, pengguna boleh menaiki dan turun dari bas ini bila-bila masa semasa perkhidmatannya. Perkhidmatan bas Hop On Hop Off KL ini beroperasi dari pukul 9:00 pagi sehingga 8:00 malam setiap hari. Bas akan sampai selang 20 ke 30 minit. Cuma kami di sini mendapat ekstra sejam kerana kami menaiki pada pukul 3:30 petang dan tiket kami akan laku sehingga 4:30 petang keesokan harinya.
Tempat duduk di tingkat bawah bas HOHO KL.
Tempat duduk di tingkat atas berbumbung HOHO KL.
Kami meneruskan masuk ke tempat duduk. Terdapat dua tingkat tempat duduk. Tingkat bawah, tidak banyak tempat duduknya. Kami terus ke atas, dan di tingkat atas ini, dibahagikan kepada dua ruang, iaitu ruang tertutup berbumbung dan ruang terbuka. Terdapat pintu yang memisahkan ruang tertutup (berbumbung) dengan ruang terbuka di tingkat atas bas HOHO KL. Lupa pula di ruang tertutup di kedua-dua tingkat terdapat pendingin hawa. Jadi ruang terbuka memang tiada pendingin hawalah.
Saya di ruang terbuka tingkat atas bas HOHO KL.
Di ruang terbuka, terdapat skrin di hadapan sekali, jadi bukanlah tiada apa-apa hadangan. Bahaya juga jika tiada hadangan, nanti kalau brek, takut nanti tergolek pula ke hadapan dan ke bawah kemudiannya. Terdapat sistem siar raya yang akan memberikan maklumat tentang tempat yang perhentian-perhentian juga mercu tanda-mercu tanda yang dilalui.
Bas ini bergerak agak perlahan dan berhati-hati, maklumlah bas dua tingkat. Jika dibawa agak tergopoh-gapah, rasanya mahu pening dan bahaya bagi penumpang di tingkat atas bas ini.
Penumpang-penumpang bas ini jika mahu turun dan menaiki bas ini, perlu ke perhentian yang telah diletakan penanda perhentian bas HOHO KL ini seperti di gambar di atas ini, yang menunjukan perhentian nombor 11 iaitu di KL Sentral. Jika ingin menaiki atau turun di tempat lain memang tidak akan dilayan.
Agak ramai juga penumpang-penumpang yang kebanyakannya merupakan pelancong-pelancong asing yang menaiki bas HOHO KL ini. Sampai tingkat bawah pberdiri sampai penuh. Nasib baik tingkat atas tidak boleh berdiri (peraturan oleh Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat - SPAD). Ini permandangan dari tingkat atas, di mana penumpang-penumpang di perhentian Muzium Negara ingin menaiki bas ini.
Sepanjang perjalanan bas HOHO KL ini, walaupun jerebu masih menyelubungi angkasa Kuala Lumpur, namun masih dapat dilihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur ini.
Sepanjang perjalanan menaiki bas HOHO KL ini, kami tidak turun, kerana kami merupakan warga kota Kuala Lumpur, jadi kami sudah ke hampir semua tempat yang menjadi persinggahan bas HOHO KL ini. Cuma kami belum pernah ke Istana Negara yang baru sahaja.
Nasib kami baik, kerana inilah bas terakhir yang akan ke Istana Negara kerana untuk selepas pukul 5:00 petang, bas-bas HOHO KL akan tidak memasuki kawasan Istana Negara ini disebabkan ia akan ditutup untuk lawatan. Namun kami tidak dapat turun kerana jika kami turun, sudah tentu tiada bas akan mengambil kami kecuali kami tunggu keesokan harinya, huhuhu. Jadi bergambarlah dari atas bas sahaja.
Seterusnya ba sini melalui kawasan Taman Tasik Perdana atau nama terkininya Taman Botanikal Perdana yang merupakan sebahagian dari Taman Warisan Tun Abdul Razak yang merangkumi keseluruhan kawasan hijau di sekeliling Taman Tasik Perdana ini.
Semasa bas ini lalu di hadapan Dataran Merdeka, saya terlihat sebuah buggy yang sedang mengambil penumpang di situ. Rupanya pihak DBKL menyediakan juga perkhidmatan buggy bagi perkhidmatan mengelilingi Taman Botanikal Perdana. Harganya RM4.00 bagi sehari. Insya Allah saya akan mencubanya selepas ini.
Seterusnya, bas ini akan melalui Jalan Raja Laut, kawasan Titiwangsa dan kembali ke kawasan KLCC. Jadi sempat juga saya berselfie di hadapan Menara Berkembar KLCC yang mana agak sukar didapati kerana ia berada di atas Jalan Ampang. Jadi inilah gambar yang dapat mengambarkan kebanggaan warga kota Kuala Lumpur. Semasa kami melihat di jalanan, terdapat juga orang yang terkejut kami menaiki bas ini. Mungkin kerana bas ini agak mahal untuk warga kota Kuala Lumpur biasa untuk naik, kerana kami ada pilihan untuk menaiki bas RapidKL atau GoKL juga pengangkutan awam lain. Mereka tidak tahu agaknya yang HOHO KL ini sedang mengadakan promosi.
Ketika hendak hampir sampai ke Bukit Bintang, kami pulang semula ke bahagian tertutup kerana ketika itu, kawasan tersebut sedang mengalami kesesakan jalan raya, maklumlah hari bekerja.
Akhirnya sampai juga kami semula ke Bintang Walk. Jadi inilah pengalaman yang dapat saya kongsikan sepanjang perjalanan menaiki perkhidmatan bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur. Apa lagi, gunakan peluang sementara ada promosi untuk menaiki HOHO KL, pengalaman lain dari yang lain. Tengoklah berapa gembiranya kami, hahaha.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Click here if want to read in English version.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan