Jumaat, 27 Februari 2015

Itinerari (Ipoh, Perak, Malaysia - 28 Februari hingga 01 Mac 2015).

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney;
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1; or 
  • Day 2.


Bil
Butir
RM
1
KTMB: Tiket KTM ETS KL Sentral ke Ipoh pada 28 Februari 2015 jam 08:00 pagi (kelas Emas). (Harga selepas diskaun menggunakan kad diskaun KTM i-Card Tiger, asalnya RM35.00).
29.00
2
KTMB: Tiket KTM ETS Ipoh ke KL Sentral pada 01 Mac 2015 jam 18:00 (6:00 petang) (kelas Emas). (Harga selepas diskaun menggunakan kad diskaun KTM i-Card Tiger, asalnya RM35.00).
29.00
3
Kemeja-T program. Beli melalui Adza Edie Izwan.

40.00


Jumlah
98.00
Bil
Butir
RM
1
Bergerak dari rumah ke KL Sentral dengan kereta pada pukul 7:45 pagi. Sampai KL Sentral pukul 8:05 pagi.

2
Makan di Subway KL Sentral.
8.35
3
Berkumpul dengan ahli-ahli rombongan di depan McDonald's KL Sentral pada jam 8:30 pagi.

4
Menaiki tren KTM ETS 9304 (EG04) di pintu A pada jam 8:50 pagi dan berlepas dari platform 1 KL Sentral pada jam 9:00 pagi.

5
Tiba di Stesen Keretapi Ipoh pada jam 11:20 pagi.

6
Mendapat kemeja-T program di Stesen Keretapi Ipoh.

7
Berjalan menuju ke penginapan (Chokodok Raggae Backpackers Hostel, Ipoh Sakura Hotel & Nanyang Hotel Ipoh) di sekitar simpang Jalan Sultan Iskandar, Jalan Raja Ekram dan Jalan Yang Kalsom.

8
Daftar masuk di Ipoh Sakura Hotel. Bilik berkongsi 4 orang. (RM95/4).
23.00
9
Pelbagai di 7-Eleven Jalan Yang Kalsom.
3.00
10
Makan Nasi Wanggey di Restoran Nasi Kandar Ayam Merah, Jalan Yang Kalsom (Nasi lauk ayam & sayur, nasi tambah satu RM6.00). Minum limau asam boi (RM2.00).
8.00
11
Berjalan di Street Art anak tempatan di Pekan Baru (New Town) Ipoh pada jam 2:00 petang.

12
Berjalan di Old Town (Pekan Lama) Ipoh.

13
Singgah di Plan B, Ipoh pada pukul 4:30 petang.

14
Ais Kepal di Plan B Ipoh.
2.90
15
Berkumpul kembali di Chokodok Raggae 6:00 petang. Minum teh Earl Grey sejuk secawan.
6.00
16
Rehat di bilik (sejam). 7:30 hingga 8:30 malam.

17
Berjalan ke Thumb's Cafe, Greentown, Ipoh pada jam 8:30 malam.

18
Tiba di Thumb's Cafe pada jam 9:15 malam. Makan makanan barat di Thumb's Cafe (Lamb Chop & air jus Tembikai Susu).
16.50
19
Berkumpul di Dataran Bandaraya sehingga pukul 2:15 pagi.

20
Berjalan ke Gerbang Malam, tapi sudah tutup.

21
Kembali ke hotel dan tidur. 3:00 pagi.



Jumlah
67.75
Bil
Butir
RM
1
Bangun pagi & daftar keluar pada pukul 8:15 pagi.

2
Berkumpul di Kedai Makan Haji Yahya, Jalan Dato' Onn Jaafar, Ipoh. 8:30 pagi.

3
Makan mee kari & mee kicap di Kedai Makan Haji Yahya.
12.00
4
Berjalan ke Lok Hin (Pasar Karat atau Memory Lane ) di Jalan Horley, Ipoh. 10:00 pagi.

5
Berjalan ke Padang Ipoh. 12:00 tengahari.

6
Pukul 12:30 tengahari. Minum celdol di Cendol Padang Ipoh. (Boikot pasal ambil kesempatan dengan orang ramai, kira dua kali). Cendol kacang pulut (RM3.50) & air botol 1.5 liter (RM2.20).
5.70
7
Berkumpul di Padang Ipoh & bersolat di Masjid Sultan Idris Shah Ke-2 (Masjid Negeri Perak), Ipoh.

8
Pukul 4:45 petang. Makan nasi di Restoran Rasheed, Jalan Dato Maharajalela. (Nasi dengan ayam, timun dan bendi, minum air jus tembikai & air kosong).
11.00
9
Bergambar di kawasan tugu Birch. Jam 5:25 petang.

10
Jam 5:35 petang. Berjalan ke Stesen Keretapi Ipoh.

11
Berlepas ke KL Sentral dengan tren ETS 9313 (EG13) pada jam 6:00 petang.

12
Sampai di KL Sentral jam 8:25 malam.

13
Berkumpul buat kali terakhir di aras 2 KL Sentral.

14
Meninggalkan KL Sentral pada jam 8:50 malam. Menaiki kereta.

15
Sampai di kawasan rumah pada jam 9:45 malam (solat dahulu di sebuah masjid di pertengahan jalan).

16
Beli makanan (yong tau foo) untuk makan malam.
5.00
17
Sampai di rumah pada jam 10:00 malam.



Jumlah
33.70
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM199.45



KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney;
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1; or 
  • Day 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan