Jika ingin membaca catatan:
- Itinerari;
- Hari 1 Bahagian 1;
- Hari 1 Bahagian 2;
- Hari 2;
- Hari 3,
- Hari 4;
- Hari 5; atau
- Hari 6.
If want to read in English:
- Pre Journey (this part);
- Itinerary;
- Day 1 Part 1;
- Day 1 Part 2;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6.
Pengenalan.
Kembara kali ini sebenar telah diutarakan oleh Pak Nasir (dari Melaka) dan Azmi (dari Pulau Kundur, Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia), iaitu rakan-rakan pengembara saya sudah lama. Memang kami merancang untuk melawat wilayah atau provinsi Aceh dan Sumatera Utara (dalam Bahasa Indonesia dipendekan menjadi Sumut) yang berada di utara pulau Sumatera (pulau terbesar di Indonesia, malah lebih besar dari Semenanjung Malaysia) pada bulan Disember 2014. Namun ada kala ia tidak pasti. Banyak kali juga saya menanyakan kepada mereka, jadi atau tidak.
Azmi mempunyai saudara mara dan sahabat taulan di kedua-dua wilayah ini. Jadi mungkin dari segi penginapan tiada masalah. Insya Allah, katanya.
Saya pun ada membuat penyelidikan tentang perkhidmatan feri dari Semenanjung ke Sumatera. Pelabuhan terdekat dengan Medan (ibu wilayah Sumatera Utara) yang mana akan menjadi destinasi pertama kami dan juga tempat berkumpul kami adalah di Belawan. Jika perkhidmatan feri atau kapal domestik Indonesia, di situlah pelabuhannya, namun dari Semenanjung tiada perkhidmatan ke sana. Paling dekat adalah dari Pelabuhan Klang ke Tanjungbalai yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran kabupaten (daerah jika di Malaysia) Asahan, Sumatera Utara. Kini ia mempunyai pentadbiran sendiri sebagai kota (bandar) yang berasingan dari pentadbiran kabupaten Asahan. Namun ia masih terkenal sebagai Tanjungbalai Asahan, juga bagi membezakan dengan Tanjungbalai di pulau Karimun, Kepulauan Riau di selatan Semenanjung.
Saya siap ke Pelabuhan Klang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harga tambang feri dari Pelabuhan Klang ke Tanjungbalai Asahan adalah RM135.00 sehala bagi seorang dewasa termasuk cukai pelabuhan Pelabuhan Klang dan RM250.00 dua hala bagi seorang dewasa termasuk cukai pelabuhan Pelabuhan Klang, tetapi tidak termasuk cukai pelabuhan Tanjungbalai Asahan. Dikhabarkan cukai pelabuhan untuk feri antarabangsa di pelabuhan Tanjungbalai Asahan adalah Rp100 000 (+- RM30). Jadual keberangkatan feri dari Pelabuhan Klang adalah setiap pukul 11:00 pagi setiap hari kecuali Ahad. Penumpang yang ingin menaiki feri ini perlu ada di jeti 2 jam sebelum masa keberangkatan.
Juga saya memperolehi maklumat tentang feri dari Dumai, Riau, Indonesia, dengan perkhidmatan Feri MV Indomal Express dan MV Malaysia Express kelolaan Tunas Rupat Follow Me Express Sdn Bhd (boleh klik untuk laman webnya). Manalah tahu jika saya akan berlepas dari sana. Apa maklumat yang saya perolehi adalah dari Dumai, bukan sahaja akan ke Pelabuhan Klang, tetapi juga ke Port Dickson dan Melaka. Namun, maklumat feri-feri tersebut (kecuali dari Pelabuhan Klang) tidak dapat diperolehi di Pelabuhan Klang, namun ia boleh didapati di laman webnya. Tambang feri dari Pelabuhan Klang adalah seperti di bawah dengan tambahan RM20 untuk cukai pelabuhan contohnya tambang dewasa sehala RM110.00 + RM20.00 (cukai pelabuhan) = RM130.00 (jumlah tambang). Waktu keberangkatan juga ada dengan peringatan perlu ada di jeti dua jam sebelum waktu keberangkatan.
Pada bulan September 2014, melalui mesej Facebook, Pak Nasir dan Azmi memberitahu saya yang rancangan kembara ini jadi dan Azmi sedang mencari jalan untuk menempah tiket kapal dari Tanjungbalai Karimun ke Belawan.
Asalnya saya dan Pak Nasir merancang untuk menaiki feri, namun pada satu hari (11 Oktober 2014), saya terlihat di laman web AirAsia, tambang dari klia2 ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan semurah RM79!!! Lebih murah dari menaiki feri. Sedang pada sebelumnya, harga sudah malah, lebih RM 180. Penerbangan ini juga mungkin trip baru rasanya, dan memang rezeki saya. Terus saya menghubungi Pak Nasir melalui telefon mengkhabarkan perkara ini. Beliau terus setuju dan akan memindahkan wang kepada saya bila ada masa. Saya menggunakan wang saya dahulu untuk menempah penerbangan ini.
Saya membeli sekali tiket Skybus dari KL Sentral ke klia, kerana beli bersama tiket AirAsia adalah lebih murah dari beli di kaunter atau atas bas, baru RM7.70 sehala.
Azmi mempunyai saudara mara dan sahabat taulan di kedua-dua wilayah ini. Jadi mungkin dari segi penginapan tiada masalah. Insya Allah, katanya.
Saya pun ada membuat penyelidikan tentang perkhidmatan feri dari Semenanjung ke Sumatera. Pelabuhan terdekat dengan Medan (ibu wilayah Sumatera Utara) yang mana akan menjadi destinasi pertama kami dan juga tempat berkumpul kami adalah di Belawan. Jika perkhidmatan feri atau kapal domestik Indonesia, di situlah pelabuhannya, namun dari Semenanjung tiada perkhidmatan ke sana. Paling dekat adalah dari Pelabuhan Klang ke Tanjungbalai yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran kabupaten (daerah jika di Malaysia) Asahan, Sumatera Utara. Kini ia mempunyai pentadbiran sendiri sebagai kota (bandar) yang berasingan dari pentadbiran kabupaten Asahan. Namun ia masih terkenal sebagai Tanjungbalai Asahan, juga bagi membezakan dengan Tanjungbalai di pulau Karimun, Kepulauan Riau di selatan Semenanjung.
Saya siap ke Pelabuhan Klang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harga tambang feri dari Pelabuhan Klang ke Tanjungbalai Asahan adalah RM135.00 sehala bagi seorang dewasa termasuk cukai pelabuhan Pelabuhan Klang dan RM250.00 dua hala bagi seorang dewasa termasuk cukai pelabuhan Pelabuhan Klang, tetapi tidak termasuk cukai pelabuhan Tanjungbalai Asahan. Dikhabarkan cukai pelabuhan untuk feri antarabangsa di pelabuhan Tanjungbalai Asahan adalah Rp100 000 (+- RM30). Jadual keberangkatan feri dari Pelabuhan Klang adalah setiap pukul 11:00 pagi setiap hari kecuali Ahad. Penumpang yang ingin menaiki feri ini perlu ada di jeti 2 jam sebelum masa keberangkatan.
Pada bulan September 2014, melalui mesej Facebook, Pak Nasir dan Azmi memberitahu saya yang rancangan kembara ini jadi dan Azmi sedang mencari jalan untuk menempah tiket kapal dari Tanjungbalai Karimun ke Belawan.
Asalnya saya dan Pak Nasir merancang untuk menaiki feri, namun pada satu hari (11 Oktober 2014), saya terlihat di laman web AirAsia, tambang dari klia2 ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan semurah RM79!!! Lebih murah dari menaiki feri. Sedang pada sebelumnya, harga sudah malah, lebih RM 180. Penerbangan ini juga mungkin trip baru rasanya, dan memang rezeki saya. Terus saya menghubungi Pak Nasir melalui telefon mengkhabarkan perkara ini. Beliau terus setuju dan akan memindahkan wang kepada saya bila ada masa. Saya menggunakan wang saya dahulu untuk menempah penerbangan ini.
Saya membeli sekali tiket Skybus dari KL Sentral ke klia, kerana beli bersama tiket AirAsia adalah lebih murah dari beli di kaunter atau atas bas, baru RM7.70 sehala.
Beberapa hari kemudian, Azmi memberitahu saya bahawa dia juga akan menaiki pesawat Citylink (anak syarikat Garuda Indonesia) dari Batam ke Kualanamu, Medan kerana tiket kapal sudah habis kerana masa itu dekat-dekat Hari Natal (Krismas) yang mana ramai warga Indonesia akan bermudik (balik kampung). Harga pesawat pun agak mahal katanya. Tapi semangat hendak mengembara mengatasi segalanya.
Masa berjalan dengan pantas, akhirnya masa 14 hari sebelum penerbangan pun tiba, dimana pada 06 Disember 2014, saya mendaftar masuk kedua-dua kami melalui aplikasi AirAsia di telefon bimbit saya. Ada mendapat kod bar 2D di telefon bimbit namun ia perlu ke kiosk cetakan pas masuk juga untuk cetakan. Jadi, selepas itu, saya ke laman web AirAsia untuk mendapatkan pas masuk versi cetakan (pdf).
Selaku agen takaful am, saya tiada masalah untuk membuat takaful perjalanan antarabangsa ini, cuma RM71 untuk 6 hingga 10 hari perjalanan ke kawasan 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia). Kalau tolak komisen harganya adalah lebih murah, saya berikan harga biasa. Jika anda mahukan takaful perjalanan ini boleh hubungi saya melalui mesej Facebook saya atau kaedah-kaedah lain.
Tiba-tiba saya teringat, bagi keselamatan dan kebajikan kami sebagai rakyat Malaysia di perantauan, saya menghantar e-mel pada 14 Disember 2014 kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta, Konsulat Besar Malaysia di Medan dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru. Penting juga, manalah tahu, jika terjadi apa-apa, sekurang-kurangnya pihak kedutaan tahu kehadiran kami di sana.
Saya telah mempunyai Rp 450 ribu di dalam simpanan, baki dari perjalanan ke Indonesia yang lepas (kali terakhir ke Batam dan Bintan bulan Mei 2014 lepas, bersama Azmi). Jadi pada 17 Disember 2014, saya menukar lagi sebanyak Rp 600 ribu dengan RM171.00 di HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd di Masjid India. Jadi adalah dalam Rp 1.05 juta untuk bekalan. Jika perlu lebih, saya akan menggunakan mesin ATM CIMB Niaga Indonesia untuk pengeluaran menggunakan kad ATM CIMB Islamic Malaysia saya. Ia tanpa caj, jadi kadar lebih baik dari tukaran wang di pengurup wang.
Perlu diingatkan di Indonesia, soket elektrik adalah berbeza dengan Malaysia (kecuali di kawasan Kepulauan Riau, ada beberapa tempat boleh munggunakan soket jenis G yang digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei). Di Indonesia, soket elektrik yang digunakan adalah dari jenis F (soket sebelah kiri gambar di atas), jenis A dan C (soket sebelah kanan gambar di atas). Untuk mengetahui jenis-jenis soket elektrik ini, boleh layari laman web World Standard. Jadi perlulah membawa adapter soket, jika tidak, tidak boleh caj bateri telefon atau lain-lain. Malaysia juga ada memakai soket jenis C seperti radio dan beberapa jenis pengecas telefon, mungkin jika peralatan anda mengunakan soket jenis C, maka tidak perlu bawa adapter soket. Tapi tidak rugi jika membawanya.
19 Disember 2014 (Jumaat)
Saya sudah bersiap semua kelengkapan saya untuk kembara ini. Moga tidak ada yang tertinggal. Agak banyak juga, maklumlah, lebih seminggu dijangkakan kembara ini.
Di dalam WhatsApp, Pak Nasir memaklumkan bahawa dia akan sampai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada jam 9 malam. Maka, saya dan isteri ke sana untuk mengambil beliau. Pak Nasir sampai pada jam 9 malam tepat dengan mengatakan beliau berlepas dari Alor Gajah jam 7:30 malam.
Saya membawanya ke Husin Sup di belakang Masjid al-Ehsan, pekan Setapak kerana Pak Nasir hendak makan sup. Jadi saya bawalah tempat yang terbaik di Kuala Lumpur ini. Namun restoran tersebut telah tutup, mungkin kerana sudah malam. Oleh itu saya membawanya ke Idris Sup di Jalan Raja Bot, sebelah bangunan bekas Keramat Supermarket lama di kawasan Chow Kit.
Selepas itu, kami ke KL Sentral untuk mengambil Skybus ke klia2, kerana kami ingin merasa tidur di sana. Saya pun tidak pernah tidur di lapangan terbang di dalam Malaysia, kalau di luar negara, ada juga lah. Kalau di Malaysia ini, pernah rasa tidur di stesen bas atau keretapi sahaja. Kami tiba pada jam 11:05 malam, bermakna kami terlepas trip pukul 11:00 malam. Kira oklah, pasal perkhidmatan bas ke klia2 akan tamat pada jam 12:00 tengah malam iaitu trip terakhir dan hanya bersambung kembali 3 jam kemudian (3 pagi). Kalau lambat, habis terlepas. Kami naik bas trip 11:30 malam walaupun ada bas Aerobus pada jam 11:15 malam, tapi bayaran dengan AirAsia tidak laku, kerana ia hanya boleh digunakan untuk bas Skybus sahaja. Jadi menunggulah kami untuk trip 11:30 malam. Tepat jam 11:30 malam, bergeraklah kami dari KL Sentral menuju ke klia2.
Akan bersambung ke Hari 1 Bahagian 1.
Jika ingin membaca catatan:
If want to read in English:
- Pre Journey (this part);
- Itinerary;
- Day 1 Part 1;
- Day 1 Part 2;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan