Selasa, 10 Jun 2014

Pusat Perubatan Prince Court, KL - 28 hingga 30 Mei 2014 - Perlancongan Kesihatan - Pengalaman Perubatanku.

If want to read in English, please click here.




28 Mei 2014 (Rabu)

Pada petang pukul 1820 (6:20 petang) saya hendak keluar dengan menggunakan skuter ke kedai bengkel motorsikal bersama keluarga saya untuk mengambil motosikal yang saya tinggalkan untuk diselenggarakan berkala. Kemudiannya, perancangannya setelah selesai, kami hendak makan malam. Namun terdapat sebuah skuter SYM 200cc yang besar menghalang perjalanan keluar skuter saya. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengalihkan skuter besar itu. Semasa saya cuba mengalihkannya, tiba-tiba, TUUBB, satu bunyi kedengaran dan seterusnya pinggang belakang saya terasa sakit sedikit. Namun saya teruskan demi untuk melaksanakan tujuan asal saya.


Mulanya sakitnya tidak terasa sangat, namun makin lama makin terasa. Mulalah saya marah-marah tidak tentu pasal. Ketika pulang rumah setelah selesai mengambil motorsikal, sempat pula mengisi petrol dan makan malam, saya berbaring. Namun semakin sakit pula.

Ibu saya pula menelefon untuk mengambil beliau di KL Sentral setelah pulang dari melancong di Uzbekistan. Namun saya tidak terdaya, dan memohon isteri saya untuk mengambilnya.

Setelah ibu dan isteri saya pulang, isteri saya terus membawa saya yang semakin sakit belakang pinggang untuk ke hospital. Mula-mula, kami ke KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, namun semua katil penuh.

Kemudian kami ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di Jalan Ampang. Setelah menunggu lebih kurang 30 minit, juga dimaklumkan bilik kelayakan kad perubatan Prudential BSN Takaful Berhad saya iaitu HealthEnrich Advanced, yang mana kelayakan bilik sehingga RM300 semalam, sudah penuh. 

Isteri saya, Farizan Mohd Arif (id facebook Farizan Arif, boleh hubungi beliau untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai produk pengurusan kewangan, melalui firma pengurusan kewangan kami, HidayahWEALTH) merupakan perunding bagi diri saya dan sekeluarga, termasuk diri beliau sendiri. Rasa rugi pula tidak ambil HealthEnrich Premium yang mempunyai kad emas, hehehe. Mungkin saya perlu membuat semakan semula (revise) dengan perunding saya ini.



Maka saya mengatakan untuk membawa saya ke hospital lain termasuk hospital kerajaan Hospital Kerajaan atau Hospital Ampang kecuali Pusat Perubatan Prince Court milik Petronas, kerana risau imejnya hospital yang mahal, maklumlah terletak di tengah bandaraya. Namun beliau berdegil juga.

Maka meluncurlah kereta isteri saya menuju ke unit kecemasan Pusat Perubatan Prince Court. Apabila sampai pada jam 2300 (11:00 malam), terus saya dibantu oleh petugas-petugasnya, dan isteri saya memarkir keretanya di kawasan hadapan hospital tanpa perlu menggunakan khidmat valet parking.


Isteri saya menyelesaikan dokumentasi yang berkaitan. Kemudian saya diperiksa, diambil x-ray pada bahagian pinggang dan menunggu di katil di unit kecemasan hospital ini. Memang khidmat mereka begitu efisyen. 


29 Mei 2014 (Khamis)


Pada jam 0020 (12:20 tengah malam), maka saya ditempatkan di wad 5F dan bilik 10. Bilik ini saya seorang sahaja dan tidak  berkongsi dengan orang lain. Siap ada sofa katil lagi untuk peneman tidur. Ada perkhidmatan TV satelit.




Menu makanannya pula bukan pakej. Menunya sahaja dah tebal lebih 40 mukasurat!!! Siap boleh pilih pembuka selera apa, hidangan utama apa, pencuci mulut apa, minuman apa... Mewah sangat. Makan pula 5 kali sehari. Macam biasa sarapan, makan tengahari dan makan malam termasuk minum pagi dan petang. Akan ada petugas untuk ambil tempahan makanan, bukan hanya isi borang untuk memesan makanan.


Setiap hari akan dibekalkan juga sebotol 1.5 liter air minuman (air kosong). Jadi tidaklah kehausan. Tambahan juga setiap hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam akan diberikan juga air minuman 500 ml.


Tandas dan bilik airnya berada di dalam bilik, bermakna tidak perlu berkongsi dengan pesakit atau tetamu lain. Ia boleh dikira besar dan selesa berbanding hospital pakar swasta lain apatah lagi hospital kerajaan (walaupun kelas 1). Di kawasan ruang legar wad juga terdpaat tandas awam. Maka jika pelawat datang, kira selesa sangat.



Yang paling saya Prince Court ini berbeza adalah ada diberikan set kelengkapan peralatan bilik air yang lengkap. Ia dipersembahkan di dalam sebuah beg uncang. Memang lengkap lah siap dengan berus gigi, ubat gigi, sikat, syampu, sabun mandi, cecair buih badan, losyen, bedak talkum dan sebagainya.


Permandangan dari dalam bilik juga amat cantik, tidak kira siang ataupun malam (saya tidak sertakan di dalam artikel ini). Mengadap pusat bandaraya Kuala Lumpur, kelihatan jelas bangunan berkembar Petronas KLCC.

Setiap hari juga diberikan akhbar untuk bacaan kita.



Gambar di atas dan di bawah ini diambil dari ruang menunggu lif utama.



Dr Ozlan, pakar ortopedik (perubatan tulang) Pusat Perubatan Prince Court yang menjadi doktor pakar kes saya ini amat baik. Dia memberikan nasihat dan rawatannya juga kira terbaiklah.



Setiap pagi dan petang, saya akan dibawa ke bahagian perubatan rehabilitasi dan fisiologi untuk membuat fisio tulang belakang saya.





Jika tidak puas makan makanan yang disediakan di dalam wad, boleh ke kafeterianya di tingkat B1. Pada pagi 29 Mei 2014 ini, saya mencuba makan kacang pool dan minum air teh Camomile. Menang mewah beserta dengan harganya juga.



Di tingkat 1 iaitu aras tanah (ia guna sistem tingkat di Amerika Syarikat), terdapat kedai serbanika myNEWS.com dan juga kedai fresco kopi The Coffee Beans and Tea Leaf

Pada malam ini, isteri dan anak-anak saya tidur sekali di bilik saya berbanding malam sebelumnya hanya isteri saya.

30 Mei 2014 (Jumaat)

Saya menerima khabaran yang saya dibolehkan untuk keluar (discaj) pada sebelah petang.


Menunggu proses daftar keluar tidak begitu lama, mungkin kerana isteri saya sendiri yang menjadi perunding takaful saya, juga kerana keefisyenan kerja yang dilakukan oleh staf hospital ini.



Walaupun dikatakan cajnya mahal, namun bagi saya caj ia agak murah. Cuma lebih kuranG RM1400.00 sahaja untuk dua malam, di mana caj bilik hanya RM160.00 setiap malam yang merupakan harga korporat. Jika biasa harganya cuma RM220.00 sahaja. Lebih murah dari hospital lain di Kuala Lumpur.



Caj parking juga agak murah di mana pada jam pertama atau sebahagian dicaj RM3.00 dan untuk jam seterusnya dicaj RM1.00 setiap jam atau sebahagiannya. Untuk keluarga pesakit, disediakan pas berbilang kemasukan dalam sehari sebanyak RM10.00 setiap hari.


Salam perpisahan.


Sesungguhnya secara keseluruhan perkhidmatan yang diberikan di Pusat Perubatan Prince Court memang terbaik setakat saya pernah ke hospital-hospital seumur hidup saya. Memang dicadangkan jika anda ingindapatkan perkhidmatan perubatan terbaik tetapi pada harga yang lebih baik, dicadang di sini. Selain ia dekat dengan kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, kawasan membeli belah Bukit Bintang dan kawasan lain, ia juga tidak bingit dengan kesesakan dan terasa aman tenteram di sini.


Rawatan susulan (dikemas kini pada 19 Jun 2014)

Untuk tiga minggu berturut-turut, saya menghadirkan diri setiap petang Khamis ke pusat rehabilasi untuk membuat fisiologi. Alhamdulillah baik.


Pada 19 Jun 2014 pula, saya berjumpa semua dengan Dr Ozlan. Proses pendaftaran di tingkat bawah (tingkat 1) lobi 2 amat mudah dan cepat. Setelah itu, saya ke tingkat 2 pula untuk ke klinik pakar. Dalam menunggu kira-kira 10 minit, nama saya dipanggil dan bertemu kembali dengan Dr Ozlan, pakar ortopedik hospital ini. Alhamdulillah baik perkembangan tulang belakang saya ini.




Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


If want to read in English, please click here.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan